Tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal banyak boleh anda temui jika bergerak dari satu negeri ke satu negeri seluruh Malaysia. Sungguh tak sangka begitu banyak tempat bersejarah di Malaysia yang ramai tak tahu.

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [cutisini]

Pentingnya untuk generasi akan datang mengetahui akan tempat-tempat bersejarah ini supaya dapat belajar dari masa lalu serta mendapat iktibar akan sejarah negara yang lampau di samping dapat menguatkan semangat patriotik dalam diri sendiri.

Mari lihat senarai tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

 

1.  Masjid Jamek

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [smasanews]

Masjid Jamek yang terkenal ini telah lama dibina iaitu lebih dari 1 abad.  Pada tahun 1907 ia dibina, namun sehingga sekarang Masjid Jamek ini masih lagi utuh dan dikenali ramai. Ia adalah masjid tertua di Kuala Lumpur. Seni binanya adalah seperti reka bentuk Moghul asalnya utara India.

 

2.  Rumah Penghulu Abu Seman

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [flickr]

Rumah Penghulu Abu Seman dikenali sebagai tempat bersejarah di Malaysia yang santai untuk anda bercuti.  Ia berkonsepkan sebuah rumah Melayu tradisional dengan seni bina tradisi cantik dan menarik. Untuk pengetahuan anda,  rumah ini telah dibaikpulih secara berperingkat-peringkat.

 

3.  Dataran Merdeka

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [flickr]

Tahukah anda,Dataran Merdeka merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang sangat legend dan meremang bulu roma jika anda rasa sendiri kehidupan yang berlaku di sini dahulu.

Pada 31 Ogos kita merdeka,  Dataran Merdeka adalah tempat dimana laungan keramat “Merdeka” sebanyak 7 kali diadakan. Ia sangat terkenal dari dulu sehingga sekarang. Anda boleh ke sini untuk bergambar dan mengenang masa lalu nenek moyang kita sambil mengabdikan sejarah ini kepada anak anda.

 

4.  Muzium Negara

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [flickr]

Muzium Negara adalah tempat bersejarah di Malaysia dimana terdapat pelbagai jenis khazanah negara di sini.  Anda juga boleh melihat spesimen flora dan fauna yang terdapat di dalam kawasan Muzium ini. Tempat bersejarah di Malaysia ini sesuai dijadikan destinasi rombongan pelajar sekolah.

 

5.  Muzium Diraja Malaysia

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [cutisini]

Muzium Diraja Negara ini asalnya daripada bangunan istana lama. Muzium Diraja Negara ini membolehkan anda melihat kediaman dan suasana kedudukan raja seperti melihat kediaman diraja yang mewah serta  ruang dalam istana.  Anda boleh ke bilik mandi, bilik solek, balai rong, bilik beradu raja dan lain-lain lagi.

 

6.  Muzium Kesenian Islam Malaysia

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [Klikhotel]

Tahukah anda, tempat bersejarah di Malaysia ini mempunyai 7 ribu artifak dan bahan peninggalan sejarah? Banyak kan?  Anda boleh melihat semua pameran bahan bersejarah di sini.

Muzium ini dibina bagi menjaga warisan dan sejarah Islam dari zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu dengan melihat sendiri Galeri Senjata dan Perisai yang mempamerkan pelbagai koleksi senjata dahulu kala.

 

7.  Muzium Seni Kraf Orang Asli

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [suriaamanda]

Malaysia terkenal dengan kehidupan orang asli, sudah tentulah terdapat tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal dengan Seni Kraf Orang Asli. Muzium Seni Kraf Orang Asli mempunyai banyak bahan perkakas dan barangan orang asli gunakan ketika zaman kehidupan mereka.

Terdapat pelbagai barang kraf tangan orang asli boleh anda lihat dan amati. Betapa modennya kita pada hari ini kerana teknologi dan perubahan lebih baik berbanding zaman dahulu.

 

8.  Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [brad.erva]

Tempat bersejarah di Malaysia yang berkait rapat dengan undang-undang tak lain dan tidak bukan adalah Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Anda dapat saksikan barang-barang kegunaan polis, koleksi senjata, pingat dan anugerah, barang lain berkaitan kerja dan lain-lain lagi.

Uniknya, barang-barang ini bukannya barang yang moden tetapi ia adalah barang yang digunakan dari zaman sultan melayu dahulu kala.

