Tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam sememangnya cukup terkenal kerana ia merupakan kawasan bebas cukai di Malaysia dan sempadan Thailand. Sudah pastilah harganya berpatutan dan lebih murah daripada biasa.  Bukit Kayu Hitam ini terletak dalam daerah Kubang Pasu, Kedah dan wajib anda singgah jika datang ke sini.

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [dinocro]

Rahsia Di Sebalik Nama Bukit Kayu Hitam

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [Mymenarik]

Nama Bukit Kayu Hitam ini mempunyai sejarahnya yang tertentu. Pada tahun 1824, tentera Siam  yang telah menyerang Kedah pada ketika itu sedang berehat di sebuah bukit dan mereka sedang menyediakan makanan.  Dengan memasak nasi sambil menggunakan sebatang kayu untuk mengacau nasi, mereka mendapati bahawa nasi tersebut telah bertukar menjadi warna hitam.

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [kosmo]

Kayu yang digunakan untuk mengacau nasi tadi diambil dari Pokok Komoi. Maka terjadilah nama Bukit Kayu Hitam di situ.  Bukit Kayu Hitam ini pernah ditutup oleh penduduk kampung di situ kerana ia diisyhtiharkan darurat pada tahun 1948, namun begitu ia telah dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun 1972.

Tempat ini bermula dengan ladang getah dan kemudiannya pada tahun 1981, Bukit Kayu Hitam telah dibangunkan dan dijadikan pintu masuk yang amat terkenal antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand.

 

Membeli-Belah di Bukit Kayu Hitam

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [sini]

Membeli-belah di Bukit Kayu Hitam adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya kaum wanita yang suka shopping! Tidak kurangnya juga dengan kaum lelaki kerana terdapat pelbagai barangan khususnya untuk lelaki juga yang dijual di sini dengan kadar harga murah dan berpatutan.

Sebelum melihat jenis-jenis barang yang dijual di sini, apa kata lihat dahulu 6 tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam yang menarik ini untuk anda singgah.  Boleh dikatakan keenam-enam tempat ini jaraknya berdekatan sahaja dan menjadi pilihan ramai pengunjung tatkala bertandang membeli-belah di Bukit Kayu Hitam.

 

1.  Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [flickr]

Anda boleh ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ini kerana terdapat pelbagai barang yang ditawarkan di sini termasuklah barangan rumah, makanan dan sebagainya. Jika inginkan makanan, anda boleh membeli makanan kering di sini seperti keropok, kerepek, gula-gula, coklat dan lain-lain lagi.

Harganya sudah tentulah murah malah anda boleh borong semua makanan di sini untuk dijadikan doorgift pada majlis anda.  Anda boleh menggunakan semua kemudahan yang terdapat di sini seperti ruang parkir kereta, kaunter penukaran wang, kantin, kaunter insuran dan gerai jualan.

Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya ini juga mempunyai pelbagai gerai jualan buah-buahan dari negara jiran Thailand. Anda boleh pilih buah-buahan kegemaran anda di sini.

 

2.  The Duty Free Zone Bukit Kayu Hitam

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [facebook]

The Zone Bukit Kayu Hitam mempunyai mall dan ruang membeli-belahnya yang tersendiri. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan berjenama dan makanan sedap-sedap di sini. Antaranya adalah coklat berjenama, perfume antarabangsa, barangan antik atau barangan rumah dan lain-lain lagi.

Belilah banyak mana pun, semuanya tiada cukai. Pastinya murah-murah belaka.  Ramai pelancong suka membeli-belah barangan seperti luggage, baju, tshirt, beg, kasut, cermin mata dan banyak lagi. Menariknya, tawaran diskaun diberikan kepada semua pelanggan pada masa tempoh tertentu.

Shopping di sini sahaja sudah mengambil masa lebih dari 1 jam jika anda amati setiap barangan yang anda inginkan. Belian borong boleh anda dapatkan di sini untuk biskut, roti, barang makanan dan lain-lain lagi.

 

3.  Pekan Danok

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [terkinipanas]

Tempat membeli-belah di Bukit Kayu  Hitam yang bersempadan Malaysia dan Thailand ini dikenali sebagai Pekan Danok.  Anda terus temui Pekan Danok ini setelah melalui kawasan Imegresen sempadan.  Makanan dan barangan rumah banyak di sini, menariknya Pekan Danok ini umpama pasar dan kedai deretan untuk anda terjah satu persatu.

