Berkunjung ke negeri Kelantan, pastinya anda tak lupa tentang budu yang terkenal sebagai salah satu perasa yang boleh dimakan bersama dengan ulam-ulaman, nasi putih dan juga nasi kerabu.  Selain itu, banyak lagi makanan menarik di Kelantan begitu juga dengan tempat makan menarik.

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [says]

Sama ada di mana-mana daerah Negeri Kelantan ini, pasti ada tempat makan menarik yang amat menyelerakan dan sesuai dengan citarasa anda. Tempat makan menarik di Kelantan wajib anda kunjungi, jika tidak pasti anda terliur melihat gambar-gambar makanan sedap yang sering dikongsikan oleh netizen di media sosial kan?

Jom kami kongsikan 50 tempat makan menarik di Kelantan.

 

1.  Restoran Kelantan Thai

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [kedaimakankelantan]

Suasana tempat makan menarik di Kelantan ini amat selesa dengan mejanya dan ruangnya yang luas. Anda boleh menikmati makanan masakan Kelantan dan Thailand di Restoran Kelantan Thailand ini.

  • Lokasi: Jalan Meranti, Kampung Kubang Terap, 17000 Pasir Mas, Kelantan
  • Waktu Operasi:  12 pm – 11 pm

 

2.  Restoran Shan Dewi

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Xpresszoom]

Nasi putih dan nasi briyani juga terdapat di Restoran Shan Dewi ini. Menariknya, lauk-pauknya amat menyelerakan dan membuatkan anda terliur.  Walaupun restoran ini kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi masakannya sangat sedap!

  • Lokasi:  No. 4213F, 15350, Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  7 am – 9 pm

 

3.  Four Seasons Restaurant

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [smarti.myservices]

Makanan di sini amat menarik dan berkhasiat. Ianya ala-ala chinese food tetapi halal, selamat dan berkhasiat. Lauk-pauk dan makanan western turut terdapat di tempat makan menarik di Kelantan ini.  Restoran ini juga amat cantik, selesa dan kelihatan eksklusif daripada kedai makan yang lain.

  • Alamat:  No. 5670 B/1, B/2 & B/3, Jalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  12 pm – 10 pm

 

4.  Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg. Kraftangan

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [brad.erva]

Bukan sahaja nasi ulam, nasi putih, ulam-ulaman, gulai ikan dan ikan bakar juga terkenal di sini.  Pada waktu tengahari, Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg Kraftangan ini sarat dengan pengunjung yang berehat dari bekerja dan juga mereka yang ingin tapau atau bungkus untuk makan di rumah.

  • Alamat:  Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  11 am – 5 pm

5.  Restaurant Little Switzerland

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Booking]

Makanan western, seafood, pizza dan banyak lagi menjadi pembuka selera dan dessert bagi mereka yang berkunjung ke tempat makan menarik di Kelantan ini. Tidak kurangnya dengan spagetty, pizza dan lasagna menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini.

  • Alamat:  Lot 3949, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  1 pm – 10 pm

 

6.  Restoran Ikhwan Manisnya Madu

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [corporate]

Ramai orang singgah menikmati makanan tengahari di Restoran Ikhwan Manisnya Madu yang amat sedap dan enak ini. Ikan stim halia, udang goreng dan makanan seafood yang lain menjadi tarikan menu di sini. Ramai orang berpusu-pusu ke sini untuk menikmati makan tengah hari.
  • Alamat: Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  7.30 am – 11 pm

7.  FZ Cafe

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Pintaram]

Serious FZ Cafe ini adalah syurga makanan buat penduduk Kota Bharu Kelantan. Banyak makanan sedap di tempat menarik di Kelantan ini wajib anda rasa. Nasi briyani, chicken chop, lamb chop, kambing bakar, sup tulang dan lain lagi.

Anda boleh tempah meja dan makanan awal-awal untuk datang ke sini, tiada masalah. Nak bawa yang tersayang pun dialu-alukan. Pasti si dia akan lebih suka.

  • Alamat:  Lot 488/489, Rumah Kedai Lembah Sireh, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  12 pm – 11 pm

8.  Restoran Sri Chengmai

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Foursquare]

Nak makan ikan besar dan sedap-sedap, tempat makan menarik di Kelantan yang sesuai adalah Restoran Sri Chengmai. Anda boleh meminta apa sahaja menu, pasti akan dimasak disini. Antaranya adalah ikan siakap tiga rasa, ikan patin masak tempoyak, tomyam seafood dan lain-lain lagi.

