Tan Sri Annuar Musa sindir FMLLP! Bakal dipotong mata atau pembatalan pendaftaran Liga Super 2016? Nampaknya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) seakan sudah bersedia untuk menerima hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahupun Football Malaysia Limi­ted Liability Partnership (FMLLP).

Tindakan berkenaan dijangka akan diambil setelah isu kegagalan The Red Warriors untuk menyelesaikan tunggakan pembayaran gaji lima pemain tahun lalu masih lagi berlarutan.

Bagaimanapun KAFA mendedahkan, situasi tersebut tidak seharusnya berlaku, sebaliknya FAM atau FMLLP seharusnya mencari jalan untuk menyelamatkan KAFA, bukannya ter­desak untuk menghukum persatuan negeri itu yang dilihat sebagai mengambil kesempatan.

Itulah yang diakui oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang se­olah-olah ‘mengalu-alukan’ sekiranya tindakan FAM dan FMLPP itu betul dan wajar.

“Saya selalu menyatakan inilah masalah bola sepak Malaysia dan selalu memikirkan soal mengambil tindakan. Mereka terlupa pasukan-pasukan itu adalah pemegang saham. Mereka kena ingat, FAM tiada apa-apa jika kami, pasukan tidak melabur dalam liga.

“Secara kolektif, 12 pa­sukan telah melabur hampir separuh bilion setahun baik Liga Super mahupun Liga Premier. Jadi, saya mahu FAM mengubah sikap mereka.

Tolong jangan lupa kami adalah pemegang saham. Tanpa pasukan (bertanding), FAM mahupun FMLLP langsung tidak berguna. Mereka sepatutnya be­kerja untuk kami. Mereka sepatutnya mengangkat bola sepak ke peringkat lebih tinggi.

“Ia juga bermaksud sekiranya salah satu ahli gabungan mengalami masalah, mereka harus duduk berbincang de­ngan kami dan bukannya bercakap dengan media.

“Kamu tidak menyelesaikan masalah dengan bercakap menerusi media. Datang duduk berbincang dengan kami dan fahami apa masalah yang berlaku.

“Nak ‘bunuh’ KAFA, silakan dan Kelantan tidak ada masalah untuk keluar daripada Liga Malaysia (Liga M) tetapi kamu kena faham yang mana kami berusaha untuk menyelesaikan masalah ini de­ngan profesional,” katanya.

FMLLP JANGAN MASUK CAMPUR DALAM HAL PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Tambah Annuar, beliau tidak mahu terlalu mengkritik FAM atau FMLLP tetapi pada masa sama, beliau menyarankan FMLLP memainkan peranan sebagai penganjur liga dan kejohanan Liga M, bukannya mencampuri hal ehwal undang-undang atau peraturan yang hanya mengaitkan FAM sahaja.

“Itu pun saya dah jadi ‘baik’ sekarang ini. Ja­ngan biar saya ‘tembak’ lagi sebab sekarang kita sudah ada (Penasihat Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kalau semua orang ‘tembak’, kacau bilau FAM jadinya.

“Banyak lagi perkara yang masih belum di­selesaikan. Mana pergi hak penyiaran televisyen? Sebenarnya, saya mahu mereka menjadi lebih munasabah terutama FMLLP.

“Mereka adalah badan penganjur dan jangan masuk campur dalam hal peraturan dan undang-undang kerana itu tugas FAM, bukan FMLPP,” katanya dipetik sumber Kosmo!.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.