Taiping merupakan bandar yang pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum ianya ditukarkan kepada nama Ipoh kira-kira pada tahun 1937.  Nama lama bandar Taiping pula adalah Klian Pauh. Tahukah anda, apa maksud Klian Pauh? Klian bermaksud lombong manakala Pauh pula bermaksud buah mangga yang kecil. Jika anda pernah datang ke Kelantan pasti anda pernah mendengar makcik-makcik yang berniaga di pasar menyebut mangga sebagai pauh. Taiping adalah perkataan dari dialek Cina Mandarin yang membawa maksud Aman atau Damai. Justeru, Taiping bermaksud aman atau damai.

tempat makan di taiping

Imej via [lamanartikel]

Nama diberi adalah Taiping kerana pada asalnya terdapat pertelingkahan antara dua puak pendatang dari negara China yang berebut untuk mendapatkan kawasan lombong bijih timah yang terkenal di daerah Larut. Dua nama puak tersebut ialah Ghee Hin dan Hai San. Bilangan mereka adalah ramai pada ketika itu di Klian Pauh. Setelah kedua-dua puak ini bersetuju untuk berdamai, maka nama Taiping telah dipilih sebagai nama bandar baru di Klian Pauh.

Pasti menjadi tanda soal untuk anda ketahui nama asal Taiping diambil sempena apa pula kan? Kini, bandar ini dikatakan merupakan peninggalan sejarah lama di Tanah Melayu dan merupakan tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara di mana terdapat pelbagai tarikan dari segi tempat pelancongan yang menarik serta merupakan salah satu tempat Syurga Makanan bagi penggemar makanan di negeri Perak, Darul Ridzuan.  Jom saya kongsikan 15 tempat makan di Taiping yang takkan anda lupakan. Anda boleh terjah ke tempat makan yang bakal dikongsikan ini apabila anda berkunjung ke Taiping kelak. Mari kita lihat tempat makan di Taiping yang menarik dan lazat ini.

 

  1.  Yong Tau Foo di Belakang Balai Bomba Taiping

tempat makan di taiping

Imej via [azlindaalin]

Yong Tau Foo tidak sah kalau tidak dikatakan makanan yang amat popular bagi masyarakat Singapura dan Malaysia. Makanan ini diasaskan oleh golongan cina Hakka dan belakang balai bomba ini pula merupakan tempat makan di Taiping yang takkan anda lupakan. Jika anda ke mana-mana tempat percutian, pasti anda temui tempat makan yang berbeza nama yong tau foo.  Terdapat pelbagai ejaan namanya, ada yong tao foo, yong tau fu atau yong tau hu juga. Tapi yang pastinya makanan ini adalah hidangan berasaskan tauhu, sayur-sayuran, daging yang dipotong serta bermacam-macam lagi campuran makanan yang dimasukkan bersama.

Untuk pengetahuan anda, menu Yong Tau Foo ini merupakan menu pertama kali ia dijual di Tanah Melayu adalah pada tahun 1960 oleh restoran Chew Kuan. Rasanya pun sememangnya sangat sedap. Ramai yang berpendapat bahawa Yong Tau Foo disini adalah yang paling sedap pernah ada di Taiping dan merupakan ‘original recipe’ sejak tahun 1983. Jika anda teringin menikmatinya, anda boleh datang pada pukul 6 petang sehingga pukul 12 tengah malam. Selain itu, pencuci mulut ‘banana split’ turut ada di tempat makan di Taiping ini.

 

2.  Ipoh Bakery

tempat makan di taiping

Imej via [tripadvisor]

Bagi anda yang sememangnya penggemar roti serta kek yang sedap, anda bolehlah datang ke sini untuk merasai rasa roti yang asli. Walaupun kedai ini telah diwarisi oleh beberapa generasi terdahulu, namun rasa kek dan rotinya masih sama rasanya mengikut pendapat penduduk di sekitar Taiping. Usia bangunan kedai ini dianggarkan melebihi 100 tahun serta merupakan peninggalan sejarah di negara kita. Antara kek dan roti yang ada disini adalah kek coklat, kek blueberi, kek pisang, roti sandwich dan macam-macam jenis roti serta kek. Pasti anda runsing untuk memilih sebab semuanya memang sedap. Tempat makan di Taiping ini dibuka setiap hari pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 7.30 malam.

