Apa nak jadi dengan seorang mamat ni. Kalau tak puas hati tak dapat pindah sekalipun, janganlah sumpah seranah negeri orang, tempat orang dan kampung halaman orang. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Ni dia dok mengembek sorang-sorang, tak sedar ke banyak ‘harimau’ sedang memerhatikannya? Ammboi bukan nak mendedahkan atau mengaibkan beliau, cuma berharap apa yang berlaku dijadikan pengajaran kepada yang lain termasuklah ammboi.

Memetik sumber media sosial dan blog TengokTvOnline, seorang pensyarah Kolej Komuniti meluahkan perasaan di Facebook milik peribadinya dengan kata-kata makian kepada negeri Sarawak gara-gara tidak puas hati tidak dapat berpindah. Antara kata makiannya seperti “Sarawak Daif, Haram jadah, orang Sarawak seperti lembu di cucuk hidung…dan bermacam-macam lagi”.

pensyarah kolej komuniti maki negeri sarawak

Pensyarah yang menggunakan nama Jonathan Joseph turut memuat naik gambar simbol makian. Menurut info yang dikongsi rakyat Sarawak di komen page I Love Sarawak, pensyarah tersebut mengajar di Kolej Komuniti Betong, Sarawak.

pensyarah kolej komuniti hina sarawak

Perbuatan pensyarah tersebut telah membuatkan rakyat Sarawak berang. Ramai yang berkongsikan status dan gambar pensyarah tersebut dan mahukan tindakan segera dari pihak kementerian pendidikan. Tidak kurang juga mahukan kerajaan Negeri Sarawak menghalau penyarah berkenaan secepat mungkin.

Jonathan Joseph Ahmad Jeffrey Bin Sharif

Sebenarnya, pensyarah tersebut sudah lama tidak berpuas hati kerana permohonan berpindah gagal untuk kesekian kalinya. Pada awal tahun 2013, dia turut memuat naik status namun tidak se radikal seperti baru-baru ini.

marah hina sarawak

Namun, tindakan beliau memaki hamun adalah suatu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang tenaga pengajar. Sekiranya beliau tidak mahu memberikan khidmat di negeri itu, perkara terbaik ialah meletak jawatan dan memberikan kepada yang betul-betul layak. Seorang pendidik seharusnya tahu erti pengorbanan.

pensyarah kolej komuniti hina negeri sarawak

Boleh dikatakan banyak gambar pensyarah berkenaan telah dikongsikan di laman-laman Facebook Page Sarawak. Ammboi harap beliau lebih berhati-hati kerana tindakannya ini mungkin mengundang bahaya kepada beliau. Selain itu, ammboi juga berharap agar rakyat Sarawak yang baik belaka ini janganlah bertindak keterlaluan sehingga memudaratkan diri sendiri pula.

p/s: Terbaru, akses ke laman Facebook Jonathan telah di tutup….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.