Pulau terbesar yang terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi ini membolehkan anda melihat pelbagai tarikan alam semulajadi yang sangat menarik. Bagi anda yang ingin merasai pengalaman 4 musim, Australia adalah negara terdekat yang boleh anda lawati. 

tempat menarik di australia

Imej via [mai singgah]

Monumen-monumen bersejarah juga terjaga dengan baik dan banyak tempat yang dijadikan muzium dan diperbaharui kegunaannya. Apa kata anda lihat tempat menarik di Australia, pasti anda bakal teruja dengan percutian kali ini!

 

1.  Western Australia Maritime Museum

tempat menarik di australia

Imej via [museum]

Di pesisiran pantai Lautan Hindi terletaknya sebuah muzium yang besar, Western Australian Maritime Museum. Betapa banyaknya pameran untuk dilihat di muzium ini sehinggakan sedar tak sedar dah 2 jam anda sekeluarga habiskan masa di sini. Mana tidaknya, pameran-pameran yang ada di sini dibahagikan mengikut zaman dan tema masing-masing yang terdiri daripada zaman peperangan, sejarah penjajahan, transformasi Swan River dari dahulu hingga sekarang. 

Pertahanan tentera laut, industri perikanan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan lautan di Australia ini dipamerkan di sini. Anda juga boleh masuk ke dalam kapal selam perang yang terdapat di sini.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 5.00pm)
  • Bayaran: Dewasa AUD 15 | Kanak-kanak (5-15 Tahun) Percuma
  • Alamat: Victoria Quay, Fremantle, Western Australia, 6160

 

2.  Round House

tempat menarik di australia

Imej via [youtube]

Tempat menarik di Australia ini dibina pada tahun 1830.  Round House merupakan bangunan pertama yang dibina di Swan River Colony. Dikatakan bahawa bangunan Freemantle Round House ini merupakan bangunan yang tertua sekali di Western Australia.

Pada mulanya, bangunan ini digunakan sebagai penjara bagi tahanan-tahanan penduduk asli dan penjajah sehinggalah tahun 1990. Selepas itu, ia dijadikan kuarters bagi ketua konstabel dan keluarganya. Namun kini ia dijadikan destinasi pelancongan sebagai penjara pertama yang dibina di Fremantle.

Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh memasuki terowong yang terletak di bahagian bawah bangunan dan berjalan-jalan di bahagian penjara yang turut lengkap dengan foto-foto lama dan maklumat berkaitan penjara di sini.  Anda juga boleh menaiki tingkat atas bangunan untuk menikmati pemandangan indah lautan yang terletak berdekatan dengan Round House.  Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang melihat meriam dibunyikan pada setiap pukul 1.00pm.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am – 3.30pm)
  • Bayaran: Sumbangan Ikhlas
  • Alamat: Captains Lane, Fremantle, Western Australia 6160

 

3.  Aviantion Heritage Museum

tempat menarik di australia

Imej via [Flickr]

Tempat menarik di Australia ini terdiri daripada 2 buah bangunan.  Muzium ini menempatkan pelbagai jenis pesawat yang digunakan oleh orang awam dan tentera.  Seronoknya, sesetengah kapal yang dipamerkan di Aviation Heritage Museum ini, anda boleh memasuki ke bahagian dalamnya.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat pameran lencana, insignia dan pakaian uniform termasuklah 3 pasang daripada tentera udara Jerman. Di samping itu, terdapat juga stesen kawalan trafik udara yang lengkap dengan paparan video dan audio untuk melihat kawasan kawalan. Selalu tengok dalam tv je, kali ni depan mata, mana tak excited.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 4.00pm)
  • Bayaran: Dewasa (16 Tahun & Keatas) AUD 15 | Kanak-kanak (4-16 Tahun) AUD 7.50
  • Alamat: Air Force Memorial Estate, Bull Creek Drive, Bull Creek, Western Australia, 6149

 

4.  Margaret Rivee Chocolate Company

tempat menarik di australia

Imej via [Margaret River]

Margaret River Chocolate Company yang terletak di Swan Valley ini merupakan kilang coklat yang terbesar di Australia. Bagi pencinta coklat, jangan lupa datang ke sini kalau dah sampai ke negera mat salleh ini. Rugi yang teramatlah sekiranya anda terlepas peluang ke sini. Nak tahu kenapa? Sebab anda juga dapat merasa dengan percuma coklat-coklat yang dihasilkan di sini, masuk pun percuma tau! Sebagai kilang coklat, terdapat beratus jenis produk yang dihasilkan di sini.\

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
  • Bayaran: Percuma
  • Alamat: 5123 West Swan Road, West Swan WA 6055

 

5.  Elizabeth Quay

tempat menarik di australia

Imej via [So Perth]

Elizabeth Quay ini sebenarnya masih baru lagi dibuka iaitu pada 29 Januari 2016, tapi terdapat banyak tarikan di sini seperti taman permainan, BHP Billiton Water Park, gerai-gerai makan dan banyak lagi. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di tempat menarik di Australia ini adalah anda boleh menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan.

Anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar sungai dan menaiki jambatan yang terdapat di sini untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga dengan latar belakang yang sangat cantik.

  • Alamat: The Esplanade, Perth WA 6000

 

6.  Fremantle Markets

tempat menarik di australia

Imej via [Fremantle Markets]

Ingin bawa pulang sesuatu untuk orang tersayang? Jangan lupa singgah ke Fremantle Markets. Anda boleh temui pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah untuk dimasak sepanjang percutian anda di Australia ini.

Bukan itu sahaja, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897 iaitu pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti.

  • Waktu Operasi: Jumaat (9.00am – 8.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am – 6.00pm) | Isnin – Khamis (Tutup)
  • Alamat: Cnr Henderson Street & South Terrace, Fremantle

 

7.  Lakeside Joondalup Shopping City

tempat menarik di australia

Imej via [thewest]

Lakeside Joondalup Shopping City adalah salah satu pusat membeli-belah yang cukup lengkap di Australia ini. Apa yang anda inginkan di tempat menarik di Australia ini? Dari barangan berjenama terkenal, pasaraya serbaneka Target, hinggalah ke kedai di mana anda boleh membuat teddy bear sendiri juga terdapat di sini. Hati-hati juga, anda mungkin boleh sesat dalam mall yang terbesar di Western Australia ni.

  • Alamat: 420 Joondalup Drive, Joondalup, WA 6027

 

8.  Kings Park

tempat menarik di australia

Imej via [alphaairportparking]

Sejukkan mata anda dengan panorama memukau hati bandar Perth dan Swan River dari Kings Park.  Kings Park yang merupakan tempat menarik di Australia ini adalah raja segala taman kerana ia cukup lengkap dengan pelbagai tarikan menarik yang diidamkan sewaktu bersiar-siar.

Ia juga adalah taman dalam kawasan bandar yang terbesar di dunia. Anda boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk menikmati pemandangan sekitar yang sangat mempesonakan.

Bukan sahaja pemandangan yang indah, Kings Park ini turut kaya dengan flora dan fauna termasuklah sebatang pokok yang sudah berusia 750 tahun. Sambil berjalan-jalan di sekitar taman ini, pasti terdengar bunyi kicipan lebih daripada 70 jenis burung di sini.

  • Alamat: Fraser Ave, Perth WA 6005 

 

9.  Perth Zoo

tempat menarik di australia

Imej via [Expedia]

Perth Zoo yang berkeluasan 41 ekar ini telah dibuka sejak 1898 lagi.  Banyak haiwan yang dapat anda lihat di sini iaitu lebih daripada 1250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesies yang berbeza.

Zon di Perth Zoo ini terbahagi kepada 3 bahagian berbeza iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest serta beberapa pameran mini. Pameran mini tempat menarik di Australia ini melibatkan burung-burung dari selatan Amerika, kura-kura Galapalagos dan bermacam lagi. 

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
  • Bayaran: Dewasa AUD 31 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 15 | Warga Emas AUD 24
  • Alamat: 20 Labouchere Rd, South Perth, WA 6151

 

10.  Aquarium of Western Australia

tempat menarik di australia

Imej via [999photos]

Bukan semua orang berani dan tahu menyelam dalam air untuk melihat panorama dalam dunia laut ini, sebab itulah anda kena bawa keluarga anda melawat Aquarium of Western Australia. Tak perlu nak ke kelas menyelam, pengalaman di sini terasa seperti berada dalam air laut dalam.

Melalui kaca akuarium, anda dapat melihat ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi hidupan laut lain dengan dekat. Tahukah anda, anda boleh melihat lebih daripada 4000 ekor ikan?  Semuanya terdiri daripada 400 spesies yang berbeza. 