 

9.  Muzium Telekomunikasi Negara (Muzium Telekom)

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [Star2]

Seterusnya jika anda ke Jalan Chulan, Kuala Lumpur, anda boleh singgah ke tempat bersejarah di Malaysia ini. Muzium yang terkenal dengan seni bina Greek ini juga dipanggil dengan nama Muzium Telekom.

Nak tahu tentang kemodenan negara kita zaman berzaman? Di sini anda boleh lihat pameran dari mulanya teknologi negara kita dihasilkan sehinggalah kini. Sebagai contoh, barangan seperti telefon, tv dan lain-lain lagi yang digunakan pada zaman dahulu kala.

 

10.  Istana Bandar / Alaeddin

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [Ruggedmom]

Istana Bandar ini terletak di Daerah Kuala Langat, Mukim Bandar dan berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin.  Ia sering dijadikan tempat Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah bersama pemaisuri baginda bersemayam sehinggalah mereka mangkat.

Tempat bersejarah di Malaysia ini mempunyai 15 buah bilik.  Anda boleh melihat senibina Islam dari India dan Timur Tengah serta seni ukiran hasil pengaruh Cina. Ia telah dijadikan Pusat Kraftangan Daerah dan Pusat Tahfiz Al-Quran juga suatu masa dahulu.

11.  Rumah Api Jugra

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [KakiReview]

Bersebelah dengan Radar TUDM Bukit Jugra, Rumah Api Jugra ini merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang masih berfungsi sebagai rumah api sekarang.

Ia adalah panduan atau tanda bagi pelaut dan kapal-kapal yang belayar di Laut Selat Melaka. Tahukah anda, bangunan rumah api ini masih dijaga rapi terutamanya bagi mencerap anak bulan Ramadhan dan bulan Syawal.

12.  Muzium Diraja Abu Bakar 

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [mypt3]

Singgah di Johor, datanglah ke tempat bersejarah di Malaysia yang ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ini.  Muzium Draja Abu Bakar dikenali dengan nama Istana Besar Johor ini diadaptasi dengan gaya Renaissance oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah.

Sehingga sekarang, muzium ini masih berfungsi sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri Johor. Anda juga boleh melihat barang-barang perak, cenderahati dan bahan perhiasan yang diletakkan di muzium ini.

13.  Muzium Kota Tinggi 

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [utusan]

Marilah mengimbau kembali zaman Kesultanan Johor pada tahun 1511, muzium Kota Tinggi ini banyak fungsinya. Tempat bersejarah di Malaysia ini membolehkan anda melihat pelbagai koleksi pameran dari kurun ke-19 sehinggalah sekarang.
Anda boleh melawat tingkat satu dan dua muzium ini. Antara bahan peninggalan di sini adalah peralatan muzik, lukisan kanvas, senjata dan lain-lain lagi.

14.  Kota A Famosa

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [cutisini]

Bertuah jika anda dapat menjejakkan kaki ke sebuah tempat bersejarah di Malaysia yang telah dibina orang orang Portugis suatu masa dahulu. Anda boleh melihat sendiri tragedi mereka menakluki Melaka pada tahun 1511 dengan sejarah di tempat ini.
Semasa penaklukan Belanda, Kota A Famosa ini mengalami kerosakan teruk dan kemudiannya telah dimusnahkan oleh British. Ada pula pertempuran dari Sir Stamford Raffles pada 1808, sebahagian Kota ini telah berjaya diselamatkan. Anda boleh melihat dinding pintu masuk A’Famosa masih digunakan dan kekal sehingga sekarang.

15.  Perigi Hang Tuah

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [shelookout]

Sejarah melayu di Malaysia seperti Hang Tuah menjadi bualan orang ramai.  Anda boleh melawat ke Perigi Hang Tuah yang merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal.  Ia terletak di Kampung Duyong, iaitu kampung Hang tuah membesar bersama empat orang sahabatnya.  Kemudian mereka telah menjadi hulubalang Melaka.
Untuk pengetahuan anda, dikatakan tempat kediaman bagi roh Hang Tuah menjelma sebagai buaya putih adalah di Perigi Hang Tuah ini. Tempat ini menjadi tempat bersejarah yang tetap dijaga dengan elok untuk anda lawati.

16.  Rumah Kelahiran P Ramlee

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [orangbukit]

Rumah Kelahiran P Ramlee sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Siapa tak kenal dengan P Ramlee?