Buah-buahan murah juga banyak boleh anda borong di sini. Sudah pastilah ramai ibu-ibu dan bapa-bapa akan datang ke sini untuk mendapatkan mangga manis, mangga masam, langsat, harum manis, rambutan dan lain-lain lagi.

Sudah pasti untuk masuk ke Pekan Danok ini memerlukan semakan passport dan cop passport dibuat di Imegresen tersebut yang berdekatan dengan pintu masuk Pekan Danok.

 

4.  Bazar Jualan Bukit Kayu Hitam

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [tanhasyani]

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Bazar Jualan Bukit Kayu Hitam jika sudah menjejakkan kaki ke daerah ini.  Tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam berbentuk bazar ini tidaklah mempunyai banyak kedai untuk membeli-belah tetapi terdapat kemudahan seperti tandas, surau dan lain-lain lagi di sini.

 

5.  Kompleks Darul Qiyam

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [PlacesMap]

Sebuah mall yang turut boleh anda lawati ketika membeli-belah di Bukit Kayu Hitam adalah Kompleks Darul Qiyam.  Perjalanan ke sini tidak jauh dari pusat membeli-belah yang lain.

Antara barangan yang boleh anda beli di sini adalah pelbagai aneka toto yang cantik, baju cantik dan murah belaka, makanan seperti madu, beg wanita dan lelaki yang berjenama dan banyak lagi.

Kompleks Darul Qiyam ini mempunyai kedai-kedai di dalamnya. Walaupun tidak meriah, namum kedai-kedai ini dibuka dan boleh anda bersantai-santai di sini. Amat berbaloi juga jika anda bertandang ke sini. Teddy bear dan barangan makanan kering juga amat murah untuk anda dapatkan di sini.

 

6.  Bazar Batu Sempadan

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [shamphotography]

Berdekatan dengan pintu gerbang untuk masuk ke Thailand, selatan Thailand, anda akan melalui kawasan batu sempadan iaitu pemisah Thailand dan Malaysia. Sebelumnya, terdapat sebuah bazar atau pasar yang boleh anda singgah untuk membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ini.

Terdapat banyak buah-buahan segar dan barang-barang kegunaan harian yang dijual seperti pakaian, cadar, mainan, aksesori dan lain-lain lagi barang yang dijual di sini.  Memang menarik berkunjung ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ala-ala pasar ini kerana barangnya pun amat pelbagai, istimewa dan murah.

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [budakletrik]

Anda juga boleh melihat batu sempadan yang dimaksudnya setibanya anda di Bazar Batu Sempadan ini.  Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan dijadikan sebagai tanda pertengahan masuknya kawasan Thailand.  Selain membeli-belah di kawasan berdekatan, anda boleh bergambar di sini sebagai tanda kenang-kenangan.

 

Tips Perjalanan Ke Bukit Kayu Hitam

tempat beli belah bukit kayu hitam

Imej via [Malaysia]

Ramai yang ingin berkunjung ke Bukit Kayu Hitam untuk bersiar-siar bersama keluarga tetapi terhalang dek kerana tidak tahu bagaimana cara untuk ke sana.  Anda boleh ikuti tips yang disiarkan pada artikel kali ini untuk berkunjung ke Bukit Kayu Hitam.

1.  Menaiki Bas Awam

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [lookp]

Untuk tiba di tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam, anda boleh menaiki bas awam. Bas Awam tidak semuanya menyediakan perjalanan ke sini. Namun begitu, terdapat beberapa syarikat bas awam yang menyediakan tiket terus ke Bukit Kayu Hitam ini.

Anda boleh menaiki bas Transnasional, Express Bandar, Etika Express dan juga Konsurtium Express Semenanjung.  Anda boleh ke terminar bas Express Bandar di Jalan Duta. Tiket dijual dengan harga RM40 ini akan membawa anda terus ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam.

 

2.  Menaiki Kereta Sendiri

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [zakiautoworld]

Menaiki kereta sendiri ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ini juga tiada masalah. Jarak perjalanan yang harus anda tempoh bermula dari perjalanan anda sehinggalah terus ke sana.

