Pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Tasha Shilla tidak habis-habis dilanda gosip, termasuk kononnya kemenangan itu mendapat tajaan VIP dan dia mengusung trofi terbabit ke sana-sini kononnya nak menunjuk-nunjuk trofi kemenangannya itu.

Namun beliau tidak mudah melatah dan mengambil jalan bijak apabila bersedia ditemubual wartawan dan peluang itu digunakan sebaiknya oleh Tasha untuk cuba menerangkan kedudukan sebenar. Pertama sekali beliau menafikan ada ‘kaitan’ dengan mana-mana datuk namun beliau tidak menyangkal sama sekali jika ada mana-mana datuk yang sudi menjadi pengundinya. Kerana itu semua hak mereka sebagai pengundi.

“Bukan satu datuk yang dikaitkan dengan saya apabila meraih kemenangan pada ABPBH lalu. Saya sendiri tidak tahu datuk yang mana satu yang sudi menaja saya? Mungkin benar ada datuk yang menaja, tetapi sejujurnya saya tidak mengenalinya. Jika benar, saya ucapkan terima kasih kerana menyokong kerjaya saya,” katanya.

Mengenai gosip mengatakan dia pelakon ‘berangan’ apabila dilihat mengusung trofi kemenangan itu ke sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, gadis kelahiran Ampang mengakui ada mengunjungi pusat beli-belah berkenaan bersama piala dimenangi, tetapi hanya sekejap saja.

“Ya, saya mengakui pada hari Isnin selepas turun dari Genting Highlands dengan keluarga, saya dan ayah terus memandu ke pusat beli belah itu bagi melunaskan hajat kawan baik saya, Reza, yang bekerja di kedai yang dimaksudkan untuk melihat trofi kemenangan itu. Sebagai kawan rapat, saya mahu berkongsi kegembiraan bersamanya. Jadi, saya memang bawa trofi itu untuk ditunjukkan kepada Reza dan tidak berniat menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Lagipun, trofi itu bukan saya pegang begitu saja kerana saya masukkan ke dalam beg. Mungkin ada yang nampak saya memegang trofi dalam kedai itu dan membuat cerita saya mengusung di seluruh pusat beli-belah,” katanya.

p/s : biasalah kalau dah menang tu kan.. adala yang rasa ‘tak sedap badan’ tu…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.