Gombak merupakan salah satu kawasan yang amat terkenal dengan tempat makanan. Boleh dikatakan semua makanan pasti terdapat di Bandar Gombak ini. Bagi para pelancong dalam dan luar negeri, Gombak merupakan syurga makanan bagi mereka kerana terdapat pelbagai makanan yang boleh dipilih disini. Jom kita ketahui antara beberapa tempat makan best di Gombak.

tempat makan best di gombak

imej via [sedapgiler]

1.  Restoran Medan Selera Taman Sri Gombak

tempat makan best di gombak

Imej via [food.malaysia]

Restoran yang berkonsepkan makanan tradisional ni terletak di Jalan Makmur di kawasan Industri Sri Gombak dan beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga pukul 2 pagi.

Tarikan utama di Restoran Medan Selera Taman Sri Gombak ini adalah Gulai Kawah. Biasanya Gulai Kawah hanya dijumpai di kenduri kahwin dan amat sukar diperolehi. Jadi bagi anda yang gemarkan Gulai Kawah, anda wajib datang ke sini!

Menu yang terkenal di Medan Selera Taman Sri Gombak ini adalah Gulai Kawah, Budu, Sambal Belacan, Ulam-ulaman, Cencalok, Tempoyak dan banyak lagi.  Gaya hidangan di tempat makan best di Gombak ini adalah cara pengambilan makanan adalah ‘layan diri’.

 

2.  Bamboos Thai Cafe

tempat makan best di gombak

Imej via [cicimaru]

Peminat makanan Thai boleh merasai menu Thai di Restoran Bamboo Thai Cafe yang merupakan tempat makan best di Gombak rugi jika tak datang. Masakan di sini sangat sedap serta aromanya pasti memukau siapa sahaja yang terbau hidangannya. Antara hidangan yang terdapat di sini ialah Tom Yam, Nasi Nanas serta Nasi Goreng Pattaya.

Restoran ini terletak di Jalan Prima, Gombak dan perjalanan untuk ke restoran ini amat mudah. Deko dalaman di Restoran Bamboo Thai Cafe adalah sangat sederhana dan tidak terlalu mewah.

 

3.  Restoran Little Jen Corner

tempat makan best di gombak

Imej via [my.openrice]

Restoran Little Jen Corner merupakan tempat makan best di Gombak yang pasti membuatkan anda yang meminati masakan barat dan tempatan tak sabar-sabar nak makan bila melihat hidangan mereka.

Restoran Little Jen Corner terletak di Taman Sri Gombak dan beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga pukul 10 malam. Makanan di sini boleh ditempah dan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah.  Harganya pula adalah RM35 untuk dua orang.

Semua makanan yang dihidangkan adalah halal. Antara hidangan yang disediakan adalah Sup Kway Teow, Sup Mee Udon, Spaghetti, Steak Salmon, Nasi Ayam Kari, Nasi Goreng Belacan, Ayam Panggang, Nasi Ayam Goreng dan lain-lain lagi.

 

4.  Deli Corn

tempat makan best di gombak

Imej via [tripadvisor]

Deli Corn yang terletak di Stesen LRT Terminal Putra Sri Gombak ini merupakan kedai makanan mudah dicari serta tempatnya agak strategik. Tempat makan best di Gombak ini menawarkan pelbagai jenis makanan ringan tempatan yang sedap belaka.

Makanan seperti Nasi Lemak, Wafel, jagung dan gula-gula boleh anda dapatkan di sini malah anda takkan rasa kesunyian apabila menunggu LRT tiba kerana anda boleh menikmati makanan sambil menunggu.

Jadi bila anda berada berdekatan dengan Stesen LRT Terminal Putra Sri Gombak ini, jangan lupa untuk datang ke Deli Corn. Pasti terpikat dengan keenakan makanan ringannya!

 

5.  Restoran Hot Pot King

tempat makan best di gombak

Imej via [hanifadhlina]

Hot Pot King steamboat & grill terdiri daripada dua cawangan iaitu Gombak dan Jalan Kuching. Hot Pot King menyediakan masakan steamboat dan ada jugak hidangan grill yang amat sedap dan marvelous!

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan rasa masakannya yang amat memuaskan. Selain steamboat, terdapat juga nasi goreng, aiskrim dan banyak lagi makanan yang menarik selera anda untuk menikmati makanan di sini.

