Banyak tempat makan menarik di Terengganu yang boleh anda singgah tatkala mencari kedai makan di sekitar Terengganu ini.  Sambil bersiar-siar, singgahlah sebentar di Restoran atau tempat makan menarik di Terengganu yang pasti dapat mengenyangkan anda semua.

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [AMIRNAWAWI]

Terdapat banyak jenis hidangan makanan menarik yang boleh anda nikmati seperti makanan masakan melayu, western food, masakan kampung dan lain-lain lagi. Sama ada inginkan makanan ringan atau berat, banyak restoran yang menyediakan makanan mengikut citarasa anda.  Jom ke tempat makan menarik di Terengganu yang sedap dan pastinya menyelerakan ini.

 

1.  Restoran Mat Binjai

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [ tempat menarik ]

Restoran Mat Binjai menyediakan masakan tengahari yang berkonsepkan makanan minang ataupun nasi padang.  Anda boleh menikmati banyak jenis lauk-pauk yang disediakan seperti sayur lemak campur, ikan gulai lemak, lala masak lemak, ikan keli sambal dan lain-lain lagi.

Makanan kampung pula lengkap dengan ikan masin, budu, cencalok, sambal belacan dan lain-lain lagi. Sudah pasti ulam-ulaman pun boleh anda dapatkan di sini. Untuk pengetahuan anda, Restoran Mat Binjai ini amat terkenal dan pernah masuk TV.

  • Alamat : 20000, 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m  – 4:00 p.m
  • Facebook :Restoran Mat Binjai (RMB)

 

2.  Pok Rashid Ikan Bakar

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [yousense]

Pernahkah anda makan makanan seafood atau western food dengan harga murah dan rendah?  Jangan terkejut jika menikmati hidangan ikan bakar, sotong goreng, kerang bakar dan lain-lain makanan seafood di sini menawarkan anda harga yang cukup rendah.

Pok Rashid Ikan Bakar sesuai anda datang bersama keluarga dan rakan-rakan kerana ruangnya amat selesa dan luas.  Tempat makan menarik di Terengganu ini juga mempunyai menu yang pelbagai dan sangat mengenyangkan.

  • Alamat:  Kampung Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:  5pm – 11pm
  • Facebook:  Pok Rashid Ikan Bakar

 

3.  Restoran Singgang Budu

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [tripadvisor]

Restoran Singgang Budu menyediakan makanan tradisional Terengganu iaitu lauk-pauk yang amat terkenal di negeri ini.  Anda boleh menikmati nasi putih dimakan bersama ikan singgang, ayam kampung goreng, ikan panggang,ulam – ulaman, ikan goreng dan  sambal belacan.  Budu juga terdapat di sini.

Tahukah anda, tempat makan menarik di Terengganu ini juga menyediakan lidah lembu goreng dan laksa singgang. Ini adalah menu istimewa yang sangat unik di sini.

 

4.  Zie’s Corner

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [tripadvisor]

Zie’s Corner sesuai untuk anda yang berselera western selalu. Restoran ini amat menyelerakan kerana ia menawarkan menu western yang sangat menarik, unik dan rasanya pun memang sedap. Ala-ala Secret Resepi tetapi ia amat murah berpatutan dan mempunyai lebih banyak lagi menu western. Wauuu menarik kan!

Anda boleh merasai keenakan banana pancake, shake strawberri, chicken chop, lam chop, vanilla float dan lain-lain lagi.  Jika anda memilih tempat makan menarik di Terengganu ini untuk makan malam, sudah pasti akan ada kenangan makan malam romantik buat anda kerana suasana sini amat romantis.

  • Alamat: waterfront, Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:  5 am – 1 am
  • Facebook:  Zie’s Corner

 

5.  Gudang Makang

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [Picdeer]

Gudang Makang ini adalah sebuah restoran besar berkonsepkan medan selera tetapi uniknya, semua gerai dalam satu kawasan ini menyajikan makanan yang sangat sedap, bersih, kemas dan menarik.

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan seperti masakan tradisional, masakan western, masakan panas dan lain-lain lagi. Makanan seafoodnya juga boleh tahan. Netizen juga menggelar tempat makan menarik di Terengganu ini sebagai tempat makan santai hipster.

  • Alamat: Manir, Kuala Terengganu 21200
  • Waktu Operasi: 5 pm – 12 pm
  • Facebook:  Gudang Makang

 

6.  Nasi Lemak Womoh

tempat menarik di terengganu

Imej via [instagram]

Nasi Lemak Bawah Womoh atau lebih dikenali dengan nama ‘Nasi Lemak Bawah Rumah’ ini adalah tempat makan menarik di Terengganu yang wajib anda cuba. Pada malam hari, ramai yang mendambakan nasi lemak tersedap ini sehingga sanggup beratur panjang.

