Tasha Shila Bakal Bergelar Penyanyi Pula? | Nampaknya seorang lagi dramatis bakal menjejakkan kaki ke dunia nyanyian. Beliau adalah Tasha Shila. Tasha Shila akui dia sudah bersedia untuk dikenali sebagai penyanyi pula. Manurut info yang ammboi baca, Tasha Shila baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu berjudul ‘Sayang Pulanglah Sayang’ bersama kumpulan Tiga Swagger (TS).

Menerusi laporan Harian Metro, Tasha menganggap peluang yang diberikan Cat Farish adalah sangat berharga dan berasakan tidak salah untuk mencuba bidang nyanyian pula.

“Ternyata, bukanlah mudah untuk merakamkan lagu seperti yang disangka kerana mengambil masa yang lama. Walaupun, saya hanya perlu ‘rap’ dalam lagu itu, ia sememangnya cabaran yang cukup besar. Pun begitu, saya bersyukur kerana dapat juga melakukannya dengan baik. Bahkan, keyakinan makin bertambah ketika proses rakaman kerana saya amat menyukai lagu itu. Kini, saya berharap peminat muzik tempatan dapat menerima lagu ini yang akan diperdengarkan kepada umum pada tahun depan,” katanya yang akan berangkat ke Abu Dhabi untuk menjayakan penggambaran drama ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’ di samping Fahrin Ahmad.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.