Suasana restoran ini sangat selesa dengan kerusi mejanya serta dapat memuatkan satu family besar. Selain itu hiasan dalaman restoran ini juga boleh dikatakan cukup menarik dan tidak membosankan.

6.  Restoran Amos Curry House

tempat makan best di gombak

Imej via [zomato]

Kepada anda yang mencari tempat makan best di Gombak untuk masakan India pula, bolehlah datang ke Amos Curry House.  Restoran Amos yang memaparkan slogan ‘Real Taste of Indian Cuisines’ di banner mereka, dikatakan amat sesuai kerana semua masakan di sini sememangnya sedap dan aromanya pun memukau.

Restoran ini beroperasi setiap hari pada pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah malam. Restoran yang terletak di Taman Sri Gombak ini menyajikan pelbagai jenis masakan India seperti Kari Ayam, Roti Canai dan banyak lagi.

Harga yang dikenakan pula tidaklah terlalu mahal. Biasanya restoran ini akan dipenuhi dengan pelanggan pada waktu tengah hari, petang dan malam. Bagi anda yang gemarkan roti canai mamak, bolehlah datang ke sini, memang sedap!

7.  The Rack Boutique Cafe

tempat makan best di gombak

Imej via [openrice]

The Rack Boutique Cafe juga merupakan tempat makan best di Gombak bagi para penggemar masakan ala-ala barat. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti memberikan rating 3.8/5.

Kira okeylah masakan kafe ini kan? Ada dalam kalangan pelanggan menjadikan makanan di sini terutamanya chicken chop sebagai makanan kegemaran mereka.  Waktu kafe ini beroperasi adalah pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 11 malam.

Antara masakan yang best adalah chicken chop, shell out, spaghetti dan banyak lagi hidangan yang menarik. Anda pasti terkenang-kenangkan ayam chicken chop yang lembut dan sosnya yang sedap itu.

 

8.  Sushi King Express

tempat makan best di gombak

Imej via [edo]

Apa kata jika anda mencuba makanan jepun yang murah-murah di Restoran Sushi King Express yang terletak di Gombak ini. Tempat makan best di Gombak ini 100% resepi dari Jepun dan yang paling utamanya adalah sushi.

Rata-rata pelanggan yang makan di sini berpuas hati dan mengatakan bahawa semua makanannya amat sedap dan harganya pula murah. Disamping itu, suasana yang menarik dan menenangkan turut dirasai bagi siapa-siapa yang hadir ke restoran ini.

Servis yang ditawarkan adalah terbaik dan restoran ini amat bersih dan selesa. Waktu Sushi King Express beroperasi adalah pada pukul 11 pagi sehingga pukul 10 malam. Harga bagi menu utama disini adalah RM3.

 

9.  Restoran Adam Lai

tempat makan best di gombak

Imej via [emiliaputeri]

Antara tempat makan best di Gombak yang menyediakan masakan chinese muslim adalah di Restoran Adam Lai yang terletak di Taman Seri Gombak. Ianya dibuka pada pukul 11 pagi sehingga pukul 11 malam dan ditutup pada hari Selasa.

Menu yang disediakan adalah berasaskan ayam dan daging. Antara menu hidangan tempat makan best di Gombak ini adalah Ayam Lemon, Ayam Thai, Ayam Mangga, Sayap Ayam Goreng, Daging Lada Hitam, Ayam Tempayan, Ayam Kong Po, Daging Sizzling, Daging Tempayan dan lain-lain lagi.

Staf di sini pun amat mesra dan peramah serta layanan mereka sama sekali tidak mengecewakan.  Sekiranya anda mencari masakan cina yang halal, anda bolehlah datang ke Restoran Adam Lai ini. Wifi akses juga disediakan di sini secara percuma.

 

10.  Warung Nasi Ayam Tradisional

tempat makan best di gombak

Imej via [caridestinasi]

Jika anda mencari tempat makan best di Gombak yang biasa-biasa ataupun bak kata lirik lagu dangdut ‘Yang Sedang-Sedang Saja’, anda bolehlah datang ke warung Nasi Ayam Tradisional ini.

Tidak banyak yang perlu saya perkatakan tentang warung ini kerana ianya sama seperti warung-warung lain, cuma yang bestnya adalah resepi nasi ayamnya yang tradisional dan harganya juga berbaloi.

