Sedih bila baca berita seperti ini. Sikap berat sebelah wartawan yang memang anti dengan pasukan Kelantan, negeri Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan amnya memang cukup melampau. Bukan sekali berita macam ini sengaja digembar-gemburkan. Bukan dua kali wartawan cuba menonjolkan keburukan ‘Kelantan’. Mungkin sebab itulah salah satu punca kenapa kehadiran mereka semasa membuat liputan perlawanan akhir Piala FA 2012 tempohari mengundang kemarahan penyokong Kelantan.

Akhbar Sinar Harian hari ini diminta menjelaskan kenapa berita seperti ini boleh tersiar dalam akhbar online mereka. Tajuk berita yang terang-terangan memburukkan penyokong Kelantan seolah-olah penulis ini begitu anti dengan penyokong Kelantan. Berita yang bertajuk “Reaksi bahaya penyokong rai kemenangan Piala FA” oleh Wartawan Sinar Harian ini boleh dijadikan salah satu contoh berita yang sengaja dibuat untuk ‘mengenakan’ pasukan Kelantan dan penyokongnya.

Ada satu petikan yang mengatakan, “Ini kerana kebanyakan penyokong itu mengibarkan bendera Kelantan berada di tengah jalan hingga ada yang berdiri di atas tiang telefon, yang boleh mengundang padah walaupun penantian mereka penuh semangat menyambut kepulangan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.” Walhal jika kita perhatikan betul-betul penyokong berkenaan bukannya berdiri diatas tiang telefon, malah itu adalah Forklift. Jika penulis berkenaan tidak pernah mengenali forklift ianya adalah sebuah jentera (juga disebut sebuah truk angkat atau sebuah truk garpu) adalah sebuah alat industri bertenaga yang digunakan untuk mengangkat dan menurunkan serta memindahkan barangan.

Diharap, wartawan yang bertugas perlu lebih jujur dan peka dalam melaksanakan tugasan mereka. Jangan jadikan Kelantan sebagai sasaran untuk melariskan media anda. Semoga berita seperti ini tidak terus memburukkan imej pasukan Kelantan, penyokong Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.