Tahniah kepada kumpulan OMG yang telah dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama 2013. Aksi final diadakan di Studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). OMG dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan manakala Apa Kasih Toq dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle.

Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar 2013, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga. Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle. OMG berjaya mendapat markah sebanyak 70 peratus sekaligus menumpaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus.

omg juara liga lawak superstar 2013

Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Pada pusingan separuh akhir kedua minggu lalu, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai RM25,000.

Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio. Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri profesional.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.