 

11.  Restoran D’Laman

tempat makan best di gombak

Imej via [little-queen]

Restoran D’laman ini adalah tempat makan best di Gombak terutamanya pada tengah hari. Lauk pauk dan hidangan makanan tengahari yang di sediakan amat lazat dan mempunyai pelbagai aneka pilihan.

Menu nasi ayam penyet menadi pilihan ramai dan terkenal di sini. Anda boleh datang bersama keluarga besar dan rakan-rakan kerana ruang meja dan kerusi kedai ini amat banyak untuk anda gunakan. Datang ramai-ramai pun, akan selesa! Nak buat tempahan terlebih dahulu pun dialu-alukan.

 

12.  Restoran Nelayan Gombak

tempat makan best di gombak

Imej via [MamaTisya]

Restoran Nelayan Gombak terletak di Jalan Gombak Kuala Lumpur. Ia memang terkenal sebagai tempat makan best di Gombak.  Suasananya yang dingin, berangin dan nyaman amat menyeronokkan.

Makanan di Restoran Nelayan Gombak ini pula sangat best terdiri daripada makanan seafood, masakan panas dan lain-lain lagi. Selain itu, anda juga boleh merasai makanan barat seperti chicken chop, lamb chop dan sebagainya lagi.  Anda boleh menganjurkan parti atau majlis di sini dan tempah meja terlebih dahulu.

 

13.  Restaurant Jees Seafood (Sri Gombak)

tempat makan best di gombak

Imej via [beautiful]

Suasana tempat makan best di Gombak ini amat romantik sekali dengan lampu malam yang indah dan tempat ala-ala high class gitu walaupun ia hanyalah sebuah kedai makan biasa atau warung.

Makanan yang boleh anda rasai di sini adalah makanan berat dan ringan berkonsepkan seafood, masakan panas, makanan western dan banyak lagi.  Jus buah-buahan turut menjadi kegilaan ramai terutamanya para wanita. Untuk pengetahuan anda, surau dan toilet juga disediakan di sini, mudah kan jika anda membawa anak-anak dan keluarga ke sini?

 

14.  Banana Cafe

tempat makan best di gombak

Imej via [facebook]

Banana Cafe menjadi tarikan ramai penggemar makanan Thai untuk berkunjung ke sini. Memang tak mengecewakan semua makanan yang dihidangkan amat sedap dan sememangnya halal. Ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum gemar meluangkan masa untuk makan di sini.

Dessert atau makanan ringan yang turut dihidangkan amatlah menarik dan kreatif! Anda boleh melihat pelbagai menu dan gambar makanan yang sedap dan menyelerakan. Tempat makan best di Gombak ini dibuka pada 4.30 pm sehingga 3 am dan lokasinya bertapak di Batu Caves, Gombak.

 

15.  Mee Tarik Warisan Asli Sri Gombak

tempat makan best di gombak

Imej via [facebook]

Tidak salah jika dikatakan Restoran Mee Tarik Warisan Asli Sri Gombak ini mempunyai pelbagai menu mee yang sedap dan lazat yang wajib anda cuba.  Jika anda lihat dan amati sendiri tekstur mee yang dijual di tempat makan best di Gombak ini, memang sedap gila tak terkata!

Peminat mee wajib berkunjung ke sini untuk merasai mee tarik warisan asli ini sekaligus boleh meluangkan masa bersama keluarga di sini.  Selain mee tarik, menu lain juga boleh anda rasai di sini.

 

16.  Santai Salai Nasi Kambing Bakar@Gombak setia

tempat makan best di gombak

Imej via [facebook]

Restoran yang membolehkan anda bersantai sambil menikmati hidangan salai nasi kambing bakar ini terletak di Gombak Setia. Pastinya ia adalah tempat makan best di Gombak.  Anda boleh menikmati makanan daging salai dan lain-lain lagi di sini.

tempat makan best di gombak

Imej via [ig-wash]

Terdapat banyak tempat makan best di Gombak yang rugi jika anda tak datang! Jika anda kempunan makan sesuatu sekalipun, pasti ada mana-mana restoran di Gombak ini bakal memuaskan hati anda. Jemput baca tempat menarik di Gua Musang dan tempat menarik di Sepang pula.

Rujukan

  1. zomato
  2. ms.yelp
  3. hungrygowhere

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.