Taiyuddin Bakar Jelaskan Maksud ‘Mangaribut’ Bukan Mencarut | Ramai yang salah faham dengan ayat yang dikeluarkan oleh Taiyuddin Bakar menerusi filem dan drama lakonannya. Beliau dianggap sebagai perosak bahasa dengan banyak mengeluarkan banyak ayat mencarut dan sebagainya. Namun menurut Taiyuddin Bakar atau Thai menjelaskan perkataan ‘mangaribut’ yang menjadi simbol apabila dipertuturkannya menerusi filem Apa Celop Toqq bukan perkataan mencarut.

Sebaliknya ‘mangaribut’ yang disebutnya itu membawa maksud menggelabah. Thai berkata, dia tidak berniat untuk memperkenalkan istilah yang negatif kepada masyarakat sebaliknya ia sebagai satu kesinambungan kepada perkataan ‘Apa Celop’ yang dihasilkannya sehingga popular sebelum ini.

“Idea ayat ‘mangaribut’ itu datang daripada saya sendiri untuk digunakan dalam filem terbaru saya dan ia bukan memberi apa-apa maksud negatif sebaliknya untuk menggambarkan sifat gelabah seseorang,” ujarnya dalam portal mStar Online.

Selain ‘mangaribut’, Thai memberitahu dia turut memperkenalkan ayat ‘orang dok nengok ajelah kau ni’ dalam filem tersebut sebagai salah satu lagi simbol kepada filem arahan Ahmad Idham itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perselisihan faham yang didakwa berlaku di antara dia dengan Ahmad Idham, Thai berkata perkara itu diperbesar-besarkan oleh pihak lain dan ia hanya masalah kecil. Katanya, pertengkaran adalah perkara biasa namun jangan terlalu terbawa-bawa sehingga boleh merosakkan hubungan dan merugikan kedua-dua belah pihak.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.