Zaman serba canggih ni rasanya hampir kesemua kanak-kanak sudah memiliki gajet sendiri. Ada yang ada tablet, telefon pintar dan pelbagai gajet lain lagi yang kalau pada zaman kita kecil dulu memang mimpilah nak dapatkannya.

Telefon pintar buat kanak-kanak sakit mental? – Namun begitu, rasanya sudah ramai yang tahu mengenai keburukkan apabila kanak-kanak terlalu terdedah dengan gajet berkenaan terutamanya telefon pintar.

Menurut psikoterapi kanak-kanak, Julie Lynn Evans, jumlah kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan dan anorexic meningkat, dan ianya pasti berkaitan dengan komputer, telefon pintar dan dunia maya (Internet). Evans juga dengan jelas menyalahkan perbuatan memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak.

“Sesuatu yang jelas sedang berlaku. Saya nampak bukti yang sama dalam sejumlah kes melibatkan tekanan perasaan dan anorexic pesakit saya. Saya rasa, kehadiran telefon pintar dan jalur lebar (broadband) mengubah keadaan dan drama dalam penyakit mental (melibatkan) kanak-kanak. Pada tahun 90-an, saya cuma hadapi satu atau dua kes membunuh diri melibatkan remaja, tapi kini saya dapat empat kes setiap satu bulan,” kata Evans dipetik Telegraph.uk.

TELEFON PINTAR BUAT KANAK-KANAK SAKIT MENTAL

Selain itu, kes buli di alam maya juga terlalu banyak dan bukan sesuatu yang baru, dan pengurusan sekolah perlu berusaha untuk menangani masalah berkenaan. [sinarharian]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.