Lagu Taylor Swift – We Are Never Ever Getting Back Together Paling Laris di iTunes | Taylor Swift, mengatasi Lady Gaga apabila lagu single terbarunya, We Are Never Ever Getting Back Together mencatat rekod baru jualan di iTunes hanya selepas 50 minit dilancarkan.

We Are Never Ever Getting Back Together melonjak ke tempat pertama carta lagu iTunes, sekali gus mengenepikan lagu Born This Way milik Lady Gaga yang sebelum ini mencipta rekod sebagai album paling cepat laris. Lagu tersebut merupakan satu daripada karya penyanyi country itu yang dimuatkan dalam album terbarunya, Red.

Taylor Swift, bakal melancarkan album keempatnya itu pada 22 Oktober 2012. Penyanyi itu yang pernah menerima anugerah multi-platinum menerusi penjualan albumnya sebelum ini, mengumumkan perkara tersebut semasa satu perbualan secara langsung Internet dari Nashville. Nak muat turun di itunes? klik sini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.