Ia mengambil jarak sebanyak 48 KM untuk ke sini jika anda bergerak dari Alor Setar manakala 150 KM jika anda datang dari Pulau Pinang. Macam jauh kan? Tetapi sebenarnya tidaklah jauh sangat jika anda gerak awal dari sana.

Risiko menaiki kereta ke sini, anda harus menunggu untuk mendapatkan parking, paling susah lagi jika anda memang tak jumpa tempat untuk parking nanti.

 

3.  Car Pooling Atau Chaffeur

Imej via [tripadvisor]

Car Pooling atau berkongsi kereta dengan kawan-kawan amat mudah untuk anda datang ke sini. Sekurang-kurangnya tidak banyak kereta yang ada jika semua orang berkongsi kereta dan car pooling ke sini.

Pasti ada parking yang mudah untuk anda dapatkan jika anda berkongsi kereta untuk datang ke sini.  Oh ya, anda juga boleh menaiki kereta sewa atau kereta kongsi yang menawarkan pemandu.

Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu pening mencari ruang parking. Pemandu akan menghantar, menunggu dan membawa anda pulang. Carilah kereta sewa yang menyediakan khidmat kereta sewa atau chaffeur.

4.  Kereta Api (KTM)

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [ismaweb]

Jika anda teringin menaiki KTM, anda hanya boleh menaiki KTM sehingga tiba di Alor Setar sahaja. Tiada kereta api yang boleh membawa anda untuk sampai ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ini. Tiada masalah untuk ke Alor Setar jika anda dari negeri lain selain Kedah.

Sama ada anda turun di Alor Setar atau terus ke Hatyai, tetapi perjalanan Hatyai ke Bukit Kayu Hitam pula amat jauh. Ia seolah-olah anda berpatah balik setelah masuk di kawasan Thailand. Sebaiknya, naiklah kenderaan yang lebih berbaloi dan menjimatkan anda.

 

5.  Menaiki Teksi

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [iluminasi]

Ya, memang ada perkhidmatan teksi yang lalu lalang di sini, tetapi tidak semua teksi untuk boleh anda gunakan untuk jarak jauh. Namun, ada pula teksi yang sanggup hantar ke mana sahaja tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam yang anda inginkan.

Jangan terlalu merancang untuk menaiki teksi, mana tahu tidak ada teksi pada waktu tertentu yang anda datang. Ini sekadar alternatif perjalanan buat anda yang ingin berkunjung ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ini.

 

6.  Jangan Lupa Bawa Passport Dan Kad Pengenalan

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [palongpirate]

Jangan lupa bawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan passport untuk berkunjung ke tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam ini. Dengar seperti mudah tetapi ia amat penting untuk anda teruskan perjalanan ke sana. Jangan anggap remeh akan dokumen penting perjalanan ini.

 

7.  Ketahui Tempat Membeli-Belah Yang Ingin Anda Kunjungi

tempat membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [buanawisatatour]

Merancang dari awal tak salah dan sebenarnya ia adalah perkara yang mudah untuk anda lakukan. Jika ada sudah sedia maklum dengan tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam yang ingin anda kunjungi. Pastikan anda beritahu dengan jelas kepada pemandu anda. Lebih senang pemandu anda terus menghantar anda ke sana.

8.  Sediakan Beg Barangan Atau Troli

tempt membeli belah di bukit kayu hitam

Imej via [lelong]

Jangan lupa sediakan beg untuk anda meletak barang-barang yang anda beli. Mana tahu, beg plastik yang diberi tidak berjaya menampung barang-barang anda seharian. Lebih mudah lagi, bawa satu troli untuk letak barang. Anda pun tak perlu angkat barang berat-berat lagi.

Imej via [sini]

Membeli-belah di Bukit Kayu Hitam amat menyeronokkan dan wajib anda rasai sendiri. Selain Bukit Kayu Hitam, anda boleh melihat tempat menarik di Kuala Kubu Bharu dan tempat menarik di Kuala Besut juga.

Rujukan

  1.  maibukitkayuhitam
  2. Jalanjalankehidupan
  3. Google Top Sight

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.