Takut Jadi Mangsa Kecaman – Almy Nadia Terus Kunci Mulut | Baru-baru ini kecoh mengenai pertunangan Fizz Fairuz. Sedangkan sebelum itu dia sudah 7 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Almy Nadia. Tiba-tiba berpisah dan bertunang dengan orang lain. Oleh itu pihak media cuba mendapatkan penjelasan dari Fizz Fairuz namun gagal kerana pelakon itu mengelak daripada media.

Oleh itu, Almy Nadia turut dikejar untuk mendapatkan ulasan mengenai pertunangan bekas kekasihnya itu dan cerita percintaannya dengan Fizz Fairuz yang tiba-tiba putus dipertengahan jalan. Bagaimaapun, Almy Nadia tidak melarikan diri dari pihak media tetapi aktres itu membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz dengan seorang wanita kerana bimbang dengan pelbagai risiko sekaligus tidak mahu menerima sebarang kecaman daripada mana-mana pihak.

almy nadia dan anak angkat

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya tahu, ada pihak-pihak tertentu sedang memerhatikan salah silap saya. Jika tersalah cakap, mungkin saya akan terima kesan buruk. Sebab itulah lebih baik saya tidak banyak memberi komen. Maafkan saya sekali lagi. Tetapi saya tahu ada pihak yang sedang menunggu saya mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pertunangan Fizz dan kemudian mereka akan mengenakan saya pula. Biarlah… dia (Fizz Fairuz) dah pun menjadi tunangan orang. Risau juga dibuatnya kalau orang datang dan cuba ugut dan kacau saya pula nanti. Dah bertambah masalah pula”, katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Tidak mahu memikirkan lagi hal tersebut, Almy berata dia kini mahu menumpukan perhatian kepada karier dan anak angkatnya, Nur Afrina Darwisya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.