Sabah telah diiktiraf sebagai ‘3 Tempat Paling Popular di Asia Pasifik’ untuk pelancongan.  Pelancong yang berkunjung di negeri Sabah boleh menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai, dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa. 

tempat menarik di sabah

Imej via [malaymail]

Penduduk di Sabah memiliki masyarakat yang berbilang kaum. Berdasarkan dari kajian arkeologi, Negeri Sabah ini telahpun di huni semenjak 28,000 tahun yang lalu.  Terdapat banyak tempat bersejarah yang menarik dan penuh aktiviti untuk anda kunjungi.

 

1.  Gunung Kinabalu

tempat menarik di sabah

Imej via [batcaveminis]

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang memiliki puncak tertinggi di Sabah, Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah masyarakat sabah berpendapat bahawa gunung ini dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.

Tempat bersejarah di Sabah ini banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah misteri. Menurut kepercayaan masyarakat kadazan, Gunung ini merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Pengunjung yang datang ke gunung ini berpeluang menyaksikan matahari terbit di puncaknya.

Laluan mendaki kira-kira 8 km untuk ke puncak diharungi dengan pelbagai jenis ekosistem sepanjang perjalanan. Para pendaki akan melalui dan melihat perubahan yang ketara dari kepadatan hutan dan  permukaan berbatu di puncak.

 

2.  Desa Cattle Dairy Farm

tempat menarik di sabah

Imej via [zayan]

Seakan-akan berada di New Zealand, tempat ini mampu anda gambarkan sekiranya pengunjung datang ke sini. Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang, Desa Dairy Cattle atau dipanggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara.

Pengunjung yang datang boleh merasai produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato yang sedap. Sudah pastilah tempat bersejarah di Sabah ini juga mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Waktu yang sesuai untuk datang berkunjung adalah pada waktu pagi dimana cuacanya lebih sejuk dan berkabus serta pemandangannya yang cantik.  Ladang seluas 199 hektar ini menjadi pusat penternakan lembu dan menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun. 

 

3.  Taman Negara Kinabalu

tempat menarik di sabah

Imej via [zayan]

Taman Negara Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1585 meter dari paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Tempat bersejarah di Sabah ini meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah ini sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.

Anda boleh menikmati pemandangan flora-flora semulajadi Borneo seperti orkid-orkid liar. Anda juga boleh menempah lawatan berpandu jika ingin pendedahan tentang flora dan fauna di sini. 

 

4.  Lok Kawi Wildlife Park

tempat menarik di sabah

Imej via [jombahtravel]

Pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat haiwan liar yang jarang di temui seperti Orang Utan, Gajah, Beruang, Harimau, Ostrich, Burung merak dan bermacam jenis haiwan lagi di tempat bersejarah di Sabah ini. Taman Lok Kawi ini mempunyai lebih dari 100 jenis spesis haiwan.

Terdapat juga Botanical Garden dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh kita lihat. Anda juga berpengalaman melihat sendiri bagaimana haiwan diberi makan. Jika bernasib baik, anda boleh melihat pertunjukan haiwan yang dikendalikan oleh penjaga zoo yang professional.

 

5.  Kota Kinabalu Wetland Centre

tempat menarik di sabah

Imej via [sabah.attractions]

Kota Kinabalu Wetland Centre ataupun Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu adalah sebuah tarikan hutan paya bakau yang berkeluasan 4 hektar (59 ekar). Sekiranya tiba di sini, pengunjung perlu menggunakan laluan di atas papan kayu yang berkepanjangan 1.5 km.

Masa yang diambil untuk sepanjang perjalan adalah 1.5 km. Pengunjung berpeluang menikmati udara segar, melihat burung, tumbuhan dan haiwan liar di tempat bersejarah di Sabah ini.  Kawasan ini diuruskan oleh NGO tempatan untuk tujuan pemuliharaan, pendidikan,rekreasi, pelancongan dan penyelidikan.

 

6.  Monsopiad Cultural Village

tempat menarik di sabah

Imej via [rustic-borneo]

Monsopiad Cultural Village merupakan sebuah kampung tradisional dan juga tapak bersejarah di tengah-tengah orang Kadazandusun.  Tempat bersejarah di Sabah ini adalah satu-satunya kampung kebudayaan di Sabah yang dibina untuk memperingati kehidupan dan sejarah puak Kadazan serta legenda dan pahlawan pemburu ‘Monsopiad’.

