Teruja ammboi baca coretan saudara Faizal Azmi mengenai isu Queen Control. Ceritanya, dia pernah ditegur oleh Opahnya ketika berada dikampung kerana dia yang sibuk menguruskan anak-anaknya.

Biasalah, orang tua akan nampak pelik hal itu. Cuba kita tengok atuk dan ayah kita, mana diorang nak uruskan anak-anak macam suami zaman sekarang apatah lagi nak kemaskan rumah (bukan semua..).

Yang ammboi tengok diorang buat kerja (cari pendapatan macam berkebun, menoreh, bersawah dan sebagainya). Hal dirumah diuruskan sepenuhnya oleh kaum ibu. Tunggu nak order “kopi secawan” jer bila tengah gulung rokok jauh kat anjung rumah atau sambil tonton tv.

Jadi, bila Opahnya tengok apa yang dilakukan sudah tentu dia rasa aneh dan pelik. Dalam difikiran mungkin cucunya dah kena Queen Control atau kalah kepada bini.

Bukan takut bini!

Bukan QUEEN CONTROL!

Nak tahu apa jawapan Faizal Azmi anda baca selanjutnya dibawah:

TAKUT BINI QUEEN CONTROL JAWAPAN LELAKI INI MEMANG TERBAIK– gambar sekadar hiasan.

Opah saya di kampung pernah menegur saya apabila melihat saya selalu menguruskan anak2 saya seperti buatkan susu mereka, mandikan mereka, basuhkan berak kencing mereka, tukarkan lampin dan pakaian mereka. Gosok baju saya sendiri pun dia tegur.

Katanya sepatutnya tugas2 sebegitu biar isteri yang buat. “Kan isteri ada, kamu suruh je lah dia”. Tambahnya lagi “dia tak pernah pun tegok abah saya buat semua tu dulu, semua emak saya yang uruskan.”

Jadi baru saya faham persepsi suami macam saya dipandang negatif oleh orang2 tua yg beranggapan saya dihambakan oleh isteri. Macam kena Queen Kontrol.

Bagi saya, ianyanya dilakukan dgn seikhlas hati. Mereka anak2 saya. Saya nak mereka terus rapat dengan saya. Selain itu kehidupan zaman dahulu tak sama macam sekarang. Dulu isteri hanya duduk di rumah sahaja. Sekarang isteri juga terpaksa bekerja membantu suami. Adalah tidak adil bila balik ke rumah hanya isteri sahaja yg menguruskan rumah tangga sedangkan suami hanya goyang kaki duduk melepak. Padahal kedua2nya penat baru balik bekerja kan.

Saya buat semua itu kerana saya memang suka buat. Harap mereka faham. Saya bukannya di Queen Control oleh isteri saya.. mohon jangan salah faham yer. Wasalam.

Pada ammboi, suami zaman sekarang sudah ramai yang ringan tulang. Bukan setakat bantu uruskan anak. Siap rajin kemaskan rumah lagi. Ada tu siap masak untuk isteri.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.