MEncari tempat menarik di Ayer Keroh?

Musim cuti sekolah dah nak hampir ke penghujungnya. Masih ramai ibu bapa yang mencari destinasi menarik untuk bawa anak-anak bercuti di saat-saat terakhir.

Nak -nak pula ada panjang. Bolehlah bercuti dengan lebih lama kan? Memandangkan hujung tahun banyak nak guna duit untuk persekolahan anak, mungkin anda mencari destinasi percutian dengan harga bajet yang tak begitu membebankan.

Apa kata kami cadangkan anda bercuti di Ayer Keroh Melaka? Ayer Keroh sememangnya destinasi percutian dengan harga bajet yang menjadi pilihan ramai. Percayalah, dengan bajet yang tidak terlalu tinggi, anda sekeluarga dapat berseronok di sana. Jom kami kongsikan tempat menarik di Ayer Keroh untuk percutian yang sangat menyeronokkan.

tempat menarik di ayer keroh

Sumber: Malacca

1. Taman Rama-rama Dan Reptilia Melaka

Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka yang seluas 11 ekar merupakan tempat menarik di Ayer Keroh yang wajib anda lawati semasa bercuti di sana.

Taman rekreasi yang dibuka kepada awam pada 1 Februari 199i oleh Menteri Besar Melaka ini merupakan syurga rama-rama yang pastinya akan membuatkan anda sekeluarga berseronok sambil melihat pelbagai spesis rama-rama yang bebas berterbangan di sini.

Di sini anda akan berjumpa dengan lebih daripada 20 spesis rama-rama yang bebas berterbangan dan boleh dipegang dengan lembut. Rama-rama di sini sangat jinak dan suka singgah di tapak tangan para pengunjung. Apa yang menarik, bukan sahaja rama-rama yang ada di sini. Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

  • Butterfly Aviary di mana anda akan dikelilingi oleh rama-rama pelbagai jenis, spesis, bentuk dan warna.
  • Reptile Walk di mana anda akan berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan reptilia di sini termasuk ular, biawak, kura-kura, dan sebagainya.
  • Koi Garden di mana terdapat kolam yang dipenuhi dengan ikan koi beraneka warna yang jinak. Ikan koi di dini akan datangmendekati anda jika anda duduk di tepi kolam.
  • Wild Photo Lane iaitu tempat di mana anda boleh bergambar dan berselfie sebagai kenangan dan dimuat naik ke media sosial.

Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang dengan bayaran masuki sebanyak RM22 sekepala untuk dewasa dan RM16 sekepala untuk kanak-kanak. Percayalah, anda pasti akan berseronok sepanjang berada di taman rekreasi ini.

2. Taman Buaya  Dan Rekreasi Melaka

Siapa yang tak suka melihat buaya? Buaya merupakan haiwan eksotik seperti dinosor yang sudah wujud di dunia sejak ribuan tahun yang lalu. Buaya merupakan haiwan reptilia yang menjadi minat orang ramai kerana sikapnya yang ganas namun nampak sangat tenang.

Oleh itu, semasa bercuti di Ayer Keroh Melaka, jangan lupa untuk masukkan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka sebagai tempat wajib pergi untuk anda sekeluarga.

Taman Buaya dan Rekreasi Melaka telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1987. Dah lama kan? Setiap hujung minggu dan cuti sekolah, ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Di sini anda bukan sahaja boleh melihat buaya pelbagai spesis seperti Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi yang diletakkan di dalam kawasan kurungan buayayang direka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini, malah anda juga boleh melihat persembahan buaya, telur buaya, pameran kitaran hidup buaya, dan macam-macam lagi yang anda takkan duga seperti:

  • Taman Permainan Air dengan keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5 kaki sehingga 2.5 kaki. Anda sekeluarga boleh bermandi-manda sepuas-puasnya di sini.
  • Rumah hantu. Siapa sangka dalam Taman Buaya dan Rekreasi Melaka ada rumah hantu?
  • Rumah mamalia di mana anda dapat melihat haiwan mamalia seperti ayam, burung, merak, memerang, dan sebagainya.
  • Rumah Reptilia di mana anda akan berpeluang untuk melihat haiwan reptilia seperti ular, cicak, sesumpah, kura-kura, dan sebagainya.