Restoran Sri Chengmai ini amat selesa dan mempunyai penghawa dingin yang boleh menyejukkan anda. Tidaklah anak-anak meragam sebab panas kan?

  • Alamat:  Jalan Dusun Raja, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  6 pm – 10 pm

9.  New Horizon Garden Restaurant

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Foursquare]

Tempat makan menarik di Kelantan ini mempunyai bangunan restorannya yang tersendiri, ia amat besar berbanding restoran yang lain. Ia memang restoran mewah tetapi harganya amat berpatutan dan lengkap dengan makanan sedap.  Pendek kata, apa sahaja makanan dan minuman yang anda inginkan, anda boleh dapatkan di sini.

Tempat makan menarik di Kelantan ini sesuai jika anda datang beramai-ramai iaitu keluarga besar, kawan-kawan serta rakan sepejabat.  Makanan yang dihidangkan di sini boleh didapatkan dalam kuantiti yang banyak untuk semua pelanggan. Memang berbaloi.

  • Alamat:   Lot 891, Jalan Pasir Mas – Salor, Batu 4, 15100 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  12 pm – 11 pm

10.  Restoran Kampung Kulim

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [openrice]

Ramai pengunjung yang datang ke tempat makan menarik di Kelantan ini semata-mata untuk merasa nasi ayamnya yang lazat dan amat sedap. Selain nasi ayam, pelbagai lauk-pauk boleh anda pilih sendiri. Masakan panas juga amat menarik dan menyelerakan. Sambil menikmati makanan di sini, anda boleh mengambil angin segar tambahan pula Restoran Kampung Kulim ini terletak berdekatan dengan pokok-pokok hijau.

  • Alamat:  17030 Wakaf Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  6 pm – 10 pm

11.  Yati Ayam Percik

temapt makan menarik di kelantan

Imej via [restoran-yati]

Yati Ayam Percik adalah tempat makan menarik di Kelantan yang tidak dapat dinafikan lagi.  Nasi kerabu, nasi putih, ayam bakar, daging bakar, solok lada, ikan bakar dan lain-lain lagi menu merupakan makanan pilihan ramai semua yang bertandang ke sini. Kuih-muih turut dijual di sini untuk dijadikan makanan santai bagi anda yang ingin bungkus bawa pulang ataupun makan di sini.

Sudah pasti menu istimewa tempat makan menarik di Kelantan ini adalah ayam percik.  Sos ayam percik sangat sedap, enak dan penuh rasa pasti membuatkan anda ingin nikmatinya lagi.

  • Alamat: Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi: 10.30 am – 6.30 pm

 

12.  Warung Badik-Badik

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [twitter]

Warung Badik-Badik boleh anda singgah ketika berada di sekitar Kota Bharu.  Warung ini dimasak oleh adik beradik kah? Itu persoalan apabila mendengar nama warung ini. Walau apapun, masakan makanan di sini memang unik, sedap dan menarik.

Sedapnya dapat makan buah-buahan di salut aiskrim di atasnya. Makan ketika cuaca panas pada waktu petang memang best kan! Untuk minum dan makan petang, kami syorkan warung inilah tempat makan menarik di kelantan.

  • Alamat:  15400 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  3 pm – 11 pm

 

13.  Maggie Tomyam Belut

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [sini]

Sedapnya Maggie Tomyam Belut, memang unik menu kedai ini. Maggie Tomyam Belut menjadi persinggahan ramai penduduk dan pengunjung kerana menunya memang jarang didapati di mana-mana kedai. Amat mudah bagi mereka yang mengidam nak rasa tomyam belut, datanglah dapatkan Maggie Tomyam Belut di sini.

Melihat tekstur belut seakan-akan ikan ini, rasa tak sabar-sabar lagi nak rasa. Gerainya tepi jalan sahaja, mudah untuk anda parkir kereta atau motor di sini.

  • Alamat:  16150 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  1 pm – 3.30 pm

 

14.  Din Raja Air Nyior

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [saji]

Air kelapa istimewa menjadi menu pilihan di tempat makan menarik di Kelantan, Kubang Kerian ini. Anda boleh merasai keenakan air kelapa / nyior segar di sini. Menariknya, air kelapa ini dicampur dengan campuran yang sedap seperti cendol, cincau dan lain-lain lagi. Serious anda sendiri kena rasa air nyior di Din Raja Air Nyior ini. Patutlah ia digelar Raja Air Nyior. Tiada air nyior lain setanding dengan rasa air kelapa di sini.

