Sarawak Bumi Kenyalang merupakan salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat bersejarah. Negeri Sarawak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada daripada segi ekonomi, pelancongan dan infrastruktur kepada rakyatnya.

tempat menarik di sarawak        Imej via [bombasticborneo]

Hampir setiap daerah di dalam negeri ini mempunyai tempat bersejarah yang wajib anda lawati bersama keluarga tercinta untuk mengisi masa lapang pada waktu cuti.  Jom lihat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negeri Sarawak yang menarik dan menyeronokkan.

 

1.  Kubu Margherita

tempat menarik di sarawak

Imej via [JomJalan]

Kubu Margherita dibina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan kos 8,100 Dolar Spanish. Ia terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat bersejarah di Sarawak ini dikelilingi oleh Kampung Melayu.

Kubu ini dinamakan ‘Fort Margherita’ bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.

Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak.  Sebelum tahun 1934, hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941.

Oleh kerana bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance. Anda boleh berkunjung di sini bersama keluarga dan rakan.

 

2.  Muzium Sarawak

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [malaymail]

Muzium yang tertua di Borneo, Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata anda mengenai sejarah negeri Sarawak dan juga budaya dan kehidupan masyarakat di negeri ini.

Antara koleksi yang dipamerkan di tempat bersejarah di Sarawak ini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik. Kebanyakan barang-barang ini adalah hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD.

Bila dah ‘penuh’ ilmu di dada melihat pameran, anda boleh juga menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 4.30pm)

 

3.  Masjid Bandaraya Kuching (Masjid Negeri Lama)

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [sarawaktourism]

Sudah berjalan ke sana ke mari, nak menambahkan berkat perjalanan, jangan lupa untuk singgah ke Masjid Bandaraya Kuching ataupun masjid lama negeri ini. Lamanya bukan kepalang sebab ia merupakan masjid yang pertama di Bandar Kuching yang dibina oleh pemimpin yang dihormati di Sarawak  pada ketika itu, Datu Patinggi Ali pada tahun 1847.

Masjid klasik ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dimana atapnya terdiri daripada kayu bulian dan dindingnya pula daripada papan. Bangunan lama ini kemudiannya diperbaharui pada tahun 1968 menjadi struktur yang lebih kukuh yang lengkap dengan kubah yang bewarna keemasan.

Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu menampung sehingga 4000 orang jemaah pada satu-satu masa. Apa kata anda singgah sebenter di tempat bersejarah di Sarawak ini untuk menunaikan kewajipan!

  • Alamat: 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching

 

4.  Tugu Kuching

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [traveller]

Tak sah kalau tak bergambar dengan lambang yang terpenting di Kuching kalau dah melancong ke tempat bersejarah di Sarawak ini kan? Mercu tanda ini tak lain tak bukan adalah Tugu Kuching yang megah berdiri di hadapan hotel-hotel dan pusat membeli-belah bandaraya.

Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar.

Bagi anda yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja anda bercadang untuk berposing di sini.

  • Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

 

5.  Muzium Kuching

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [Pinterest]

Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini menempatkan lebih daripada 3000 pameran yang menarik hati. Berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya terdapat lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing.

Antara kucing yang dipamerkan adalah kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi.  Pasti anak anda tak sabar untuk ke sini!

  • Waktu Operasi:  Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00am – 5.00pm)
  • Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching

 

6.  Taman Sahabat Kuching Sarawak

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [qidran]

Taman Sahabat Kuching Sarawak adalah sebuah taman rekreasi yang dibina pada tahun 2005 hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China untuk memperingati hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang telah pun mencapai ulang tahun ke-30.

Tempat bersejarah di Sarawak yang terletak di atas tanah berkeluasan 2.8 hektar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman Malaysia dan taman China. Di dalam kawasan Malaysia, anda sekeluarga dapat melihat Sarawak Fountain yang mana berdirinya sebuah monumen yang menjadi simbol kepada kepelbagaian etnik di Sarawak.

