Jom ketahui tempat bersejarah di Terengganu.

Negeri yang cantik, budaya menarik, itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur, Terengganu Darul Iman. Negeri ini bukan sahaja kaya dengan hasil laut, tetapi ia adalah sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap sekali pakejnya.

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [asemus.museum]

Negeri ini turut kaya dengan warisan tradisional dan anda juga boleh melihat bermacam gaya hasil-hasil seni fabrik warisan kebangsaan. Mana tidaknya, di negeri inilah batik dan sutera banyak dihasilkan. Mari kita lihat tempat bersejarah di Terengganu!

1.  Istana Maziah

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [Wikipedia]

Bangunan warisan Istana Maziah yang berusia lebih daripada 100 tahun ini tetap utuh dan teguh menghadap muara Sungai Terengganu. Ia menjadi lokasi rasmi bagi upacara istiadat negeri samada istiadat pertabalan, perkahwinan,menyambut tetamu dan sebagainya.

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu.

Dibina dengan senibina Perancis, Istana Di Raja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi atau majlis keraian rasmi negeri.

2.  Masjid Abidin (Masjid Putih)

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [flickr]

Masjid Abidin atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar merupakan masjid Di Raja Negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan 1808.  Tempat bersejarah di Terengganu ini juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar, terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Semasa pemerintahan Sultan Umar, masjid ini diganti dengan bangunan batu-bata. Tengku Panglima Besar kemudian meluaskannya dengan tiga tiang bulat dan tiga kubah.

Masjid ini diubah suai lagi bagi memuatkan 2,500 jemaah dalam satu sesi solat. Pada pintu masuk dan gril, terdapat beberapa ukiran kaligrafi ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques.

3.  Muzium Terengganu

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [JomJalan]

Reka bentuk muzium ini adalah berdasarkan senibina rumah tradisional Terengganu atau lebih tepat lagi Rumah Tele atau Rumah Tiang.  Muzium Negeri Terengganu ini juga merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.

Muzium ini memiliki 5 bahagian berbeza iaitu Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, taman botani serta herba dan akhir sekali adalah 4 buah rumah rekaan tradisional. Anda boleh bergambar di tempat bersejarah di Terengganu yang cantik ini.

  • Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Jumaat (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm, 3.00pm – 5.00pm)

4.  Bukit Puteri

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [Wonderful Malaysia]

Suatu ketika dahulu, bukit ini dijadikan kubu pertahanan kerana dari sini, pejuang dapat melihat pihak lawan yang datang dari arah bertentangan dengan jelas. Sebagai lokasi bersejarah, anda dapat melihat beberapa peninggalan zaman dahulu seperti meriam, rumah genta dan loceng antik di sini. Anda tidak perlu risau sekiranya perlu mendaki bukit ini kerana terdapat eskalator disediakan untuk kemudahan anda.

  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (9.00am – 8.00pm)
  • Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu

5.  Bukit Keledang

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [alamiterengganu]

Bukit Keledang, Terengganu merupakan sebuah bukit kecil yng terletak di pinggir Bandar Kuala Terengganu. Bukit Keledang kini menjadi ikon pelancongan baru negeri Terengganu apabila Jabatan Warisan Negara mewartakan kawasan Bukit Keledang sebagai salah satu tapak warisan bersejarah.

Tempat bersejarah di Terengganu yang pernah menjadi pengkalan bagi pedagang memunggah hasil dari Hulu Sungai Terengganu pada abad ke-18, kini di bawah penyeliaan dan jagaan Jabatan Warisan Negara dan juga Muzium Negeri Terengganu.

Di atas Bukit Keledang, terdapat beberapa pusara lama yang dipercayai adalah Makam DiRaja pemerintah awal Terengganu. Jom ke tempat bersejarah di Terengganu ini!

6.  Kota Lama Duyung

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [penselpatahtunteja]

Tempat bersejarah di Terengganu ini terletak di Pulau Duyong Kecil dan merupakan satu keunikan senibina yang melangkau zamannya. Ia dibina menggunakan batu bata dan kayu dengan mengekalkan ciri-ciri tradisional, unsur-unsur British dan seni reka Islam.

Rumah tersebut telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri sebagai muzium interaktif dengan mempamerkan artifak-artifak sejarah disamping menonjolkan Sejarahan kedatangan Islam ke Negeri Terengganu.

7.  Pura Tanjung Sabtu

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [mforum]

Pura Tanjung Sabtu bermaksud Istana Tanjung Sabtu yang merupakan sebuah kompleks rumah-rumah tradisional Melayu Terengganu dan istana yang berusia 100 hingga 200 tahun. Rumah-rumah lama ini mula dipasang semula pada tahun 1992 di Kampung Tanjung Sabtu dan siap untuk menginap sebagai homestay pada tahun 1995.

Rumah-rumah lama ini diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat. Manakala istana pula diambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah).

Rumah ini akan disambung antara rumah ke rumah menggunakan selasar sebagai laluan dan membentuk sebuah istana yang unik. Rumah ini juga mempunyai tiang-tiang yang tinggi berukuran 10 kaki.

8.  Muzium Dungun

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [kgpdgjambu]

Muzium Daerah Dungun merupakan sebuah muzium yang terdapat di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Muzium ini mendedahkan maklumat dan mempamerkan artifak mengenai sejarah daerah Dungun dan sekitarnya.

Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar Daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930-an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan dengan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun.