Ramai peminatnya yang suka menonton filem lakonannya yang klasik. Anda boleh datang ke Rumah Kelahiran P Ramlee bagi memperingati jasa P Ramlee dalam dunia tanah air. Tempat bersejarah di Malaysia ini terletak di negeri Pulau Pinang.

 

17.  Muzium Perang

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [tripcarte]

Muzium Perang ini memendam pelbagai sejarah yang amat hebat. Sejarahnya, pada masa dahulu, muzium ini adalah kubu lama British ketika Perang Dunia kedua.

Pelbagai barangan dan senjata tentera boleh anda lihat di sini.  Barang-barang lain seperti rumah masak lama, terowong, berek tentera, liang pengudaraan, pakaian dan binaan bangunan ini juga sememangnya adalah bentuk asalnya.

 

18.  Galeri Sultan Azlan Shah

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [flickr]

Anda boleh mengimbas semula kehidupan Almarhum Sultan Azlan dari kecil sehinggalah zaman pemerintahannya ketika berkunjung ke tempat bersejarah di Malaysia ini.  Banyak bahan bersejarah boleh anda lihat di sini serta membaca maklumat berkaitan peristiwa terdahulu sepanjang pemerintahan dan kehidupannya. Jom lawati Galeri Sultan Azlan Shah bersama rakan-rakan di Perak!

 

19.  Kellie’s Castle

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [wikimedia]

Pada tahun 1915, Kellie’s Castle umpama istana ini dibina oleh Kellie untuk isterinya sebagai lambang cinta sejati dan kasih sayangnya.  Sedihnya, rumah ini gagal disiapkan kerana dia meninggal secara mengejut akibat penyakit pneumonia.

Akhirnya rumah agam ini terbengkalai proses binaannya. Zaman berganti zaman, Kallie’s Castle menjadi tarikan dan tempat bersejarah di Malaysia untuk anda kunjungi.

Anda boleh bergambar dan berfotografi di sini. Ianya akan menampakkan pemandangan bangunan lama dan klasik dalam gambar anda.

 

20.  Kompleks Sejarah Pasir Salak

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [JomJalan]

Perak juga menampilkan tempat bersejarah di Malaysia iaitu Kompleks Sejarah Pasir Salak.  Dahulunya, tempat ini adalah tempat perjuangan pahlawan melayu menentang penjajah.

Banyak kesan sejarah berkaitan pejuangan pahlawan-pahlawan Melayu boleh anda lihat disini terutamanya ketika mereka menentang pahlawan Inggeris dahulu.

 

21.  Muzium Perak

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [kptm4lyfe]

Muzium Perak merupakan sebuah muzium yang tertua di Malaysia dan ia telah dibina pada tahun 1883. Anda boleh singgah sebentar di sini untuk melihat artifak sejarah melayu di negeri Perak yang sangat unik dan menarik.  Bangunannya juga seakan-akan seni bentuk bangunan lama yang telah diperkemas dan percantikkan untuk anda berkunjung.

 

22.  Masjid Kampung Laut

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [alkutawi]

Masjid yang bersejarah ini masih lagi dijaga rapi. Warna dan suasananya amat cantik dan indah, tenang mata melihatnya.  Walaupun masjid ini dikatakan berusia kira-kira 300 tahun, ia masih lagi utuh dan kekal untuk anda lawati.

Sejarahnya, para mubaligh yang belayar di sepanjang kepulauan Melayu mendarat di pantai terdekat ini, lalu mereka membina sebuah masjid di sini.

 

23.  Makam Tok Janggut

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [youtube]

Tok Janggut adalah salah seorang pahlawan Melayu yang membanteras campur tangan British di Kelantan pada tahun 1909.  Ia dimakamkan di kawasan Pasir Pekan Tumpat ini. Biarpun sudah lama, bagi mengenangkan jasanya dan mengenali sejarah Malaysia, anda boleh datang melawat tempat bersejarah di Malaysia ini.

 

24.  Kota Kuala Kedah

tempat bersejarah di malaysia

Imej via [bakul2011]

Kota Kuala Kedah amat unik kerana dibina daripada tanah lumpur. Sebagai tapak kubu yang tertua di Malaysia, anda boleh bergambar dan mengenangkan sejarah jajahan yang pernah terjadi di sini.
Begitulah tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal dan boleh anda lawati di Malaysia. Jemput baca tempat makan menarik di  Ampang dan tempat menarik di Kluang juga.

Rujukan

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.