Perak Darul Ridzuan adalah salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat bersejarah. Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada daripada segi ekonomi, pelancongan dan infrastruktur kepada rakyatnya.

tempat bersejarah di perak

Imej via [Orang Perak]

Hampir setiap daerah di dalam negeri Perak mempunyai tempat bersejarah yang wajib anda lawati bersama keluarga tercinta untuk mengisi masa lapang pada waktu cuti. Mari kita lihat 15 tempat bersejarah di Perak.

 

1.  Muzium Perak

tempat bersejarah di perak

Imej via [Muzium Perak]

Muzium Perak merupakan muzium  pertama dan tertua yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low seorang Residen British ketiga di Perak ketika itu.  Tempat bersejarah di Perak ini terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 kilometer dari bandar Ipoh.

Selain daripada pelbagai jenis koleksi dan pameran yang dipamerkan, bangunan Muzium Perak ini juga mempunyai keunikan dan kelainan seni binaannya yang tersendiri. Ia juga adalah pengaruh daripada bangunan masyarakat “moor” di India, dan ‘neo-classical” serta “Victorian” masyarakat di Eropah. Bagi anda yang meminati sejarah dan sebagainya, jangan lepaskan peluang  untuk anda berkunjung ke Muzium Perak ini.

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am– 6.00pm)
  • Bayaran Masuk: Dewasa (RM 2.00) | Kanak-Kanak (Percuma)

 

2.  Galeri Sultan Azlan Shah

tempat bersejarah di perak

Imej via [Runaway Bella]

Sebuah galeri yang indah dan menarik seni binaannya dibangunkan semula daripada istana lama iaitu Istana Ulu. Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah.

Kemegahan dan keagungan Galeri Sultan Azlan Shah ini diterjemahkan melalui seni binaannya yang halus dan indah.  Tempat bersejarah di Perak ini terus kekal berdiri teguh walaupun telah seabad dibina.

Pengunjung bukan sahaja dapat mengetahui sejarah, susur galur dan kehidupan sultan tetapi juga dapat melihat kehalusan ukiran-ukiran kayu dan kerawang besi berukiran bunga kemboja. Keseluruhan galeri ini semestinya akan menawan hati pengunjung yang gemar akan seni sebegini.

  • Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat: 10.00 pagi – 12.15 tengah hari
  • Dibuka semula:  2.45 petang – 5.00 petang

 

3.  Kellie’s Castle

tempat bersejarah di perak

Imej via [cerpsur]

Kellie’s Castle merupakan antara salah satu tempat bersejarah di Perak yang harus anda lawati jika berkunjung ke negeri Perak. Bangunan 3 tingkat ala-ala istana ini mempunyai kelainan, keunikan dan sejarahnya yang tersendiri.  Ia dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul, di Bandar Agra, India.

Walaupun bangunan ini sudah berusia 107 tahun dan tidak sempat disiapkan tetapi  ia tetap terus kukuh hasil daripada pembaikan yang dijalankan. Untuk ke Kellie’s Castle, anda perlu menyeberangi jambatan yang telah dibina melintasi sungai Kinta.

Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas, kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah disediakan di sini. Kellie’s Castle menjadi kebanggaan penduduk Batu Gajah, Perak ini kerana keunikan seni binaan dan sejarahnya. Anda boleh bergambar di sini kerana bangunan ini berkonsepkan bangunan klasik.

  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)
  • Bayaran Masuk: Dewasa (RM 5.00) | Kanak-kanak (RM 3.00) | Warga Emas (RM 4.00)

  

4.  Muzium Arkeologi Lenggong

tempat bersejarah di perak

Imej via [malaysia.travel]

Muzium Arkeologi Kota Tampan ini terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 kilometer ke selatan dari Pekan Lenggong. Di sini juga terdapat rangka “Perak Man” yang ditemui di Gua Gunung Runtuh dan beberapa artifak lain yang membuktikan kewujudan penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.