Taman Buaya dan Rekreasi Melaka dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan bayaran masuk sebanyak RM15 sekepala untuk dewasa dan RM10 sekepala untuk kanak-kanak. Jom kita bercuti-cuti Malaysia di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka!

3. Zoo Melaka dan Zoo Malam

Zoo Melaka merupaka di antara zoo tertua yang ada di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1979. Kini Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza. Di antara haiwan menarik yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang semakin terancam.

Di antara pakej yang disediakan di Zoo Melaka ialah:

  • Persembahan binatang & aksi memberi makan binatang
  • Program pembelajaran
  • Zoomanji
  • Jungle Trail Rhytm of The Night

Apa yang menarik, Zoo Melaka juga dibuka pada waktu malam. Jadi bolehlah anda melihat haiwan yang ada di sini pada waktu malam. Semestinya kelakuan mereka berbeza daripada semasa waktu siang. Zoo Melaka dan Zoo Malam dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 malam untuk lawatan siang. Manakal untuk Zoo Malam, ia dibuka pada setiap malam Jumaat, Sabtu, dan malam cuti umum dari pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam.

Harga tiket bagi Zoo Melaka dan Zoo Malam ialah seperti berikut:

  • Dewasa dengan Mykad RM16.90
  • Kanak-kanak dengan Mykid RM6.75
  • Warga emas RM6.75
  • Dewasa tanpa Mykad RM22.50
  • Kanak-kanak tanpa Mykid RM16.90
  • OKU dewasa RM6.75
  • OKU kanak-kanak RM5.00
tempat menarik di ayer keroh

Sumber: Melakazoo

4. Taman Botanikal Melaka

Taman Botanikal Melaka atau lebih dikenali dengan nama Taman Botani Melaka juga adalah destinasi percutian di Ayer Keroh yang wajib anda kunjungi semasa bercuti di sana. Dulu namanya ialah Taman Rekreasi Ayer Keroh.

Taman Botani dengan keluasan 92.5 hektar yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa semulajadi yang dikelilingi lanskap yang indah ini adalah destinasi yang sangat sesuai untuk anda seisi keluarga. Di sini anda boleh bersantai berehat ambil angin yang segar sambil melihat keindahan alam dengan lebih daripada 300 spesis flora dan fauna yang ada di taman ini.

Selain daripada flora dan fauna, terdapat juga tarikan lain di sini seperti:

  • Kampung Buku Malaysia Melaka
  • Muzium Perhutanan
  • Canopy Walk
  • Buggy Ride
  • Cafe Botanical
  • Taman Prasejarah (dinosaurs)
  • Taman Cerita
  • Chalet penginapan
  • Kawasan perkhemahan
  • Padang serbaguna
  • Taman permainan

Apa yang lebih menarik, masuk ke Taman Botanikal Melaka adalah percuma. Jangan lupa untuk bawa keluarga anda meluangkan masa di sini.

5. Melaka Wonderland Themepark and Resort

Tempat menarik di Ayer Keroh yang seterusnya ialah Melaka Wonderland Theme Park & Resort yang semakin popular di kalangan pengunjung yang bercuti di Melaka. Apa yang menarik, jumlah air yang ada di kesemua kolam di di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.

Wah! Banyak betul air. Melaka Wonderland Themepark and Resort menawarkan pelbagai tarikan menarik yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Di antara tarikan yang ada di sini ialah:

  • Tornado chaser
  • Kamikaze Racer
  • 1 Big Wave Pool
  • Adventure Island
  • Paddle boat
  • E-Scooter

Melaka Wonderland Themepark and Resort dibuka setiap Selasa hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi sehingga 7.00 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Harga tiket bayaran masuk ialaj RM36 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak. Di sini jugab terdapat resort, maka anda boleh bermalam di sini juga. Menarik, kan?

6. Taman Burung Melaka

Tempat menarik di Ayer Keroh yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini ialah Taman Burung Melaka. Lokasi Taman Burung Melaka adalah di dalam kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka dan bersebelahan dengan Melaka Wonderland. Untuk maklumat anda, Taman Burung Melaka merupakan taman burung yang pertama di buka di Melaka dan terbesar di Asia dengan kos RM 26 juta.

