Apa yang terlintas di fikiran anda apabila terdengar perkataan Aceh? Mungkin anda akan teringat kejadian tsunami teruk yang pernah melanda pulau tersebut pada tahun 2004.

Mendapat jolokan Serambi Mekah kerana pernah menjadi pusat perkembangan agama Islam di asia tenggara pasa satu masa dahulu & menjadi kediaman ramai wali terkenal, Aceh kini kembali sebagai destinasi perlancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Nak tak kalau kami kongsikan tempat menarik di Aceh sebagai panduan anda yang nak melancong ke sana?

tempat menarik di aceh

Sumber: Wikipedia

1. Kapal nelayan menangkap ikan di atas rumah, Kampung Gampong Lampulo

Anda pernah melihat sebuah kapal besar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut berada di atas bumbung sebuah rumah? Mesti tak tak pernah, kan? Apa kata anda lihat dengan mata sendiri kejadian hebat sebuah kapal nelayan yang berada di atas sebuah rumah di Kampung Gampong Lampulo di Aceh. Yang sebenarnya, kapal menangkap ikan tersebut dibawa ombak semasa kejadian tsunami lalu tersangkut dengan keadaan yang baik di atas rumah bertuah tersebut.

Kapal tersebut dibiarkan kekal dalam posisi asal di atas bumbung rumah tersebut sebagain tarikan pelancong yang datang ke Aceh. Sehingga ke hari ini, kapal nelayan di atas rumah ini sememangnya berjaya menarik ramai pelancong ke sini.

2. Taman Tsunami Blang Padang

Taman Tsunami Blang Padang merupakan taman rekreasi awam yang terkenal di Bandar Aceh. Ia menjadi tumpuan rakyat setempat dan para pelancong kerana tarikan yang ada di sini. Anda boleh melihat Monumen RI-01 iaitu replika kapal terbang pertama Indonesia bernama Douglas DC-3  yang dibeli oleh pergerakan kemerdekaan Indonesia semasa melawan penjajahan Belanda.

Pesawat tersebut dibeli hasil kumpulan dana oleh rakyat Aceh. Mereka mengumpul emas dan membeli kapal terbang yang berdaftar di Burma tersebut. Apa yang lagi menarik, selepas kemerdekaan Indonesia, kapal terbang tersebut menjadi kapal terbang pertama bagi syarikat penerbangan Indonesia iaitu Garuda.

Selain replika kapa terbang pertama Indonesia, terdapat juga monumen dalam bentuk perahu yang bertemakan terima kasih kepada dunia di atas bantuan yang diberikan semasa kejadian tsunami. Anda bolehlah ke sini untuk bergambar dengan perahu-perahu kecil yang terdapat di sini.

tempat menarik di acheh

Sumber: Phinemo

3. Taman Gunongan

Taman Gunongan merupakan sebuah taman yang dibina oleh Sultan Iskandar Muda untuk isteri mudanya iaitu Puteri Phang yang merupakan puteri kepada Sultan Pahang di Malaysia. Sultan Iskandar Muda kesian melihat isterinya yang sunyi, kebosanan dan merindukan istananya di Pahang, lalu membina replika berbentuk gunung yang menyerupai istana Sultan Pahang. Kalau anda melawat ke Aceh, jangan lupa untuk singgah di sini. Menarik sangat.

4. Dayah Tanoh Abee

Dayah Tanoh Abee merupakan perpustakaan islam yang tertua di aisa tenggara yang menyimpan 10,000 manuskrip islam lama yang kini berusia hampir 500 tahun hasil karangan serjana islam yang terkenal di Aceh seperti Fairus Al-Bagdady, Tengku Sheh Abdull Rauf Alsingkili, Hamzah Fansuri, Ar-Ranniri dan sebagainya.

5. Masjid Raya Baiturrahman

Semasa kejadian tsunami di Aceh pada tahun 2004, pastinya anda banyak mendengar kisah tentang masjid yang kukuh berdiri tanpa sebarang kerosakan walau pun hampir seluruh Aceh hancur dilanda ombak besar. Inilah masjid hebat yang dimaksudkan.

Masjid Baiturrahman tidak mengalami sebarang kerosakan semasa kejadian tsunami terburuk dalam sejarah Aceh. Masjid yang kelihatan seperti Taj Mahal dengan 7 buah kubah yang terletak di tengah-tengah Aceh ini dibina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1022 H/ 1612 Masihi. Di sekeliling masjid terdapat pancuran air dengan reka bentuk turki. Ia merupakan pusat kegiatan agama di Aceh.

Apa yang menarik, masjid ini mempunyai sejarah yang tersendiri selain terselamat semasa malapetaka tsunami. Menurut sejarah, masjid ini telah dibakar sehingga runtuh sebanyak berkali-kali namun dibina semula, termasuk pada tahun 1873 semasa Aceh dijajah Belanda.