  • Alamat: 15150 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  8 am – 2 am

 

15.  Milo Tunggeng (Pok Loh)

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Pictame]

Milo Tunggeng (Pok Loh) yang juga dikenali dengan nama milo tabur untuk menu milonya terletak berdekatan dengan Hospital Pakar Perdana.  Anda boleh menikmati air milo tunggeng pekat yang penuh dengan serbuk milo di atasnya. Pasti gembira dan puas hati setelah dapat segelas milo tunggeng ini.

Anda boleh menikmati makanan pagi atau sarapan yang juga dijual di sini seperti nasi lemak, bihun, kuih-muih, nasi goreng, mee goreng dan macam-macam lagi.  Singgah sekejap untuk beli bungkus pun boleh.

  • Alamat:  110, Jalan Dusun 2, Kampung Dusun, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi:  6.30 am – 4 pm

 

16.  Satay Razak Wakaf Bharu

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [foursquare]

Tempat makan menarik di Kelantan ini bukan sahaja menyediakan satay, tetapi juga nasi impit.  Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis daging satay di sini tetapi selalunya ramai menggemarkan satay daging dan ayam. Oh ya, kuah kacang atau sambal yang dimakan dengan satay ini amat sedap dan menyelerakan.

Jika teringin makan satay bersama keluarga, datang terus ke tempat makan menarik di Kelantan ini. Belilah bungkus untuk dibawa pulang kepada mereka yang tidak berpeluang merasainya.

  • Alamat:  Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor 16200 Tumpat, Kelantan
  • Waktu Operasi:  5 pm – 10 pm

 

17.  Kedarotippaye (Kedai Roti Tempayan)

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [saji]

Pernah makan roti tempayan? Anda boleh rasai roti tempayan di Kedai Roti Tempayan yang merupakan tempat makan menarik di Kelantan ini,  Tahukah anda, roti tempayan bukanlah sejenis roti canai tetapi ia amat lembut, dibakar dan diadun menggunakan resepi tradisional serta sangat menyelerakan.

Anda boleh menikmatinya bersama aneka kari seperti kari ayam, kari daging, kari ikan dan juga kari kambing yang pekat. Sedap dan nikmat jika dinikmati pada pagi hari.  Namun begitu, roti canai, murtabak dan lain-lain lagi sarapan pagi turut disediakan.

  • Alamat:  Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai
  • Waktu Operasi:  10 am – 11.45 pm

 

18.  Restoran Kuali Berapi

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [kualiberapi]

Jom dapatkan masakan panas yang sebenar di Restoran Kuali Berapi ini. Anda boleh makan dengan tenang hati kerana suasana kedai ini sangat nyaman, tidak sibuk dengan pekikan dan pencemaran kenderaan dan lain-lain lagi. Masakan di tempat makan menarik di Kelantan ini juga sering mendapat tempahan ramai.

  • Alamat: Jalan Merak, 15100 Kota Bharu, Kelantan

 

19.  Restoran Yani Kuali Glegok

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [youtube]

Restoran yang terletak di tepi jalan ini amat luas dan selesa untuk semua pengunjung. Banyak jenis lauk yang dihidangkan di sini dan boleh anda pilih.  Jika inginkan masakan kampung, ulam dan ikan masin serta sambal belacan turut dihiasi untuk santapan anda.

Paling menarik, nasi dagang daging salai di restoran ini mendapat nama dan sering diuar-uarkan oleh netizen yang telah berkunjung dan rasai sendiri di sini.

  • Alamat: 17700 Ayer Lanas, Kelantan

 

20.  Al Khatiri Restaurant@AlKhatiri Point

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [Tripadvisor]

Restoran yang besar dan cantik ini amat eksklusif, pelbagai kemudahan boleh anda gunakan di sini. Paling tak sabar lagi, adalah untuk menjamah menu makanannya yang sedap iaitu nasi briyani dan makanan western.  Anda harus rasai sendiri keenakan hidangan yang disediakan di sini.

  • Alamat:  Lot PT 1764-1773, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

tempat makan menarik di kelantan

Imej via [brad.erva]

Tak sangka banyak tempat makan menarik di Kelantan rupanya. Jom lihat tempat makan menarik di Terengganu dan tempat menarik di Kemaman pula.

 

Rujukan

  1. Tripadvisor
  2. Google Top Sight
  3. Saji

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.