Tempat bersejarah di Perak ini tersenarai antara 953 tapak warisan dunia oleh UNESCO. Selain itu, bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit juga menjadi penyebab kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00am – 5.00pm)

 

5.  Menara Condong Teluk Intan

tempat bersejarah di perak

Imej via [mStar]

Keunikan seni bina Menara Condong yang terdapat di Teluk Intan, Perak ini pastinya akan menarik perhatian pengunjung. Keunikan ini pasti menjadikan Menara Condong sebagai lokasi penggambaran bersama keluarga dengan pemandangan yang cantik.  Tempat bersejarah di Perak ini juga menyediakan kemudahan untuk bersantai dan bergambar.

 

6.  Batu Bertenggek

tempat bersejarah di perak

Imej via [rileku]

Sebuah lagi tempat bersejarah di Perak yang boleh anda lawati jika anda berada di Teluk Intan, Perak ialah Batu Bertenggek. Batu Bertenggek di Teluk Intan ini sudah wujud semenjak zaman penjajahan British lagi di Tanah Melayu apabila pihak British telah meletakkan batu tersebut sebagai memorial peringatan ketika Perang Dunia Pertama.

Terdapat nukilan yang tertera pada batu tersebut “At The Going Down Of The Sun And In The Morning. We Will Remember Them 1914 – 1918” untuk mengajak pengunjung bagi tidak melupakan keberadaan mereka di sini. Batu Bertenggek ini terletak berhadapan bangunan SKOMK di persimpangan Jalan Changkat Jong, Teluk Intan yang memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi monumen.

 

7.  Stesen Kereta Api Ipoh

tempat bersejarah di perak

Imej via [Wikimapia]

Seterusnya, Stesen Kereta Api Ipoh, Perak merupakan satu lagi mercu tanda yang perlu anda kunjungi. Dengan keindahan reka bentuk seakan-akan Taj Mahal, pastinya anda dapat membezakan Stesen Kereta Api Ipoh dengan stesen yang lain terdapat di negara ini. Keunikan tempat bersejarah di Perak ini perlu anda lawati.  Anda juga berpeluang merakam detik-detik indah bersama keluarga sambil menghayati sejarah yang terdapat di Stesen Kereta Api Ipoh.

 

8.  Kota Belanda

tempat bersejarah di perak

Imej via [ms.wikipedia]

Jika anda ke Pulau Pangkor, Perak jangan terlepas peluang untuk singgah sebentar di Kota Belanda ini. Tempat bersejarah di Perak ini terletak di Teluk Gadang, kira-kira 100 meter dari pantai. Kota Belanda ini merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda telah berusia lebih 300 tahun yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan bijih timah dari negeri Perak.

Pengunjung boleh melawati Kota ini secara percuma dan membayar tambang tiket. Anda juga tidak perlu risau jika datang ke sini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti gerai makanan, pakaian dan juga cenderamata untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

 

9.  Kompleks Sejarah Pasir Salak

tempat bersejarah di Perak

Imej via [Ikhwan Attamimi]

Kompleks ini dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu dan dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Terdapat banyak kesan sejarah terutamanya tentang perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu. 

Tempat bersejarah di Perak ini terbahagi kepada galeri Sejarah dan balai pameran yang mempamerkan sejarah peristiwa Pasir Salak, senjata, alat-alat pengangkutan, tembaga, pakaian dan banyak lagi.  Terdapat bangunan yang sedia ada berhampiran seperti Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan dan tiga buah rumah kutai.

 

10.  Muzium Beruas

tempat bersejarah di perak

Imej via [nandros]

Tempat bersejarah di Perak yang juga sangat menyeronokkan untuk anda kunjungi adalah Muzium Beruas. Pada awalnya, bangunan ini merupakan Mahkamah Beruas yang telah diubahsuai untuk dijadikan muzium yang mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Sitiawan.

Muzium ini memaparkan segala maklumat dan bahan kajian dalam bentuk sebenar seperti peta-peta, ilustrasi dan nota mengenai kegemilangan kerajaan Gangga Negara dan Beruas. Masuk ke muzium ini pula adalah percuma.

 

  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

 

11.  Batu Bersurat Pulau Pangkor

tempat bersejarah di perak

Imej via [Melancong]

Jika anda ke Kota Belanda, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Batu Bersurat berhampiran dengan kota tersebut.  Ia terletak kira-kira 100 meter dari pantai. Pengunjung dapat melihat dengan lebih jelas batu besar terpahat dengan lukisan seolah-olah harimau sedang mencederakan seorang budak, dua bulatan berbentuk daun serta perkataan-perkataan Belanda dan Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”.

