Pengakuan – Taiyuddin Bakar Mengaku Ada Krisis Dengan Ahmad Idham | Selepas teruk dihentam dalam sebuah majalah mingguan berkenaan kenyataan Ahmad Idham sebelum ini, Tauyuddin Bakar atau lebih senang dengan panggilan Tai tampil membela diri. Katanya dakwaan berkenaan langsung tidak tepat dan terus terang menyalahkan beliau.

Tai didakwa bersikap besar kepala dan mempunyai masalah disiplin, pelakon filem Hantu Bonceng itu dikatakan semakin lupa diri. Dia didakwa mengundang krisis dengan Ahmad Idham hanya kerana tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan kepadanya untuk berlakon dalam filem ‘Gangster Celop’. Tindakannya dipersoalkan kerana Ahmad Idham adalah pengarah yang bertanggungjawab memperkenalkannya dalam industri.

Tai tampil menjelaskan dalam sebuah portal hiburan, dia sebenar terkilan dengan apa yang berlaku. Baginya perkara itu tidak harus diperbesarkan kerana ia sebagai pelakon dia mempunyai hak untuk mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Sebenarnya saya tidak terpanggil untuk komen tentang isu ini. Tapi artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar mingguan baru-baru ini dengan jelas menghentam saya. Seolah-olah saya yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Jadi, saya perlu buat penjelasan. Saya terkilan apabila orang mengatakan saya lupa diri, terlalu demanding hanya kerana saya cuba meletakkan harga yang munasabah.

Jumlah bayaran bukanlah punca kepada perselisihan faham di antara kami. Tetapi budi-bahasa dan cara mereka memberi tawaran itu yang membuatkan saya tidak boleh bertolak-ansur. Ketika rundingan, saya rasa maruah dan air muka saya dipandang rendah. Bahasa yang digunakan sangat melampau dan saya tidak boleh terima. Lagipun, harga yang saya minta bukannya tidak munasabah tetapi ia adalah harga pasaran sekarang ini,” ujar Tai.

Bagaimanapun, keputusan Tai yang enggan terlibat dalam filem itu menggambarkan dia langsung tidak memikirkan hubungan baiknya dengan Ahmad Idham. Adakah Tai lebih mementingkan wang berbanding perkara-perkara lain?

“Dalam industri ini, tawar-menawar adalah perkara biasa. Sebelum ini saya tidak pernah berkira pasal bayaran lebih-lebih lagi kalau saya mempunyai hubungan baik dengan sesebuah produksi itu. Dengan Excellent Pictures misalnya, saya pernah memberi keutamaan kepada mereka atas dasar hubungan baik saya dengan Idham.

Rundingan untuk ‘Gangster Celop’ tidak menjadi kerana berlaku salah faham. Apa yang berlaku di antara saya dan Idham adalah salah saya sendiri kerana terlalu memberi dan mudah percaya kepada orang lain. Lagi satu, saya percaya masalah ini tidak akan timbul kalau saya tidak terlalu rapat dengan Idham. Secara profesional, saya amat menghormati dan berterima kasih kepada Idham atas peluang yang diberikan kepada saya sebelum ini,” ujar Tai yang bergiat dalam teater sebelum ke layar perak.

p/s : biasalah bila makin laku maka harga pun makin naiklah…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.