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 5.00pm)
  • Bayaran: Dewasa (16 Tahun Dan Ke Atas) AUD 30 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 18
  • Alamat: 91 Southside Dr, Hillarys WA 6025

11.  Marmion Marine Park

tempat menarik di australia

Imej via [parks.dpaw]

Berkeluasan 10,500 hektar, Marmion Marine Park adalah tempat menarik di Australia yang juga dikenali sebagai taman marin bermula dari Trigg Island hinggalah ke Burns Beach. Anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, menyelam skuba mahupun memancing tanpa perlu bergerak jauh dari bandaraya Perth.

Lebih seronok lagi, anda boleh menyewa bot untuk meneroka pulau-pulau yang terdapat di sekitar perairan dan kawasan terumbu karang yang lebih indah. Anak-anak anda juga pasti gembira melihat ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sini.

  • Alamat: Marmion WA 6020

 

12.  The Bell Tower

tempat menarik di australia

Imej via [grahamgreenimages]

Tempat menarik di Australia ini adalah satu tarikan yang unik dan mesti anda lawati di Perth. The Bell Tower bukan sahaja sebuah bangunan tapi ia juga merupakan instrumen muzik yang terbesar di dunia dengan ketinggian 82.5 meter.

Terdapat 12 buah loceng di menara ini yang didatangkan dari sebuah gereja terkenal di London yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-14 lagi. Sekiranya anda naik ke dek pemerhatian menara ini, anda dapat melihat pemandangan 360 darjah sekitar Perth dan Swan River.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 4.00pm)
  • Bayaran: Dewasa AUD 18 | Kanak-kanak (5-14 Tahun) AUD 9 | Warga Emas AUD 16
  • Alamat: Barrack Square, Riverside Drive, Perth WA 6000

 

13.  Art Gallery of Western Australia

tempat menarik di australia

Imej via [portdouglasreefcharter]

Dibuka pada tahun 1895, Art Gallery of Western Australia ini menempatkan pelbagai jenis karya seni dari pengarya bersejarah dan kontemporari bukan sahaja dari Australia malahan dari seluruh dunia. Antara hasil-hasil seni yang terdapat di sini adalah ukiran-ukiran klasik daripada Henry Moore, karya motif yang dihasilkan Orang Asli di Australia dan lain-lain lagi.

Walaupun masuk percuma, karya-karya yang dipamerkan di tempat menarik di Australia ini tidak ternilai harganya. Tak ada sebab untuk anda menolak untuk meluangkan masa mencuci mata melihat karya-karya hebat di muzium ini.

  • Waktu Operasi: Rabu – isnin (10.00am – 5.00pm)
  • Bayaran: Sumbangan Ikhlas
  • Alamat: Perth Cultural Centre, Perth, Western Australia

 

14.  Penguin Island

tempat menarik di australia

Imej via [TravelTriangle]

Penguin Island memerlukan 45 minit perjalanan dari Perth. Semasa perjalanan feri untuk ke Penguin Island, anda dapat melihat singa laut dan ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sekitar perairan.

Dari feri lagi, anda sekeluarga pasti terhibur dengan fauna hidupan yang terdapat di sini. Sampai sahaja di Penguin Island, anda dapat mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia!

Dah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.

 

15.  Jurien Bay Skydiving

tempat menarik di australia

Imej via [tripadvisor]

Bagi anda yang berjiwa lasak dan kental tu, jom ber’skydiving’ di tempat menarik di Australia ini.  Jika anda baca senarai harga untuk skydiving di sini, anda mungkin rasa harganya terlalu mahal, tapi percayalah, pengalaman yang dapat anda rasai apabila berada di udara ibarat burung yang terbang bebas dengan pemandangan lautan biru yang mengujakan.

Pasti anda sanggup bayar walaupun beribu. Sungguh tak ternilai memori yang tercipta di sini. Debaran yang dirasakan sekejap je, bila payung terjun anda terbuka,  perasaan terawang-terawangnya memang indah. Anda juga akan mendapat foto-foto dan video HD anda yang diedit secara profesional selepas skydiving, cool tak cool?

 

tempat menarik di australia

Imej via [melancongmarbay]

Kesimpulannya, anda perlu jadikan Australia sebagai tempat percutian buat seisi keluarga atau bersama pasangan untuk berbulan madu. Terdapat banyak tempat yang menarik yang anda boleh lawati dan terokai tidak mengira had umur.  Jom baca tempat menarik di Perhentian, tempat menarik di Tokyo dan tempat menarik di Teluk Intan juga.

Rujukan:

  1.       Maisinggah
  2.       Wikipedia
  3.       Tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.