Di hadapannya pula terdapat Malaysia Murals yang memaparkan 14 buah dinding  (14 buah negeri di Malaysia). Taman China pula, terdapat jambatan zig-zag, perigi permintaan (wishing well), pondok rehat berinspirasikan Kunming dan Beijing, sebuah tugu yang berketinggian 20 kaki Laksamana Cheng Ho dan banyak lagi.

Berjalan-jalan di sini, anda sekeluarga juga dapat menyejukkan mata melihat kelibat-kelibat ikan koi yang berenang dengan penuh keseronokan di dalam kolam-kolam yang ada di sini.

 

7.  Kampung Kebudayaan Sarawak (Muzium Kebudayaan Sarawak)

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [nadiahfarzana]

Kampung Kebudayaan Sarawak ataupun Muzium Kebudayaan Sarawak adalah antara tempat bersejarah di Sarawak yang harus anda lawati. Ia terletak di dalam kawasan berkeluasan 17 ekar di kaki Gunung Santubong.  Muzium ini bukanlah sebuah muzium biasa kerana ia merupakan muzium hidup.

Sesuai dengan namanya, tidak ubah seperti kawasan kampung yang sebenar. Di sini, anda dapat melihat secara realistik rumah-rumah unik etnik-etnik dan masyarakat yang terdapat di Sarawak seperti rumah tinggi Melanau, rumah menyuarat kaum Bidayuh, tempat simpan senjata dan banyak lagi.

Jika bernasib baik, anda juga dapat melihat perlangsungan perkahwinan sebenar orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan masyarakat Melayu sendiri. Terdapat kakitangan di muzium ini yang mempamerkan aktiviti seharian mereka sebagai etnik tertentu, lengkap dengan pakaian tradisional.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30am – 4.00pm)
  • Bayaran Masuk: Dewasa RM50 | Kanak-kanak RM25
  • Alamat: Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching

 

8.  Muzium Sejarah Cina Sarawak

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [sedctourism]

Dirasmikan pada tahun 1993 sebagai Muzium Sejarah Cina Sarawak, bangunan muzium ini sebenarnya meyimpan memori yang jauh lebih lama daripada itu. Struktur tempat bersejarah di Sarawak ini telah dibina pada tahun 1912. Sejak dari itu sehinggalah tahun 1921, bangunan ini digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.

Kini, muzium ini meyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih. Barangan pameran yang dapat dilihat di sini adalah seperti peralatan muzik, barangan seramik, dan banyak lagi.

Di samping itu, anda juga dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan kepelbagaian etnik Cina yang wujud serta info-info berkaitan yang lain.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Alamat: Jalan Main Bazar, 93100 Kuching

 

9.  Muzium Tekstil

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [Wikipedia]

Bangunan dengan seni bina Renaissance Inggeris ini pada asalnya merupakan Pusat Perubatan sebaik selesai pembinaannya pada tahun 1907. Kemudiannya, bangunan ini diambil alih untuk dijadikan Jabatan Pendidikan.

Untuk pengetahuan anda, sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Bukan sekadar pameran yang biasa, anda juga dapat melihat bagaimana tekstil ini dihasilkan dari benang hinggalah ia siap sebagai sehelai kain.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching

 

10.  Islamic Heritage Museum

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [Sarawak Tourism]

Islamic Heritage Museum merupakan sebuah tempat bersejarah di Kuching yang memaparkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya masyarakat Islam di Nusantara. Muzium ini turut menyampaikan info tentang hubungan antara perkembangan Islam di pelusuk ini dengan kawasan lain di dunia.

Bermacam informasi yang dapat anda ketahui dengan melihat 7 seksyen pamerannya. Antaranya adalah tentang sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam, kostum muzik, senjata dan banyak lagi.

