Perilaku seorang anak muda menyuap makanan ke mulut ibunya di sebuah medan selera menarik perhatian netizen hari ini. Gambar yang dimuatnaik oleh pelayar Facebook menggunakan nama Mahfuzah Mahadzir itu menunjukkan seorang pemuda menyuapkan nasi ke mulut seorang wanita yang sudah berusia.

Tulis Mahfuzah pada kapsyen gambar yang dimuatnaik, “syurga di bawah kaki ibu! Kasih seorang anak terhadap ibunya! Menyuap nasi, menyapu sisa makanan yang terlekat di pipi dan mulut.”

Malah tulis Mahfuzah, kelihatan juga lelaki itu membetulkan anak rambut wanita yang didakwa ibu pemuda tersebut yang membuatkan dia sebak dan menitiskan air mata.

KAU TIDAK MALU UNTUK MENYUAP IBUMU

Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dan memuji tindakan pemuda itu yang tidak segan silu menyuapkan makanan kepada ibunya di tempat awam.

Antaranya Irwanmustafa Pånjank menulis, “bukan semua anak-anak yang boleh lakukan macam ni, tanpa rasa malu atau menyusahkan.”

KAU TIDAK MALU UNTUK MENYUAP IBUMU MAKAN

“Tahniah saudara, kau tidak malu untuk menyuap ibumu, sedangkan di luar sana banyak lagi anak-anak, yang maki ibu depan khalayak ramai,” tulis Arenas Nasri pula.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.