Kecoh menerusi media sosial apabila tersebarnya cerita terdapat ahli keluarga warga China dikatakan berjaya menghubungi telefon bimbit milik abangnya yang dikatakan berada di atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Malah bukan seorang, bahkan beberapa keluarga di China turut mendakwa mereka berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang hilang bersama pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, telefon berkenaan yang dikatakan berdering kemudian seperti dijawab terus terputus tanpa ada kedengaran apa-apa suara menjawab panggilan berkenaan. Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.

keluarga berjaya hubungi penumpang mh370

Ahli keluarga berkenaan dikatakan telah memaklumkan mengenai perkembangan itu di dalam laman web MAS dalam satu ruang perbincangan dan siasatan berkenaan perkara itu sedang dijalankan oleh syarikat penerbangan terbabit. Setakat ini masih belum dapat dipastikan mengenai kesahihan laporan ini. Namun jauh disudut hati berharap ianya benar dan kesemua penumpang serta kru MH370 berada dalam keadaaan selamat.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain. Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini. Pihaknya masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 dan berharap jangan buat sebarang spekulasi. Beliau juga berkata, pihaknya telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura.

Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut. Menurut info yang ammboi terima, kawasan operasi kini sudah diperluaskan.

Semoga mereka semua masih selamat… Amin..

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.