Penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim yang popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang? bertegas untuk menyertai Akademi Fantasia 2013. Namun keputusannya itu mendapat kritikan dan cemuhan dari peminat. Ini kerana tindakannya itu menyertai program realiti berkenaan akan menyekat rezeki peserta lain yang mahu hijau dalam industri hiburan.

Fida bagaimanapun membidas dakwaaan tersebut dan menjelaskan tujuannya sebenar menyertai Akademi Fantasia 2013 adalah kerana mahu mendalami ilmu muzik dan nyanyian.

fida ibrahim af2013

“Saya tak cukup ilmu lagi. Pengalaman dalam dunia seni itu memang lah tapi dalam akademi ada guru dan peluang untuk saya menimba ilmu nyanyian juga lakonan. Kalau selama ni ada yang cakap saya kayu berlakon, jadi saya nak ambil peluang untuk mempertingkatkan lagi mutu lakonan dan juga nyanyian. Saya tak tutup rezeki orang lain sebab rezeki tu Allah yang bagi. Saya dah tunggu peluang ni bertahun lamanya. Saya tak pernah berhenti mencuba. Saya harap orang diluar, kalau mereka mahukan sesuatu itu jangan cepat berputus asa untuk mendapatkannya”, katanya dipetik dari Malaysia Digests.

Sementara itu Fida mendedahkan ini bukan pertama kali dia menghadiri ujibakat program berkenaan. Sebelum ini dia pernah mencuba nasib ketika di ujibakat AF6 dan One In A Million (OIAM) namun keduanya tidak berjaya. Ketika itu dia berasa kecewa sangat sebab berbulan buat persiapan seperti hari-hari berenang untuk stamina dan belatih vokal dengan seorang yang berpengalaman dalam nyanyian. Belajar dari pengalaman dan kekecewaan lalu justeru kali ini dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk melangkah ke peringkat 24 finalis apatahlagi dalam kelompok 12 finalis.

“Hari tu saya hanya dapat kertas oren yang menandakan saya berjaya ke peringkat seterusnya. Tapi sampai saat ini saya memang tak tahu apa-apa keputusan dan status sama ada terpilih atau tidak. Saya difahamkan akan ada konsert prelude dan saya berdebar juga ni nak tahu nasib saya ni”, tuturnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.