Syarikat teknologi Nokia baru-baru ini tampil dengan dua lagi model terkini iaitu Nokia Lumia 900 dan Nokia Lumia 610. Kedua-dua model yang masih mengaplikasi sistem operasi Windows itu dilihat bakal melengkapkan strategi Nokia dalam penawaran fungsi hiburan komprehensif kepada pengguna.

Nokia Lumia 900 tersedia bersama paparan skrin AMOLED ClearBlack 4.3 inci dengan fungsi sentuhan mudah dan menyeluruh. Kameranya pula dilengkapi dengan spefikasi eksklusif seperti lensa Carl Zeiss, apartur bersaiz besar untuk prestasi rakaman terbaik di bawah pencahayaan rendah serta rakaman imej bersudut luas dengan nisbah 16:9.

Lebih menarik, model berkenaan disempurnakan bersama ciri bateri berkapasiti tinggi sesuai untuk pengoperasian mobiliti lebih lama. Pengguna peranti tersebut turut ditawarkan aplikasi pengemudiani perjalanan dengan sokongan suara dan had laju, Nokia Drive secara percuma.

Model Lumia 900 didatangkan dengan pilihan warna putih, biru dan hitam Sementara untuk Nokia Lumia 610 pula, peranti yang lengkap dengan fungsi pelayaran web sosial serta hiburan itu sesuai diimplementasi golongan pengguna muda.

Menerusi kelebihan itu, mereka akan dapat melakukan aktiviti seperti pelayaran Internet, mengakses laman sembang, memuat turun lagu dan memeriksa e-mel di masa sahaja mereka berada. Nokia Lumia 610 ditawarkan dengan pilihan warna merah, hitam dan biru. Kedua-dua model berkenaan bakal memasuki pasaran global menjelang suku kedua tahun ini.

p/s : hebat jugak LUMIA ni…. mmm… harganya masih belum ditentukan untuk pasaran Malaysia…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.