  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja & Hari Malaysia Tutup
  • Alamat: Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching

 

11.  Masjid Jamek Kuching

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [tempatmenarik]

Masjid ini turut digelar Masjid Lama Negeri Sarawak dan ia berada di kawasan kota lama berdekatan dengan sungai Kuching. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Sarawak pada tahun 1847.

Dahulunya, ia dibina dengan menggunakan kayu, dindingnya dibuat daripada papan dan atapnya pula daripada kayu bulian. Namun, masjid ini diperbaharui semula pada tahun 1968 dengan dinding yang berwarna merah jambu dan kubah yang keemasan.

Anda boleh melihat keindahan tempat bersejarah di Sarawak ini dari Waterfront lebih-lebih lagi pada waktu senja.  Jom singgah sini!

  • Lokasi: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching

 

12.  Sarakraf Pavilion

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [emilayusof]

Pavilion ini merupakan bangunan rumah agam yang mempunyai rekabentuk zaman jajahan Cina (Chinese-colonial) yang mana didalamnya terdapat pelbagai kraftangan dan bengkel. Anda dapat melihat demo untuk lebih daripada 10 jenis kraftangan asli Sarawak serta melihat persembahan tarian tradisional masyarakat Sarawak.

Anda juga boleh menyertai kelas-kelas membuat kraftangan dan kelas tarian tradisional yang ditawarkan di tempat bersejarah di Sarawak ini.

  • Lokasi: Sarakraf Sdn Bhd (133055-W) No 78, Jalan Tabuan, 93100 Kuching

 

13.  Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

 

Rumah klasik yang merupakan tempat bersejarah di Sarawak ini turut memegang rekod sebagai rumah panjang yang paling panjang di Sarawak. Apabila anda melawat rumah panjang ini, anda akan dapat melihat kehidupan masyarakat Bidayuh.

Dikatakan bahawa rumah panjang ini pada awalnya dibina untuk mengelakkan ancaman penyamun kerana memudahkan penduduk  untuk berkumpul menentang mereka. Rumah Panjang ini terletak di kaki bukit Borneo Highland dan jaraknya dari Kuching adalah lebih kurang 90 km.

Anda boleh juga melawat kawasan kolam air panas yang berada berdekatan dengan Rumah Panjang ini. Pasti amat menyeronokkan selama anda berada di sini.

  • Lokasi: Padawan, Siburan, 94700 Sarawak

 

14.  Lau King Howe Hospital Memorial Museum

tempat bersejarah di sarawak

Imej via [Wikipedia]

Hospital Lau King Howe pada asalnya dibina pada tahun 1936 oleh Lau King Howe sebagai satu-satunya hospital di Sibu. Selepas Hospital Sibu dibuka pada 1 September 1994, hospital Lau jumlah pesakit di hospital ini berkurang. Lantaran itu, bangunan hospital telah dirobohkan pada tahun 1994 dan ditukar menjadi tempat lawatan.  Sudah pasti ia juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

  • Alamat: Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu, Sarawak
  • Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm setiap hari kecuali isnin

 

15.  Bangunan Astana

Imej via [Wikipedia]

Bangunan Astana yang terletak di seberang Sungai Sarawak memiliki sejarah romantisnya yang tersendiri. Ia sebenarnya adalah tiga bangunan berasingan yang digabung (dicantumkan) menjadi satu.  Untuk pengetahuan anda, Charles Brooke, membina istana ini pada tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, yang bergelar ‘the Ranee Margaret’. Bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Imej via [maisinggah]

Sarawak adalah negeri yang perlu ada dalam perancangan destinasi pelancongan seisi keluarga. Anda dapat menambah ilmu pengetahuan disamping bercuti di tempat bersejarah di Sarawak. Jemput baca tempat menarik di Gombak, tempat menarik di Tapah dan tempat menarik di KL juga.

 

Rujukan:

  1. Maisinggah
  2. Wikipedia
  3. Travel Sarawak

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.