Pernahkah anda ke tempat bersejarah di Perak ini?  Selain daripada faktor sejarah, suatu yang unik tentang batu ini juga dikatakan oleh penduduk tempatan bahawa batu ini hidup kerana mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil dengan panjang 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.

 

12.  Port Weld

tempat bersejarah di perak

Imej via [Perak Today]

Port Weld kini lebih dikenali sebagai Kuala Sepetang, Perak. Tempat bersejarah di Perak ini dikatakan terdapat bijih timah di Larut dan Taiping lokasi ini dan ia menjadi pelabuhan yang sangat penting. Hulu Sungai Larut mengalir dari Bukit Larut atau Bukit Maxwel terus ke muara Sungai Larut berhampiran dengan Port Weld atau Kuala Sepetang.

Kawasan yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Matang ini merupakan hutan paya bakau yang diiktiraf oleh dunia sebagai ekosistem terbaik. Selain itu, di sini juga terdapat kepelbagaian hidupan liar bagi pengunjung yang cinta akan alam semula jadi untuk melihat dan terokai. Yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan papan tanda sebagai simbolik kepada Port Weld.

 

13.  Muzium Darul Ridzuan

tempat bersejarah di perak

Imej via [TripAdvisor]

Muzium Darul Ridzuan merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Menariknya, tempat bersejarah di Perak ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Inggeris dan masih mengekalkan reka bentuk seni bina asalnya sehingga sekarang. Ia dibina di kawasan seluas kira-kira empat ekar.

Selain itu, terdapat dua buah kubu perlindungan serangan udara atau airaid shelter dibina pada tahun 1940. Jika anda ingin melihat dan mengetahui lebih lanjut latar belakang serta sejarah mengenai muzium ini, jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini, masuk adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45am – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

 

14.  Muzium Geologi

tempat bersejarah di perak

Imej via [mdfaiez84]

Tertubuhnya pada tahun 1957, Muzium Geologi ini berfungsi menyimpan contoh rujukan daripada kajian geologi.  Ia menempatkan hampir 700 koleksi unik dan menarik pelbagai jenis fosil, mineral, batu permata berharga dan separa berharga dari dalam dan luar negara.

Terdapat beberapa sampel bijih timah menarik yang ditemui dalam lombong timah di Lembah Kinta, Perak yang turut dipamerkan. Di samping itu, tempat bersejarah di Perak ini turut memaparkan sumbangan geologi terhadap pembangunan sumber air bawah tanah, pembinaan infra struktur dan promosi warisan geologi Malaysia menggunakan ilustrasi grafik.  Masuk ke muzium ini pula adalah percuma.

  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 12.30pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00pm – 4.30pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (Tutup)

 

15.  Muzium Diraja Kuala Kangsar

tempat bersejarah di perak

Imej via [Atuk]

Muzium Diraja Kuala Kangsar sangat melambangkan seni bina Melayu Tradisional yang mengagumkan. Pengunjung boleh melihat dengan lebih jelas kehalusan seni bina Melayu Tradisional ini dengan lebih teliti. Dikatakan bentuk tempat bersejarah di Perak ini terbina seperti sebilah padang yang berada di dalam sarungnya.

Struktur bangunan ini terbahagi kepada dua iaitu di bahagian atas yang menempatkan singgahsana manakala di bahagian bawah menempatkan sebuah pejabat rasmi Baginda. Masuk ke sini juga adalah percuma.

  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00am) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

tempat bersejarah di perak

Imej via [myperakcrew]

Perak adalah negeri yang perlu ada dalam perancangan destinasi pelancongan seisi keluarga. Tempat-tempat bersejarah ini wajib dilawati malah ia juga merupakan destinasi pelancongan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah kehidupan manusia pada masa lampau. Jom lihat pula tempat menarik di Perak, tempat menarik di Istanbul dan tempat menarik di Paris juga.

Rujukan:

  1. wikipedia
  2. maisinggah
  3. orangperak

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.