Jom ketahui tempat menarik di Asia.

Adakalanya Asia Tenggara menjadi pilihan utama para pelancong terutamanya kaum Muslim. Apakah mudah mendapatkan makanan halal atau destinasi tersebut kebanyakannya halal buat anda?

Bukan itu sahaja, sebenarnya kos perjalanan negara Asia juga agak murah jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah.  Jom lihat 20 tempat menarik di Asia yang menjadi pilihan utama pelancong.

1.  Surabaya

tempat menarik di asia

Imej via [travel]

Surabaya Indonesia adalah salah satu pilihan tempat menarik di Asia boleh anda kunjungi. Surabaya mempunyai tempat menarik seperti Gunung Ijen, khasnya untuk para pendaki. Selain itu, bandar Surabaya juga agak menyeronokkan dan menghiburkan anda.

2.  Mui Ne Sand Dunes, Vietnam

tempat menarik di asia

Imej via [vietnamnews]

Tempat menarik di Asia yang terletak di negara Vietnam ini sangat unik dengan konsep padang pasir dan berbukit.  Mui Ne Sand Dunes sangat indah untuk anda bergambar dan ia seolah-olah tempat zaman mesir yang penuh pasir kering. Namun, terdapat sungai yang di tengah pasir di sini. Menarik bukan?

3.  Pulau Pu Qhuoc, Vietnam

tempat menarik di asia

Imej via [rileklah]

Pulau Phu Qhuoc adalah sebuah pulau yang lengkap dengan pelbagai aktiviti air seperti bermandi-manda, berkayak, menaiki bot, skuba diving, snorkeling dan banyak lagi. Anda juga boleh menaiki kereta kabel, motorsikal dan basikal sewa di sini.  Sungguh pantainya amat bersih dan indah!

4.  Jeonju, Korea Selatan

tempat menarik di asia

Imej via [how2bjj]

Jeonju terkenal sebagai sebuah perkampungan tradisional yang terpelihara rapi di Negara Korea Selatan.  Suasana yang meriah dan tenang sepanjang berada di sini tidak dinafikan. Anda juga boleh merasai makanan popular Korea iaitu Bibimbap di sini.

5.  Kundasang, Sabah

tempat menarik di asia

Imej via [kinabalutourguide]

Suhu yang amat sejuk sekali iaitu 13 darjah celsius boleh anda rasai tatkala berada di Kundasang Sabah. Pemandangan hijau yang memukau serta haiwan ternakan boleh anda temui di Kundasang, sambil mendapatkan pengalaman memberi haiwan susu dan merasai susu segar di sini. Selain itu, anda boleh melihat pemandangan puncak gunung kinabalu dan gunung kundasang.

6.  Sapa Village, Vietnam

tempat menarik di asia

Imej via [urbanadventures]

Seterusnya, Sapa Village yang berada di Hanoi juga merupakan tempat menarik di Asia yang menjadi pilihan utama pelancong. Keadaan kawasan kampung ini sangat indah dengan pemandangan sawah pagi dan lereng-lereng bukit yang instagrammable! Selain port bergambar, anda harus hayati keindahan ini.

7.  Hong Kong

tempat menarik di asia

Imej via [nationalgeographic]

Hong Kong adalah sebuah bandar metropolitan yang sibuk tetapi juga merupakan destinasi pelancongan terbaik di Asia. Anda boleh ke tempat percutian menarik seperti bangunan bersejarah dan shopping kompleks. Apa lagi, barangan mewah dan berjenama boleh didapatkan di sini. Ia juga indah dengan pemandangan laut mahupun kota.

8.  Delta Sungai Mekong, Vietnam

tempat menarik di asia

Imej via [vietnamprivatecar]

Pilihan utama pengunjung juga adalah Delta Sungai Mekong yang merupakan tempat menarik di Asia terbaik.  Anda boleh menaiki sampan di pulau ini untuk bersiar-siar. Selain itu, penjual juga menjual pelbagai barangan dari sampan di atas Sungai Mekong.

9.  Meghalaya, India

tempat menarik di asia

Imej via [noblehousetours]

Cukup terkenal di Asia, Meghalaya adalah sebuah tempat menarik di Asia dalam negara India yang harus anda lawati.  Kampung Mawlynnong adalah kampung terbersih di dunia dan terdapat tarikan air terjun serta flora alam seperti bunga-bunga dan juga pepohon menghijau.

10.  Bagan, Myanmar

tempat menarik di asia

Imej via [mmvgo]

Tempat menarik di Asia kali ini membolehkan anda melihat matahari terbenam dengan pemandangan hijau kuning bangunan candi Buddha. Anda boleh ke Golden Temple Country  iaitu di Bandar Yangon, Myanmar ini.  Ia adalah rumah kepada 2200 tapak Buddha.

