Baru-baru ini model jelita berusia 28 tahun yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, Felixia Yeap mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.

Oleh itu mulalah tersebarnya khabar angin yang mengatakan model itu bakal memeluk Islam tidak lama lagi. Menerusi satu laporan akhbar juga, Felixia tidak menolak dakwaan berkenaan dan katanya dia kini hanya ‘tunggu hidayah’.

felixia yeap bertudung mahu peluk islam

“Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah. Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” kata Felixia Yeap.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang. Menurutnya lagi, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

p/s: Harap apa yang diperkatakannya itu benar. Risau juga kalau benda seperti ini hanya dijadikan bahan sensasi sahaja. Jika nikat Felixia ikhlas, sama-sama kita doakan semoga niatnya dipermudahkan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.