Jika diberi pilihan memilih lokasi percutian di New Zealand, sudah tentu Auckland menjadi tarikan pengunjung serata negara.  Penuh dengan tempat menarik yang indah dan pemandangan cantik, ia berdekatan dengan Pelabuhan Manukau (barat) dan Pelabuhan Waitemata (ke timur) serta mempunyai daerah pusat bandar yang agak sibuk.

Gelaran “City of Sails” pada pusat ketibaan yang penuh dengan budaya ini diberikan kepada Auckland kerana pelabuhan dan ekonomi negaranya amat maju.

Anda juga dapat menyaksikan pelbagai tarikan pelancong seperti monumen, gelari, muzium, pantai dan lain-lain lagi.  Berikut adalah tempat menarik di Auckland sesuai dikunjungi pelancong.

1.  Muzium Auckland

tempat menarik di auckland

Imej via [museum-id]

Sekiranya anda pencinta sejarah, tempat menarik di Auckland ini amat rugi jika dilepaskan. Berkunjung ke sini pada siang hari membolehkan anda melihat pelbagai hal-hal sejarah yang turut dipamerkan di luar muzium juga seperti meriam, monumen dan lain-lain lagi.

Anda juga dapat menjiwai budaya orang Maori serta menimba ilmu berkaitan Negara New Zealand sejak pertempuran perang dunia I lagi seperti Galipoli sehinggalah peristiwa Perang Dunia kedua. Ia juga dikenali sebagai Muzium Memorial Perang Auckland.  Menarik bukan?

2.  Menara Pencakar Langit (Auckland Skytower)

tempat menarik di auckland

Imej via [getyourguide]

Auckland Skytower atau menara pencakar langit ini bakal membuatkan anda teruja kerana ia merupakan menara tertinggi di Auckland. Anda boleh melihat pemandangan sekitar Kota Auckland dari atas menara tersebut.

Terdapat juga tarikan seperti restoran, kedai cenderamata, ruangan menyaksikan pemandangan di sini dan kemudahan tandas juga turut disediakan.

3. Auckland Art Gallery

tempat menarik di auckland

Imej via [heartofthecity]

Tempat menarik di Auckland seterusnya adalah Galeri Seni Auckland. Ia merupakan lokasi pelancongan yang dibina dengan struktur gaya Renaissance Perancis pada tahun 1887.  Keunikan dan kecantikan senibina ini amat sesuai untuk anda bergambar.

Untuk pengetahuan anda, pelbagai jenis koleksi seni iaitu lebih daripada 15,000 karya seni dipamerkan di sini. Ia juga mempamerkan lukisan dan patung Eropah yang wujud sejak abad ke-14 lagi.

4.  Pelabuhan Viaduct

tempat menarik di auckland

Imej via [booking]

Tempat percutian yang sangat indah ini adalah sebuah kota perairan lengkap dengan pusat hiburan dan pusat makan utama bandar yang boleh anda singgah. Bersantai dan beriadah dengan berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan indah musim panas pun agak menyeronokkan.

Pada hari ahad pula, terdapat Pasar Bunga di sini. Tahukah anda, pelabuhan Viaduct ini adalah sebuah warisan New Zealand dalam regatta kapal layar Piala Amerika?

5. Rainbow’s End

tempat menarik di auckland

Imej via [youtube]

Taman tema dan hiburan ini merupakan salah satu tempat menarik di Auckland. Anda boleh menaiki signature ride, stratosfear dan macam-macam lagi permainan di sini. Memang takut dan mencabar sekali, kalau tak kuat semangat, jangan naik!

Nak tahu harga tiket untuk bermain permainan di sini? Boleh lihat di sini.

6. Kelly Tarltons Sea Life Aquarium

tempat menarik di auckland

Imej via [swiss-belhotel]

Kelly Tarltons Sea Life Aquarium membolehkan anda dan keluarga menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan bewarna-warni, ikan kecil sehinggalah jerung. Malah, penguin, sotong dan udang pelbagai spesis dan lain-lain lagi juga terdapat di sini.