Penangan sambal nasi lemak ini bakal membuatkan anda tidur lena selepas menikmatinya. Lauknya pula adalah ikan tongkol (ikan aya) memang menambah selera ramai. Memang nasi lemak ini dijual di sebuah rumah yang bertangga, oleh itu ia dinamakan nasi lemak bawah rumah.

 

7.  Warung Amilin Selera Kampung

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [facebook]

Jika anda berselera besar, pasti anda suka makan di tempat makan menarik di Terengganu ini.  Menu menarik seperti ikan baung masak tempoyak dan gulai kampung sangat power dimana anda boleh menikmati ikan besar saiznya dan masakan tempoyak yang sedap lagi pekat.

Banyak lauk dan sambal belacan penambah selera turut terdapat di sini. Sekali datang, pasti akan datang lagi dengan membawa kawan-kawan dan keluarga pula.

 

8.  Aidilsroti

Imej via [id.foursquare]

Aidilsroti ini dikatakan tempat makan menarik di Terengganu sesuai untuk sarapan pagi. Hidangannya amat berkhasiat sekali walaupun ia berkonsepkan roti atau ala-ala western food. Anak-anak pasti suka konsep makanan yang mereka sampaikan ini.

Antara menu popular di sini adalah Roti Gulung, Roti Kebab, Roti Syawarma, Roti Goyang Gedik, Kambing Bakar, Ayam Bakar, Roti Tisu dan juga Roti Pisang. Namun, pelbagai menu menarik lagi harus anda cuba di sini.

  • Alamat:  Jambatan Sultan Mahmud, No 3, Medan Selera Bawah, Su, Kuala Hiliran, Jalan Losong Haji Mat Shafie, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi: 7.30 am – 12.30 pm
  • Facebook: Aidilsroti

 

9.  Restoran J&I Ikan Bakar

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [facebook]

Makan malam bersama keluarga besar dan kawan-kawan menjadi pilihan ramai pelanggan untuk memilih Restoran J&I Ikan Bakar ini.  Anda dapat menikmati ikan segar dan boleh memilih sendiri ikan yang anda mahukan dan mereka akan masak mengikut menu yang anda mahukan.

Menariknya, menu udang galah dan tomyam udang galah juga boleh anda dapatkan di sini. Sudah tentulah ia menjadi pilihan ramai penggemar tomyam. Ikan, udang dan makanan laut segar di ambil khas dari laut kemaman setiap hari.

  • Alamat: Lot 18606-2 jln saga kg. mak chili, 24000 Chukai, Terengganu
  • Waktu Operasi:  4 pm – 1 am
  • Facebook:  Restoran J&I Ikan Bakar

 

10.  Nasi Kerabu Warisan Nusantara

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [Foursquare]

Selain seafood, nasi kerabu warisan nusantara juga boleh anda nikmati di negeri Terengganu ini.  Boleh dikatakan menu nasi kerabu ini amat sedap sekali di negeri ini. Jarang ada nasi kerabu yang paling superb begini sehingga ramai pelancong tempatan dari negeri lain turut datang makan di sini.

 

11.  Bukit Panorama, Terengganu

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [facebook]

Anda boleh menikmati pemandangan petang dan malam sambil mengisi perut dengan makanan yang sedap lagi berkhasiat di sini. Bukit Puncak Panorama ini adalah sebuah restoran western dan masakan panas kepada anda yang berkunjung.

Lebih menarik lagi, tempat makan menarik di Terengganu ini juga membolehkan anda menyambut hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan lain-lain lagi di sini. Suasananya amat romantik, cantik dan selesa untuk sambutan hari istimewa.

  • Alamat:  Jalan Cerong Lanjut, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi: 5pm – 12 pm
  • Facebook:  Bukit Puncak Panorama

 

12.  Warung Norazila Selera Kampung

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [eyriqazz]

Warung Norazila Selera Kampung ini sudah pasti menyediakan menu makanan masakan kampung yang asli lagi tradisional.  Anda boleh makan pagi dan tengahari di sini. Pelbagai makanan citarasa melayu pastinya ada di sini, nak belajar sarapan makanan orang melayu, anda harus datang ke sini!

Roti canai, nasi lemak, ikan bakar dan lauk-pauk pun boleh anda nikmati di sini. Suasana di warung ini amat santai, berangin dan ramai orang yang datang.

 

13.  D’Ganu Steamboat Cafe

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [tripadvisor]

Nak makan steamboat? Inilah tempat makan menarik di Terengganu yang menyediakan menu steamboat dan makanan seafood juga. Restoran yang besar ini amat sesuai anda kunjungi bersama keluarga besar anda.