Apa yang menarik, burung-burung di sini diletakkan di dalam sangkar yang besar dengan taman yang dihias dengan persekitaran hijau yang cantik dengan air terjun yang tinggi dan kolam air yang besar. Di sini terdapat ratusan spesis burung yang terbang bebas seperti burung Kakak Tua, Violet Necked Lory, Chapped Lory, Chattering Lory,  Dusky Lory, Green Winged, Burung Merak, Burung Nuri, Kasih, Enggang, Bangau, Ayam Api-Api, Peaceful Dove, dan sebagainya.

Selain burung pelbagai spesis dan warna yang menarik, terdapat juga tarikan yang lain di Taman Burung Melaka iaitu Skywalk and Camopy Walk yang merupakan menara setinggi 12 meter dengan kepanjangan 108 meter yang boleh dinaiki dengan menggunakan tangga atau lif. Ia merupakan sebuah taman dengan ketinggian 27 meter dari aras bumi.

Taman Burung Melaka dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan bayaran masuk dewasa RM 17.80 dan kanak-kanak juga warga emas RM 11.85.

Istimewa bagi pemegang kad Bank Rakyat, anda akan mendapat diskaun 10% untuk setiap seorang. Makanan burung pula boleh dibeli dengan harga RM10. Bolehlah anda bagi makan kepada burung dari tapak tangan. Anak-anak anda pasti teruja.

tempat menarik di ayer keroh

Sumber: Drdzulhelminasir

7. Mini Malaysian and Asean Cultural Park  (Taman Mini Malaysia)

Tempat menarik di Ayer Keroh yang seterusnya ialah Mini Malaysia & Asean Cultural Park atau lebih dikenali dengan nama Taman Mini Malaysia.

Ia merupakan sebuah taman budaya yang menjadi tapak untuk mempamerkan kepelbagaian reka bentuk rumah tradisional daripada 13 buah negeri di Malaysia seperti rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan sebagainya. Pendek kata, di Taman Mini Malaysia anda boleh melihat keunikan seni bina rumah dari pelbagai negeri di Malaysia.

Apa yang lebih menarik, bukan sahaja rumah dari pelbagai seni bina Malaysia ada di sini malah ada juga rumah dari negara asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi. Pasti anda akan dapat banyak gamabr selfie yang cantik di sini. Bercuti di Ayer Keroh tapi dalam gambar macam bercuti ke Vietnam, Thailand, dan Indonesia. Menarik, kan!

Di Taman Mini Malaysia juga terdapat pelbagai aktiviti kebudayaan yang boleh anda sekeluarga cuba seperti:

  • Permainan tradisional
  • Rawatan spa tradisional
  • Menyewa pakaian tradisional
  • Memasak makana tradisional
  • Mencanting batik

Apa yang lebih menarik, di sini jugab terdapat kolam renang percuma, permainan carousel, roller coaster dan pelbagai tarikan menarik.

Anda perlu datang sendiri untuk berseronok di sini. Mini Malaysia & Asean Cultural Park  dibuka setiap Isnin hingga Jumaat  dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 petang, Manakala pada hari Sabtu dan Ahad ia dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Bayaran masuk ialah RM18 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

8. A Famosa Resort

Tempat menarik di Ayer Keroh yang terakhir ingin kami kongsikan ialah A Famosa Resort yang mempunyai 2 taman yang sangat menarik untuk anda sekeluarga. Taman yang pertama adalah A’famosa Water Park yang merupakan taman tema air terbesar di Malaysia dengan 2 tarikan yang paling popular iaitu Kids Adventure Party Pool danHigh Speed Slides.

Taman tema kedua pula ialah taman safari iaitu Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat pelbagai binatang di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House. A Famosa Resort dibuka setiap Isnin sehingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Manakala untuk hari Sabtu dan Ahad, ia dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bayaran masuk ialah RM69 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.

tempat menarik di ayer keroh

Sumber: Afamosa

Itulah dia 8 tempat menarik di Ayer Keroh yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Menarik kan? Jemput juga membaca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Segamat, tempat menarik di Nilai, dan tempat menarik di Cyberjaya.


Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.