Dalam kawasan tempat menarik di Auckland ini juga, anda boleh menyaksikan hidupan laut, melihat penguin dan bergambar untuk kenang-kenangan. Untuk mendapatkan tiket dengan harga yang lebih murah dan diskaun, anda boleh membuat pembelian tiket di sini.

7. Waitemata Harbour

tempat menarik di auckland

Imej via [pinterest]

Waitemata Harbour adalah sebuah lautan dan persisiran pantai yang menghubungkan pusat bandar Auckland ke daerah utara.  Laluan air ini juga digunakan untuk pelayaran serta memudahkan kuasa ekonomi negara New Zealand.

Anda boleh menikmati pemandangan indah dan berjalan-jalan ke Quay Street, Princes Wharf dan juga ke terminal feri. Dari situ, anda mungkin berpeluang melihat pulau-pulau Teluk Hauraki.

8.  Auckland City Center Architecture

tempat menarik di auckland

Imej via [pinterest]

Tempat menarik di Auckland yang dikenali sebagai Auckland City Center Architecture ini merangkumi bangunan feri, Queen Street iaitu Dewan Perbandaran Auckland dan juga St. Patrick’s Cathedral (Wyndham Street).  Anda boleh melihat mercu tanda Inggeris-Baroque terletak di hadapan pelabuhan iaitu bangunan feri.  St. Patrick’s Cathedral pula dibina pada tahun 1848 yang merupakan gereja pertama di New Zealand.

9. One Tree Hill

tempat menarik di auckland

Imej via [pinterest]

Sekiranya anda sukakan pemandangan hijau yang menakjubkan, One Tree Hill adalah tempat menarik di Auckland terbaik untuk anda kunjungi.  Ia adalah sebuah bukit yang letaknya di tengah Taman Cornwall yang penuh bunga dan pohon-pohon.  Selain berjalan kaki menikmati keindahan alam, anda juga boleh melihat haiwan seperti biri-biri di sekitar kawasan ini.  Menarik kan?

10.  Mansion House

tempat menarik di auckland

Imej via [tripadvisor]

Mansion House yang merupakan tempat menarik di Auckland ini adalah sebuah rumah megah yang indah untuk anda yang suka bergambar. Anda juga boleh bersiar-siar di sekitar kawasan kebun dan Ladys’ Bay. Anda boleh ke sini dengan menaiki feri dari The Beach House. Terdapat kafe, ruang makan dan juga penginapan di kawasan ini.

11.  Rotoroa Island

tempat menarik di auckland

Imej via [rotoroa]

Pasti anda tak sangka bahawa Rotoroa Island dalam kawasan Auckland dan hampir di belakang kawasan tersebut. Keindahan pantai dan laut serta keunikan fauna seperti burung yang terdapat di sini amat menakjubkan.  Bagi menghiburkan diri, anda boleh bermandi-manda atau berenang di sini.

12.  Matakana Village

tempat menarik di auckland

Imej via [tripadvisor]

Jika anda sukakan suasana kampung moden yang indah dan membeli belah barang cenderamata, datanglah ke tempat menarik di Auckland ini. Bukan sahaja kedai makan, tetapi banyak kedai yang menjual cenderamata untuk anda bawa pulang.

13.  Kiwi Valley Farm Park

tempat menarik di auckland

Imej via [2015torbay9]

Percutian di Kiwi Valley Farm Park amat menyeronokkan dimana anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti kuda, kambing, arnab dan lain-lain lagi secara dekat.  Menaiki kuda atau kenderaan yang disediakan juga amat dialu-alukan. Pasti anak anda sukakannya!

Itulah dia 13 tempat menarik di Auckland boleh anda kunjungi jika bercuti ke sini. Jom baca juga tempat menarik di Zimbabwe, tempat menarik di Zagreb, tempat menarik di Zurich dan tempat menarik di Zamboanga.

Rujukan:

  1. superkids
  2. cari-homestay
  3. tripadvisor

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.