3.  Roti Bakar Arang Fadzil House

tempat makan di taiping

Imej via [goperak.travel]

Tempat makan di Taiping yang takkan anda lupakan juga adalah Roti Bakar Arang Fadzil House. Lihat gambar diatas ini sahaja pasti membuatkan anda meleleh air liur. Dengan telurnya nampak kuning keemasan, telur putihnya yang nampak gebu, Fuhh.. perut yang kenyang pun pasti terasa lapar juga. Roti Bakar Arang Fadzil House menyediakan sarapan pagi, makanan tengahari dan juga makan malam.

Untuk pengetahuan anda, semua selain menu roti bakar, tempat makan di Taiping ini juga menyediakan Nasi Lemak, Western Food dan bermacam-macam lagi hidangan yang pasti membuatkan anda terpukau dan asyik nak order selama berada di sini. Kedai ini dibuka pada Sabtu hingga Khamis dan ditutup pada hari Jumaat. Waktu beroperasi adalah pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 11.30 malam. Bagi anda yang nak breakfast bersama keluarga, di sini lah tempat yang paling sesuai.

 

4.  Restoran Ansari Famous Cendol

tempat makan di taiping

Imej via [bangsarbabe]

Pernah tak anda makan cendol yang resepinya mungkin hampir mencecah 100 tahun? Jika tidak pernah, apa kata anda mencubanya di Restoran Ansari Famous Cendol. Restoran ini asalnya dibuka oleh Abdul Kader pada tahun 1940-an, kemudian tempat makan di Taiping ini disambung oleh generasinya sehingga ke hari ini. Tidak seperti gerai-gerai cendol lain yang hanya di tepi jalan, yang uniknya disini ia merupakan sebuah restoran yang boleh dikatakan amat luas serta dilengkapi dengan kerusi serta meja yang pasti selesa.

Cendol adalah makanan dessert orang Malaysia tapi tidak kurang juga pengunjung atau pelancong yang datang ke Taiping.  Antara menu yang menarik disini ialah cendol kacang yang di tambah pulut dengan harga RM1.60 sahaja. Wah, dah la sedap, murah pula tu. Kalau anda ingin menikmati cendol kacang (ABC) pun ada juga di sini. Restoran ini dibuka dari pukul 10 pagi sehingga pukul 6.30 petang setiap hari.

 

5.  Nafis Kitchen

tempat makan di taiping

Imej via [Astroawani]

Jika anda teringin mencuba hidangan kedai mamak yang bergred ‘A’ auranya, anda boleh menikmatinya di restoren Nafis Kitchen. Pelbagai menu yang disediakan di sini pasti membuatkan anda pening nak pilih menu yang mana. Maklumlah semuanya sangat sedap dan menarik. Tempat makan di Taiping yang sedap dan menyelerakan anda ini mempunyai pelbagai aneka menu berbeza.

Pada waktu siang anda akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan tempatan yang menarik, namun pada waktu malam hidangan masakan Thai pula akan disajikan untuk santapan anda. Jika anda berada di Dataran Warisan, Taiping, amat mudah untuk anda temui restoran ini. Waktu beroperasi tempat makan di Taiping yang sedap dan menyelerakan ini adalah pada pukul 8 pagi sehingga pukul 1 pagi setiap hari.

 

6.  Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

tempat makan di taiping

Imej via [diarisiketambatu]

Fuh, bila tengok gambar sepinggan mee udang ini nampak sedap je kan? Dengan udangnya yang besar dan tampak segar, kuahnya kemerah-merahan penuh aroma pasti membuatkan anda berasa lapar. Itulah yang specialnya di restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ini. Rasa udangnya tidak dinafikan lagi dapat memukau citarasa siapa yang mencubanya.

Apa kata anda datang makan petang atau malam di tempat makan di Taiping ini.  Sekali sekala memang sedap pekena mee udang besar ini! Restoran ini dibuka setiap hari pada pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam. Harga mee udangnya tidaklah mahal, hanya RM13 dan udangnya 5 ekor.  Berbaloikan? Jarang kita jumpa mee udang yang mempunyai udang lebih dari 4 udang dalam satu hidangan. Kalau anda datang ke sini, dijamin anda takkan menyesal.