11.  Hokkaido, Jepun

tempat menarik di asia

Imej via [cutikejepun]

Dikatakan 10 tempat terbaik di Asia, Hokkaido Jepun sangat cantik penuh alam semulajadi yang boleh anda saksikan.  Anda juga boleh melihat matahari terbit di sini. Bab makanan pula, inilah syurga makanan laut kerana terdapat pelbagai makanan laut seperti landak laut dan berjenis-jenis ketam.

12.  Kepulauan Mergui, Myanmar

tempat menarik di asia

Imej via [discoverydmc]

Pulau Mergui, Myanmar yang merupakan tempat menarik di Asia ini terdiri daripada pelbagai jenis pulau iaitu hampir 800 buah pulau.  Di sini juga, anda boleh melihat haiwan liar, gua-gua dan pantai batu yang cantik yang telah dijaga rapi oleh Taman Negara.  Suasananya sangat indah!

13.  Bandar Tagaytay, Filipina

tempat menarik di asia

Imej via [travelbook]

Bandar Tagaytay terletak di Filipina ini juga dikatakan sebagai tempat menarik di Asia pilihan utama pengunjung. Tidak jauh dari Manila, bandar Tagaytay popular dengan Tasik Taal dan Gunung Berapi Taal.  Kehijauan alam di sini serta angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pasti mengilhamkan anda.

14.  Pulau Trang, Thailand

tempat menarik di asia

Imej via [travel]

Pulau Trang, Thailand merupakan tempat bersantai dan bercuti sesuai untuk keluarga, rakan-rakan mahupun pasangan kekasih. Ia juga merupakan muara kepada budaya Thai, Tionghoa, Melayu dan Kemboja.  Selain mandi-manda, jom naik bot beramai-ramai di sini!

15.  Pulau Con Dao, Vietnam

tempat menarik di asia

Imej via [baoangiang]

Hutan Tropika bersama flora dan fauna darat dan pantai adalah teman bagi pulau Con Dao, Vietnam ini. Menyelam dan menyaksikan terumbu karang pastinya perkara wajib anda lakukan di tempat menarik di Asia ini.

16.  Tasik Laut Tawar di Akengon, Aceh Tengah

tempat menarik di asia

Imej via [regional]

Terdapat gelombang kecil di tepi tasik Laut Tawar, Akengon yang boleh anda lihat tatkala bersiar-siar ke sini.  Ia juga berbentuk bukit hijau yang luas. Pemandangan indah berupa alam semulajadi hijau bagi kawasan seluar 5.472 hektar ini pasti tidak dapat anda lupakan.

17.  Taitung, Taiwan

tempat menarik di asia

Imej via [agoda]

Tiada siapa pun dapat menafikan kecantikan Taitung Taiwan yang merupakan pilihan utama pelancong. Uniknya, ia sangat indah dengan warna lautan dilengkapi pula dengan monumen serta senibina bangunan, jambatan menawan.  Malah, dikatakan tempat ini adalah khazanah antik tertua dunia.

18.  Goa Jomblang, Yogyakarta

tempat menarik di asia

Imej via [nolkmjogja]

Dikenali sebagai Gua Jomblang, ia terletak 50km dari Pusat Kota Yogja. Gua ini amat panjang namun ia menghubungkan Goa Jomblang dengan Grubang Goa sekitar 300 meter. Pelancong kerap ke sini untuk melihat pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan purba beribu tahun dahulu serta melihat pemandangan cahaya matahari masuk ke gua.

19.  Boracay

tempat menarik di asia

Imej via [guidetothephilippines]

Tempat menarik di Asia menjadi pilihan ramai pengunjung juga adalah Boracay yang terletak di Filipina.  Pelbagai aktiviti air sesuai dilakukan di sini memandangkan suasananya juga meriah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Panorama matahari terbenam Boracay juga sering hangat dikatakan ramai.

20.  Pemuteran, Indonesia

tempat menarik di asia

Imej via [booking]

Amat unik, Pemuteran, Bali menjadi salah satu pilihan utama pelancong untuk bercuti di Asia.  Anda akan berasa tenang dan lari dari kesibukan kota dengan bermeditasi atau bersiar-siar di sini. Terdapat juga kuil bawah laut boleh anda lawati. Jangan lupa untuk mandi-manda dan menyelam di sini. Sangat menenangkan.

Itulah dia tempat menarik di Asia yang menjadi pilihan ramai untuk bercuti. Jom baca juga tempat menarik di Wellington, tempat menarik di Bosnia, tempat menarik di Pulau Jerejak dan tempat menarik di Christchurch.

Rujukan:

  1. thevocket
  2. policystreet
  3. rileklah

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.