Generasi ke-6 Monsopiad telah membina kampung tersebut dan di tanah itu juga Monsopiad tinggal dan kekal sehingga abad berikutnya. Kini, Monsopiad ini dijadikan sebuah Muzium bagi mendokumenkan, memulihkan dan memelihara budaya dan tradisi serta kepercayaan kaum Kandazandusun.

Hasil kraftangan serta senjata dan makanan mereka hinggalah aktiviti hari-hari kaum ini juga terdapat di sini. Pengunjung boleh mempelajari lebih mendalam tentang Bobohizan, iaitu bomoh wanita yang kerap di lantik untuk memuja semangat tanaman kaum ini. 

Jika sesiapa yang meminati untuk tahu tarian tradisional, belajar menyumpit, melastik, memarut batang sagu dan merasa ulat sagu, semuanya juga tersedia di sini.

 

7.  Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Imej via [theguardian]

Pusat pemulihan Orangutan Sepilok telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan merupakan salah satu daripada empat pusat pemulihan Orang Utan di dunia. Sepilok ini adalah tempat perlindungan bagi orang Utan yang terbiar, terlantar yang dilatih untuk hidup bertahun di hutan.

Kebanyakan Orang Utan yang tinggal di hutan akan kembali ke pusat untuk waktu makan dua kali sehari untuk memberi peluang kepada pengunjung yang bertuah untuk melihat dan mendekati orang Utan. Semenjak Pusat ini ditubuhkan, pusat ini berjaya mengeluarkan lebih dari seratus Orang Utan ke dalam habitat hutan semulajadi mereka.

Proses pemulihan bermula sebaik saja orang utan di terima masuk ke pusat ini dengan pemeriksaan kesihatan teliti, diikuti kuarantin untuk tempoh masa tertentu bagi menghapuskan penyakit berjangkit.  Orang Utan juga di ajar mencai makanan, membina sarang, dan memanjat.

Selain dapat memberi makan kepada Orang Utan, pengunjung juga dapat melakukan pelbagai aktiviti berjalan kaki dalam hutan simpan.

 

8.  Pulau Sipadan

tempat menarik di sabah

Imej via [dive-the-world]

Tempat bersejarah di Sabah seterusnya adalah Pulau Sipadan. Pulau ini pernah disifatkan sebagai hasil seni yang tidak tercemar manakala penyelam di seluruh dunia mangundi pulau ini sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik. Diistiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh pemerintah Borneo Utara ketika itu, Pulau ini diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia.

Kawasan hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali dan burung punai. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan.

Pulau ini sememangnya dipelihara sejak dari dahulu lagi dan dinaiktaraf dengan membina beberapa tempat penginapan kepada pengunjung yang datang ingin bercuti ke sini. 

 

9.  Pulau Mabul

tempat menarik di sabah

Imej via [thevocket]

Tempat bersejarah di Sabah ini terletak di kawasan air laut jernih Laut Celebes di luar tanah besar Sabah.  Ia dikelilingi oleh terumbu karang lembut pada kedalaman dua ke 40 meter. Dengan keluasan 1 hektar, tempat ini dianggap lebih besar dari Pulau Sipadan yang terletak berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku Bajau Laut, iaitu salah satu kumpulan etnik di Sabah.

Aktiviti menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun.  Antara hidupan laut yang boleh anda lihat di sini termasuklah kuda laut, tapak sulaiman eksotik, ikan gobi, ikan buaya,ikan pipe dan belut laut. Terdapat lebih dari lapan kawasan untuk menyelam, malah setiap satunya memiliki keistimewaan sendiri.

 

10.  Atkinson Clock Tower

tempat menarik di sabah

Imej via [holidaygogogo]

Atkinson Clock Tower merupakan menara jam yang terletak di Kota Kinabalu juga tersenarai sebagai tempat bersejarah di Sabah. Menara jam setinggi 15 meter ini mempunyai sejarah yang menarik.  Ia dibina sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton pada ketika iaitu Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada usia 8 tahun di sebabkan oleh ‘Borneo Fever’ atau lebih di kenali sebagai demam malaria.

Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari padang merdeka untuk menuju ke menara ini.  Tempat bersejarah di Sabah ini juga adalah sebahagian lokasi yang ada kaitan dengan sejarah zaman perang Dunia Kedua dan menjadi pusat perniagaan penting bandar Jesselton sekitar tahun 1950 hingga 1960an.

Tidak jauh dari menara jam itu, berhampiran Balai Polis Trafik terdapat kawasan yang dikenali sebagai Australia Place. Ia adalah  antara lokasi unik dalam kawasan bandar lama Kota Kinabalu. Ia dinamakan Australia Place bagi mengenangkan ia pernah dijadikan tapak perkhemahan oleh tentera Australia pada tahun 1945.