7.  Restoran Bismillah

tempat makan di taiping

Imej via [relaxpetang]

Tidak banyak yang perlu saya katakan mengenai restoran ini kerana ia sama seperti restoran mamak yang lain, cuma hidangannya amat menyelerakan. Menu utamanya adalah daging lembu masak hitam dan uniknya ia amat sedap dihidangkan bersama roti canai. Tempat makan di Taiping yang sedap dan menyelerakan ini pasti membuatkan anda wajib mencubanya walaupun hanya sekali! Sebab datang sekali, pasti akan nak datang lagi.  Restoran ini dibuka pada setiap hari iaitu jam 7 pagi sehingga 9 malam.

 

8.  Restoran Doli Kuey Teow Goreng

tempat makan di taiping

Imej via [azlindaalin]

Bagi anda yang sering berkunjung ke Hospital Taiping pasti akan melalui sebuah jalan berdekatan dan akan ternampak Restoran Doli Kuew Teow Goreng di depan hospital tersebut. Ada yang mengatakan bahawa restoran ini telah wujud sejak lama lagi  namun ia telah diubahsuai mengikut peredaran masa. Walaupun begitu, Restoran Doli ini masih mengekalkan rasa Kuey Teow Goreng yang amat sedap dan menyelerakan semua para pengunjung.

Jangan terkejut sekiranya ramai pelanggan datang ke sini semata-mata untuk merasa Kuey Teow Goreng.  Kuey Teow Goreng disini menyediakan 3 jenis saiz udang untuk pilihan pelanggannya dengan harga yang berbeza. Jadi anda boleh pilih saiz mana udang yang anda mahu. Restoran ini dibuka pada pukul 11 pagi sehingga pukul 11.30 malam dan ditutup pada hari Jumaat. Selain itu, Nasi Ayam di sini juga amat sedap dan boleh anda cuba.

 

9.  Oasis Restaurant

tempat makan di taiping

Imej via [Tripadvisor]

Jika anda mencari masakan Arab di sekitar Taiping ini, anda boleh singgah ke Oasis Restaurant yang menyediakan masakan Arab Yemen yang amat menyelerakan. Oasis Restaurant  yang diusahakan oleh Hajjah Soraya ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Apa yang uniknya, restoran ini terletak di dalam sebuah rumah banglo kolonial. Ada yang mengatakan bahawa masakan Arab air tangan orang Melayu ini lebih sedap berbanding orang Arab masak. Kalau nak tahu betul ke tak, bolehlah anda  mencubanya di sini. Waktu beroperasi adalah dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 11 malam dan restoran ini ditutup pada hari Isnin.

10.  Le’pak Kitchen

tempat makan di taiping

Imej via [hasibah2016]

Le’pak Kitchen merupakan sebuah restoran yang menyediakan makanan ala-ala barat dan bertemakan ‘hipster’. Bagi mereka yang sentiasa gemar mengambil gambar makanan untuk dimuat turun ke laman sosial, inilah tempatnya. Makanan yang hipster dan menarik di sini amat sedap, lazat dan menjadi pilihan ramai para food hunting.  

Antara menu utama yang boleh anda nikmati di sini ialah chicken chop, lamb chop, fish chip dan sebagainya. Harga yang ditawarkan pula adalah sangat murah dan berpatutan. Selain itu, menu yang menjadi tarikan terbaru ialah Nasi Goreng Chicken Chop. Memang sedap dan beraroma! Waktu restoran ini beroperasi adalah setiap hari pada pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam dan ia ditutup pada hari Ahad.

tempat makan di taiping

Imej via [facebook]

Banyak lagi tempat makan di taiping yang pasti anda takkan lupakan.  Tempat makan di Taiping yang sedan dan menyelerakan ini memang wajib untuk anda hadiri.  Pasti anda takkan menyesal dan selalu akan berkunjung ke Taiping ini setelah mencuba keenakan masakan yang disediakan.  Jemput baca tempat menarik di Genting Highland dan tempat menarik untuk hari keluarga.

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. Taipingzone.com
  3. azlindaalin.com

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.