Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.

Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun. Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan. Beliau akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, beliau akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal.

Katanya, beliau bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM). Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju. – Sumber Sinar Harian


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.