Sambil-sambil menikmati makanan, anda boleh melihat pemandangan indah serta merasai angin sepoi-sepoi bahasa yang turut singgah di Cafe ini.  Patutlah ia digelar 2 in 1 cafe, bukan sahaja steamboat, makanan masakan panas pun ada.

  • Alamat:  GM1 & GM2, Food Court Pulau Duyung, Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:  5 pm – 12 am
  • Facebook: D’Ganu Steamboat Cafe

 

14.  D’Muslim Restaurant

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [facebook]

Jika anda lapar tahap mendalam, cepat-cepat tempah makanan di restoran D’Muslim ini. Lauk yang dihidangkan amat banyak sekali, sudahlah sedap, banyak pula tu.

Masakan panas terutamanya tomyam dan ayam goreng kunyit amat sedap sekali sehingga ingin bertambah-tambah lagi. Pada waktu malam, tempat makan menarik di Terengganu ini menjadi port lepak dan santai untuk orang-orang muda.

  • Alamat:  No. 30-A, Simpang Tok Ku, Chabang Tiga,, Cabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:  5 pm – 2 am
  • Facebook:  D’Muslim Restauran

 

15.  Citi Seafood D’Muara Restoran

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [facebook]

Jangan tak percaya, tempat makan menarik di Terengganu inilah yang paling sedap dan menyelerakan! Anda boleh memilih untuk menikmati ikan bakar, steamboat, keropok, masakan panas ataupun western food di sini. Macam-macam ada!

Ia bukan dimasak secara ala kadar, tetapi ia siap lengkap dengan perhiasan atau aksesori makanan lagi seperti sayur dan buah-buahan. Best juga bawa kawan-kawan penting atau yang anda raikan untuk menjamu selera di sini.

  • Alamat:  Jalan Lorong Haji Su, Terengganu, 20000 Kuala Terengganu
  • Waktu Operasi:  8 am – 1 am
  • Facebook: Citi Seafood D’Muara

 

16.  Paradise Deluxe Restaurant

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [mamatisy]

Nakkan restoran yang eksklusif dan penuh dengan pelbagai makanan menarik? Paradise Deluxe Restaurant adalah tempat makan menarik di Terengganu yang menyediakan pelbagai hidangan kepada anda semua. Steamboat, masakan panas dan juga makanan barat.

Memang ia boleh dikatakan syurga makanan kerana suasananya juga amat selesa, sejuk dan bergaya eksklusif.  Anda boleh berkunjung ke sini sempena menyambut hari ibu dan hari keluarga.

  • Alamat:  543, Jln TM Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:  11 am – 11 pm
  • Facebook:  Paradise Deluxe Restaurant

 

17.  Burger Ria Kuala Terengganu

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [Tripify]

Peminat burger pasti takkan lepaskan peluang keemasan ini setibanya di Kuala Terengganu. Bermacam-macam jenis burger tembam boleh anda dapatkan di tempat makan menarik di Terengganu ini. Pada malam hari, inilah destinasi sesuai untuk anda bersantai sambil menikmati makanan kegemaran anda.

  • Alamat:  Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi: 530 pm – 1230 am
  • Facebook:  Burger Ria Kuala Terengganu

 

18.  NR Cafe

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [restoranditerengganu]

NR Cafe padat dengan ramai pengunjung. Semua orang sudah tak sabar lagi merasai makanan western food di sini. Teringin nak rasa? Jom ke sini.

  • Alamat:  Lot 24354, Jalan Kubang Badak, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi: 4.30 pm – 12.30 pm
  • Facebook:  NR Cafe

 

19.  Restoran Harmoni

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [facebook]

Pelbagai lauk-pauk boleh anda pilih tatkala berkunjung ke sini. Daripada tiada selera, pasti selera anda akan bertambah-tambah!

  • Alamat: Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:
  • Facebook: Restoran Harmoni

 

20.  Restaurant Payang Serai

tempat menarik di terengganu

Imej via [2POS]

Tempat makan menarik di Terengganu ini mempamerkan makanan jenis melayu, masakan panas dan paling best adalah masakan Thailand. Anda wajib rasa sendiri tomyamnya!

  • Alamat:  Lot Pt1141 Waterfront, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu Operasi:  12 am – 10 pm
  • Facebook:  Restoran Payang Serai

tempat makan menarik di terengganu

Imej via [Cutisini]

Bestnya makan di tempat makan menarik di Terengganu ini! Sedap sangat-sangat. Jom lihat tempat menarik di Pantai Remis Perak dan tempat menarik di Bukit Kayu Hitam pula.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.