Ramai yang tertanya-tanya bilakah Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU) akan dilakukan? Bila pula pembubaran parlimen dan sebagainya. Semua seolah-olah sudah tidak sabar untuk menanti hari berkenaan. Mungkinkah akan berlaku peralihan kuasa selepas PRU13 nanti? Mampukah kerajaan sedia ada mempertahankan ‘kubu’ mereka lagi?

Apapun Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat. Bagi beliau, biarlah ianya terus menjadi rahsia kerajaan dan pertanyaan mengenainya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

Beliau juga berharap media dan rakyat memahami kenapa beliau terus berahsia akan tarikh pilihanraya berkenaan kerana kerajaan pastinya perlukan masa dan tarikh yang sesuai untuk hari besar berkenaan. Menurut Perdana Menteri, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik. Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

Kerajaan juga sedar, rakyat zaman ini bukannya seperti dahulu. Rakyat kini sudah peka kepada perkembangan semasa, dan adanya pelbagai medium yang telah digunakan untuk mendapatkan maklumat termasuklah rangkaian sosial. Jadi pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk mendekati rakyat. Jadi, semuanya kini terpulang pada pilihan rakyat. Samada mahukan perubahan atau sebaliknya.

p/s : syukur apa yang ada….

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.