 

11.  Muzium Sabah

tempat menarik di sabah

Imej via [museum.sabah]

Muzium Sabah ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium yang terdapat di negeri ini.  Tempat bersejarah di Sabah ini juga dikatakan salah satu tempat menarik di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini terdiri daripada bangunan utama pusat sains dan pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam.

Misi utama muium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen, etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri. Ia diperlukan untuk memudahkan  penyelidikan berkaitan budaya dan sejarah sosial dilakukan.

Muzium ini adalah antara muzium yang paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks. Pengunjung dapat melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik di sini.

 

12.  Sandakan Memorial Park

tempat menarik di sabah

Imej via [gosabah]

Sandakan Memorial Park merupakan sebuah muzium kecil yang berada di Sandakan. Muzium ini didirikan untuk memperingati orang-orang yang terbunuh pada zaman pemerintahan jepun suatu ketika dahulu.  Semasa perang dunia kedua, Sandakan telah dipilih oleh orang jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu Penjara Masa Perang untuk menahan orang-orang tahanannya.

Tempat bersejarah di Sabah ini harus anda lawati bagi meneroka sejarah yang terjadi di kawasan ini. Sehingga kini, tugu ini masih lagi di jaga rapi dimana ia menjadi tugu memperingati mangsa yang terkorban ketika zaman perang yang terjadi suatu ketika dahulu.

 

13.  Gaya Street

tempat menarik di sabah

Imej via [attractionsinmalaysia]

Pasar Tamu Gaya ini telah lama beroperasi sejak dari dahulu lagi, ia terkenal sebagai tempat membeli-belah untuk pengunjung yang datang. Pelbagai barangan menarik boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang. Barangan seperti perhiasan rumah, aksesori, makanan dan buah-buahan terdapat di sini.

Para pembeli boleh mendapatkan harga barang dengan harga yang berpatutan. Gaya Street ini mendapat sambutan dalam kalangan pelancong asing dan domestik. Pasar itu beroperasi dari jam 6 petang sehingga jam 2 pagi setiap malam jumaat dan sabtu. Warisan dan nilai sejarah pasar ini masih di kekalkan walaupun telah wujud sejak bertahun lamanya.

 

14.  Pulau Bohey Dulang

Imej via [pulaumabul]

Antara Pulau yang menjadi tarikan utama di Sabah ini adalah Pulau Bohey Dulang. Tempat bersejarah ini adalah sebuah tempat menarik yang menjadi Sabah sebagai sebuah negeri pelancongan.  Pulau ini terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar.

Terdapat aktiviti menarik di pulau ini seperti melawat nurseri dan pusat penetasan kerang gergasi. Pusat ini mempunyai makmal, ruang pameran, tangki pembiakan, taman induk dan sangkar laut terbuka.

Pengunjung dapat saksikan tujuh jenis kerang gergasi yang terdapat di sekitar perairan kepulauan Sabah ini. Aktiviti snorkeling dan diving juga menjadi tarikan utama untuk melakukan aktiviti tersebut di Pulau ini.

 

15.  Filipino Market

tempat menarik di sabah

Imej via [cavinteo]

Pasar malam ini sentiasa menjadi tumpuan warga kota Kinabalu serta pelancong samada tempatan ataupun luar negara untuk menikmati hidangan makanan laut bakar terutama sekali pelbagai jenis ikan, sotong, ketam dan udang.   Tempat bersejarah di Sabah ini juga mempunyai kisahnya tersendiri sehingga wujudnya pasar ini.

Selain menjual makanan, barangan seperti cenderamata seperti kraftangan buatan orang tempatan juga terdapat di sini. Kebiasaannya, Pasar ini meriah pada waktu malam kerana pengunjung lebih gemar menikmati angin laut yang sejuk sambil menikmati hidangan laut di Pasar ini.

 

tempat menarik di sabah

Imej via [borneo-hotels]

Negeri yang terkenal dengan keindahan flora dan fauna serta keindahan pemandangan yang cantik ini mempu memberikan kenangan manis kepada sesiapa sahaja yang ke sini. Keramahan masyarakat tempatan menjadikan Sabah ini sering dikunjungi pelancong samada dari dalam atau luar negara. Jemput baca tempat menarik di Australia, tempat menarik di Pulau Perhentian dan tempat menarik di Lahad Datu juga.

 

Rujukan:

  1.  Wikipedia
  2. BestBorneoCarrental
  3. alowisata

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.