6. Muzium Tsunami Bandar Aceh

Muzium ini dibina bagi memperingati kejadian tsunami yang pernah memusnahkan Aceh beberapa tahun yang lalu yang telah meragut sebanyak 260,000 nyawa. Bangunan muzium ini berbentuk seperti ombak dan dibina sebagai bangunan kalis gempa bumi yang akan menjadi tempat perlindungan penduduk Aceh sekiranya tsunami berlaku lagi.

Selain mempamerkan replika yang menggambarkan kemusnahan yang berlaku semasa kejadian tsunami yang meragut banyak nyawa pada tahun 2004, muzium ini turut memberikan maklumat terperinci tentang apa itu tsunami dan langkah-langkah keselematan sekiranya ia berlaku. Terdapat juga gambar mayat yang menyayat hati di pamerkan, oleh itu kalau anda jenis lemah semangat atau membawa kanak-kanak, boleh elakkan daripada pergi ke ruangan pameran bergambar.

Masuk ke muzium ini adalah percuma. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari, dan 2 petang sehingga 4.30 petang.

tempat menarik di aceh

Sumber: Traveltodayindonesia

7. Rumah Pahlawan Wanita Cut Nyak Dhien

Terdapat banyak rumah adat di Aceh, dan di antara yang wajib anda kunjungi ialah Rumah Pahlawan wanita Cut Nyak Dhien. Rumah yang diperbuat dari pokok merbau ini menyimpan 1001 sejarah seorang pahlawan wanita yang terkenal di Aceh yang bernama Cut Nyak Dhien.

Menurut sejarah, Cut Nyak Dhien mengahwini suami pertamanya semasa berumur 12 tahun. Selepas suaminya dibunuh oleh Belanda, beliau berkahwin untuk kali kedua dengan Teuku Umar dan sama-sama menentang Belanda.

Setelah Teuku Umar meninggal dunia, Cut Nyak Dhien mengambil alih gelaran general dan tinggal di dalam hutan bersama askar-askarnya. Malangnya apabila beliau menjadi terlalu tua dan buta, askarnya sendiri menyerahlan Cut Nyak Dhien kepada Belanda. Cut Nyak Dhien kemudian dibuang ke Jawa Barat dan meninggal dunia di sana.

Di rumah adat ini ada dipamerkan senjata yang digunakan oleh pahlawan wanita tersebut semasa melawan Belanda. Ada juga gambar-gambar lama semasa penjajahan Belanda di Aceh. Apa yang menarik, di kawasan rumah adat ini terdapat sebuah telaga lama yang dibina sama tinggi dengan serambi rumah dengan tujuaan untuk mengelakkannya daripada diracun.

Rumah asal Cut Nyak Dhien telah dibakar oleh Belanda namun replikanya telah dibina semula di atas tapak asal untuk memperingati semangat juang beliau yang kuat. Oleh itu, ini adalah salah satu daripada tempat menarik di Aceh yang kami cadangkan untuk anda lawati.

8. Jacky Chan’s House

Ya, nama Jacky Chan diberikan sempena nama pelakon Hong Kong yang terkenal tersebut. Perkampungan ini dibina untuk pendudukan Aceh yang terselamat dari kejadian tsunami 2014 hasil sumbangan Jacky Chan. Jacky Chan telah memberikan dana untuk pembinaan rumah-rumah dan masjid di sini.

Kalau anda melancong ke Aceh, jangan lupa untuk datang ke sini dan bergambar dengan pintu gerbang ikonik di sini.

9. Makam Syiah Kuala di Desa Deyah Raya

Terkenal dengan jolokan Serambi Mekah, Aceh sememangnya terkenal dengan banyak makam para wali yang tersohor pada satu masa dahulu. Salah satu daripada makam yang kami cadangkan untuk anda lawati ialah makam Syiah Kuala yang terletak di Desa Deyah Raya.

Tungku Syiah Kuala merupakan nama gelaran kepada seorang sarjana islam terkenal semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang bernama Tengku Sheh Abdull Rauf Alsingkili.

Menurut sejarah, Tungku Syiah Kuala dilahirkan pada tahun 1620 di Singkil dan meninggal dunia di Bandar Aceh pada tahun 1663. Beliau telah menuntut ilmu di Mekah selama 15 tahun sebelum pulang semula ke Aceh dan menjadi guru agama. Kehebatan beliau dalam bidang agama menyebabkan beliau dilantik sebagai penasihat agama kepada Sultan Iskandar Muda.

