Kelantan vs JDT 4 Februari 2017! Tak mustahil Kelantan boleh menewaskan JDT! Sudah pasti ramai yang tidak sabar menantikan perlawanan berprofil tinggi Liga Super, Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada hari Sabtu ini.

Walaupun JDT dilabelkan pasukan cukup sempurna semua posisi namun Indra Putra Mahayuddin menegaskan, betapa Kelantan tidak akan merendah diri. Malah katanya Kelantan akan tampil semangat berpasukan tambahan pula beraksi di depan penyokong sendiri.

Menurut pemain sayap The Red Warriors (TRW) itu, semangat tersebut menjadi kekuatan skuad pantai timur itu yang berazam mahu meleburkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan sejak musim lalu, di gelanggang keramat mereka nanti.

“Ia perlawanan dinanti-nantikan, menentang JDT adalah ujian terpenting bagi semua pemain dalam memastikan Kelantan berada pada tahap mana dalam saingan liga musim ini.

“Kalau kita bermain lebih baik, tak mustahil boleh menewaskan JDT. Namun apa yang penting, semangat berpasukan perlu dipamerkan, Sabtu ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian Online.

Jelas Indra Putra, kemenangan ke atas PKNS di Shah Alam, baru-baru ini, turut menjadi suntikan semangat bagi rakan sepasukannya untuk bertemu skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Untuk makluman anda, perlawanan Kelantan vs JDT pada 4 Februari 2017 ini iaitu pada hari Sabtu akan disiarkan secara langsung (Live) di saluran TV9 pada jam 8.30 malam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.