Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau dikenali juga dengan panggilan Che Ta mengesahkan dirinya hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin. Pengesahan itu dibuatnya menerusi laman Instagram kira-kira jam 3 petang tadi namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Che Ta, 41, berkongsi gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan biru (menunjukkan keputusan positif) di laman sosial peribadinya itu selain menyelitkan luahan kegembiraan.

rozita che wan che ta sah hamil

“Alhamdulillah, syukur dengan nikmat-Mu ya Allah. Amin,” katanya.

Rozita yang meraikan ulang tahunnya, semalam, berkahwin dengan Zain, 30, pada 12 Disember tahun lalu. Menerusi perkahwinan pertama, aktres berkenaan dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.