Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bahaduri dan Debuan Kasih, Syazliana Abdul Karim,27. Pada 24 Januari lalu Syazliana telah sah menjadi isteri kepada teman baik yang juga rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Reza Jamalludin, 30.

Memetik sumber portal Murai, dengan hanya sekali lafaz di kediaman keluarganya di Shah Alam sekitar jam 9.30 malam, mereka telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin dan disaksikan lebih 250 orang tetamu di kalangan saudara mara terdekat dan teman rapat.

gambar nikah syazliana dan reza

Pasangan yang menerajui syarikat pengiklanan Seinna Studio itu dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin dan disaksikan lebih 250 orang tetamu di kalangan saudara mara terdekat dan teman rapat.

Menerusi syarikatnya itu, Syazliana bertindak selaku Pengarah Urusan manakala tunangnya pula sebagai Pengarah Seni Reka Grafik di syarikat berkenaan yang beroperasi di Dataran Glomac, Kelana Jaya.

Pada majlis pernikahan berkenaan, pengantin perempuan telah menerima tujuh dulang hantaran daripada keluarga pengantin lelaki, dibalas sembilan dulang, mas kahwin RM300 dan wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Mereka telah melangsungkan pertunangan pada Mac tahun lalu dan telah diraikan dalam sebuah majlis berinai pada 23 Januari lalu, diikuti acara resepsi di Hotel Istana pada 25 Januari lepas.

“Saya mengenalinya sejak di usia 15 tahun dan dia ketika itu baru 18 tahun. Mungkin selama ini ada yang perasan dia pernah menemani Syaz pada acara tertentu termasuk fotografi. Tapi dia bukan pengurus Syaz. Dia boleh dikatakan kawan yang sama-sama membesar dengan Syaz. Sewaktu kecil dulu, tak dinafikan ada perasan sayang dan cinta. Tapi masa kecil mana nak tahu secara jelas makna sayang dan cinta itu. Jadi ia macam berlalu begitu saja. Apabila semakin meningkat dewasa termasuklah selepas kami mengusahakan perniagaan bersama sejak empat tahun lalu, kami jadi bertambah rapat,” kata Syazliana.

Resepsi sebelah lelaki akan diadakan 1 Februari depan di Tropicana Golf Club, Damansara dan seterusnya majlis sambut menantu pada 8 Februari di kediaman keluarga Reza di Shah Alam.

Pasangan merancang untuk berbulan madu sama ada di Bali atau Australia dan tidak menolak kehadiran cahaya mata sekiranya ada rezeki.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.