Tempat bersejarah di Terengganu ini bertempat di sebuah bangunan bersejarah yang sebelumnya merupakan kediaman rasmi pegawai Daerah. Bangunan Muzium Daerah Dungun ini telah dibina pada tahun 1941 di bangunan yang pernah menjadi kediaman Penasihat British di Dungun suatu ketika dahulu.

9.  Terowong Bukit Tebuk

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [kgpdgjambu]

Bukit Tebuk  cukup sinonim dengan penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk daerah Dungun pada suatu masa dahulu. Bukit Tebuk ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Terengganu yang amat terkenal.  Bukit ini telah ditebuk untuk dibuat terowong laluan kereta api pada suatu masa dahulu.

Sebab itulah ia dikenali sebagai Terowong Bukit Tebuk. Lokasinya terletak di Kampung Nibong Kubur. Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1936.  Ia digunakan sebagai laluan kereta api untuk mengangkut bijih besi.  Laluan kereta api ini telah dihentikan operasinya sekitar tahun 1970-an selepas lombing bijih besi di Bukit Besi ditutup.

10.  Perkampungan Cina

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [ffterengganu]

Kampung Cina di Kuala Terengganu mempunyai sejarah seawal tahun 1600 dengan kedatangan pedagang dari selatan Tanah Besar China. Jalan utama di kedua-dua belah jalan di Perkampungan Cina diapit oleh rumah-rumah kedai yang berwarna-warni yang membawa campuran budaya dan warisan Cina Terengganu.

Rumah kepada kuil Toepokongs yang hebat, Ho Ann Kiong dan Tien Hou Kong serta Kuil Tao Kuan Ti boleh anda lihat di tempat bersejarah di Terengganu ini.  Dua daripada rumah lama di sini telah dikenalpasti sebagai tapak warisan oleh Dana Warisan Dunia yang berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Terkenal dengan Dragon Arch, tarikan lain adalah Turtle Alley, Bukit Keledang, Kampung Tiong Market, Green Lane, The Old Bridge, Teck Soon Heritage House, Tokay Wee Sin Hee Lane, World Heritage Lane, Payang Memory Lane dan Taman menegak.

11.  Batu Bersurat

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [penselpatahtunteja]

Pada tahun 1887, Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang di Daerah Hulu Terengganu. Kemudian, Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan telah menjumpai Batu Bersurat ini di bahagian tangga surau Kampung Buloh pada tahun 1902.

Batu Bersurat ini digunakan sebagai alas membasuh kaki sebelum naik ke tangga surau dan keadaannya pula telah patah sebahagian di sebelah atas. Pada Batu Bersurat ini terdapat tulisan jawi bertarikh 702 hijrah yang ditulis di atasnya.

Penerangan mengenai Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hakam Islam berkaitan perbuatan maksiat dan hukuman yang akan dikenakan mengikut taraf seseorang beserta dengan kenyataan-kenyataan palsu ada ditulis pada batu itu. Ia menjadi salah satu tempat bersejarah di Terengganu boleh anda lihat.

12.  Muzium Kemaman

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [agarakutidaklupa]

Penubuhan Muzium Daerah Kemaman yang menfokuskan kepada individu-individu terbilang di negeri Terengganu telah dirancang dan dicetuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Muzium Daerah Kemaman.  Ia telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Insan yang mana dirinya ditonjol dalam tempat bersejarah di Terengganu ini merupakan antara jutaan rakyat negeri Terengganu yang amat berjaya dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan.

13.  Taman Tamadun Islam

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [kenaliterengganu]

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah tempat bersejarah di Terengganu berkonsepkan monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informasi tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai.

Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.  Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).  Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China di sini. 

14.  Istana Tengku Long

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [journeyterengganu]

Istana Tengku Long merupakan sebuah istana yang pada asalnya dibina 30.48 meter di pinggir Sungai Besut, di Kampung Raja, Besut.  Tempat bersejarah di Terengganu ini merupakan satu warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.

Tahukah anda, mahligai itu merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook salah seorang kerabat Diraja Terengganu. Ia dibangunkan semula di tapak Muzium Negeri dipinggir Sungai Terengganu.

Menurut catatan Tan Sri Mubin Sheppard, istana ini mula dibina pada tahun 1850 M, tetapi kalau diteliti kepada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran di istana ia bertarikh pada tahun 1904 M. Keluasannya sebesar 27.43 meter x 21.34 meter terdiri daripada kayu cengal yang keras dan dinding dihiasi oleh ukiran yang halus buatannya.

15.  Memorial Batu Bersurat

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [anggerikimpian]

Memorial Batu Bersurat didirikan di Kampung Buloh, Kuala Berang sebagai memperingati tempat pertama terjumpanya Batu Bersurat oleh orang kampung sekitar tahun 1887M. Batu Bersurat ini menceritakan tentang pengisytiharan dan penguatkuasaan undang-undang Islam di Kuala Berang dalam tahun 1303M (702H).

Pengistiharannya dibuat menggunakan tulisan jawi lama. Anda boleh ke tempat bersejarah di Terengganu ini bagi mengamati kisah sejarah yang pernah terjadi di sini suatu masa dahulu.

tempat bersejarah di terengganu

Imej via [mai singgah]

Terengganu adalah negeri yang perlu ada dalam perancangan destinasi pelancongan seisi keluarga anda.  Anda boleh menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah kehidupan manusia pada masa lampau dengan melancong ke tempat bersejarah di Terengganu ini. Jom baca tempat menarik di Selangor, tempat menarik di Pekan Pahang dan tempat menarik di Kota Kinabalu juga.

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. Tripadvisor
  3. Maisinggah

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.