Kemahsyuran beliau dalam ilmu agama telah menarik minat pelajar dari seluruh dunia untuk berguru dengannya. Beliau juga banyak menulis buku tentang agama islam dan manuskrip beliau ada disimpan di perpustakaan islam Dayah Tanoh Abee.

tempat menarik di acheh

Sumber: Jampang

10. Pasar Aceh

Seperti Bandung dan Padang, Aceh juga terkenal sebagai syurga membeli-belah bagi pelancong Malaysia. Kami cadangkan anda shopping di Pasar Aceh. Semuanya ada di sini dengan harga yang murah.

Biasanya pelancong Malaysia suka memborong telekung sembahyang, pakaian muslimah, cenderamata, peralatan rumah, kain pasang, tudung, shawl, dan sebagainya.

11. Pasar ikan Peunayong

Pasar ikan Peunayong merupakan pasar menjual ikan yang terletak di sepanjang sungai. Semua ikan di sini adalah segar, baru naik dari sungai. Kami cadangkan anda ke sini pada awal pagi untuk melihat sendiri suasana pasar ikan yang meriah. Pastinya perjalanan anda ke Aceh akan menjadi lebih istimewa.

12. Pantai Lhoknga

Aceh kaya dengan pantai-pantai yang cantik dan memukau. Salah satu daripada pantai yang terkenal di Aceh ialah Pantai Lhoknga yang terletak cuma 20 kilometer dari Bandar Aceh. Pantai Lhoknga menjadi tumpuan para peminat sukan air, terutamanya meluncur air kerana ombaknya yang besar dengan ketinggian 1.5 meter- 2 meter. Nak meluncur air? Tak perlu pergi ke Bali. Di Aceh pun anda boleh lakukan aktiviti menarik ini.

13. Muzium Aceh

Kalau anda dah sampai ke Aceh, tak lengkap percutian anda kalau tak melawat ke Muzium Aceh. Apa yang menarik, muzium ini merupakan sebuah rumah tradisional Aceh yang dibina pada taun 1914 oleh Gabenor Belanda Van Swart. Di muzium ini ada dipamerkan sebuah loceng besar yang diberi nama Cakradoniya.

Menurut sejarah, Cakradoniya merupakan loceng besar setinggi 1 meter dengan kelebaran 1 meter adalah hadiah daripada Maharaja China kepada Aceh pada tahun 1400. Loceng tersebut pernah digunakan oleh Sultan Iskandar Muda di dalam kapalnya semasa berperang dengan Belanda.

Loceng tersebut juga pernah digantung pada sebatang pokok di dalam kawasan istana dan akan dibunyikan sebagai isyarat untuk memanggil para pembesar istana untuk datang bermesyuarat.

tempat menarik di aceh

Sumber: Situsbudaya

14. Makam Sultan Iskandar Muda

Sultan Iskandar Muda merupakan salah seorang sultan Aceh yang paling terkenal yang memerintah Aceh dari tahun 1607 sehingga 1636. Beliau berperang dengan Belanda dan menegakkan syariar islam. Malahan anaknya sendiri dipotong tangan kerana didapati bersalah akibat mencuri.

Semasa pemerintahan beliau, Aceh menjadi antara pusat perdagangan yang terpenting di asia tenggara. Semasa pemerintahannya, Aceh merupakan antara kuasa terkuat di asia tenggara dan menjadi pusat perkembangan agama islam yang hebat.

15. Pendopo

Pendopo merupakan kediaman rasmi gabenor Belanda yang dibina pada tahun 1880. Ia adalah binaan tradisional yang terkenal di Aceh dengan senibina dan rekabentuk yang sangat asli dan unik. Kalau anda melancong ke Aceh, jangan lupa untuk melawat ke Pendopo dan ambil gambar di sini.

16. PLTD Apung

PLTD Apung adalah satu lagi monumen tsunami yang wajib anda lawati. Ia merupakan sebuah taman elektrik terapung dengan berat sebanyak 780 tan. Bayangkan, taman elektrik seberat 780 tan ini beralih kedudukan semasa berlakunya tsunami pada tahun 2004. PLTD Apung dikekalkan di lokasi barunya dan menjadi tarikan pelancongan di Aceh pada hari ini.

17. Mass Grave, Ulee Lheue

Mass Grave yang terletak di sepanjang jalan di Perlabuhan Ulee Lheue merupakan tanah kubur beramai-ramai yang asalnya adalah sebuah hospital yang hilang semasa tsunami 2004. Terdapat 14,264 orang jenazah yang tidak dapat dikenal-pasti identitinya disemadikan di sini. Jika anda melawat Aceh, luangkan masa anda untuk datang ke sini dan mendoakan mereka yang terkorban. Pastinya hati anda akan tersentuh apabila berada di sini.

tempat menarik di acheh

Sumber: Jakartapost

Itulah dia 17 tempat menarik di Aceh yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Selamat bercuti ke Aceh. Jemput juga abca artikel tempat menarik di Kemboja dan juga tempat menarik di New Zealand.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.