Mencari tempat menarik di Bandung dan juga tempat shoping di Bandung yang best?

Bandung merupakan sebuah kota metropolitan yang terletak di tengah-tengah daerah Jawa Barat dan merupakan bandar terbesat di Kepulauan Jawa, Indonesia. Tersangat banyak tempat menarik yang terdapat di bandung.

Bukan sahaja tempat-tempat di sini rare dan bersifat Instagramable, tetapi juga ia merupakan tempat terkenal untuk membeli-belah dengan harga yang sangat murah. Para wanita terutamanya pasti rambang mata jika ke Pasar Baru ataupun Rumah Mode kerana tak tahu nak beli barang yang mana satu.

Oleh itu, pastikan duit anda cukup supaya boleh shopping sakan di Bandung nanti.

1) Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Imej via dirgantaracarrental

Trans Studio Bandung bukan calang-calang taman tema, tetapi ia adalah taman tema terbesar di Indonesia. Fasiliti dan permainan yang terdapat di sini juga bertaraf dunia.

Permainan-permainan yang ditawarkan di sini terbahagi kepada 3 zon berbeza iaitu zon Studio Central, zon The Lost City dan zon Magic Corner. Antara tarikan utama di sini adalah Racing Coaster yang hanya ada 3 sahaja di dunia ini. Dan salah satunya ada di Trans Studio Bandung.

Trans Studio Bandung juga turut memiliki pusat membeli-belahnya sendiri iaitu Trans Studio Mall Bandung dengan lebih daripada 200 outlet yang terkenal dan lebih daripada 100 gerai makanan. Malah, di sini juga terdapat 2 buah hotel untuk kemudahan para pengunjung. Boleh dikatakan Trans Studio Bandung memang lengkap kemudahannya. Yang penting adalah, sediakan ongkosnya sahaja.

Lokasi: Jalan Jendral Gatot Subroto No.289, Cibangkong, Batununggal, Kota Bandung, Jawa Barat

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 10.00pagi – 7.00petang | Hujung Minggu/ Musim Cuti: 9.00pagi – 10.00petang

Harga Tiket: Isnin – Khamis: Rp. 180.000 | Jumaat: Rp. 200.000 | Sabtu – Ahad: Rp. 280.000

2) Amazing Art World

Amazing Art World

Imej via bayudifik

Bukan setakat taman tema terbesar di Indonesia, bandung juga menempatkan muzium 3d yang terbesar di negara ini dengan keluasan sebesar 15,500 meter persegi. Muzium ini terbahagi kepada 8 zon berbeza iaitu aqua, animal, media, dinosaurus,  love, winter, history dan artistic. Jangan lupa untuk pastikan telefon pintar anda penuh bateri. Lagi bagus kalau boleh bawa power bank sekali. Mana tidaknya, tempat sebegini memang memerlukan kamera telefon pintar anda berfungsi dengan baik. Barulah puas hati bergambar dengan pelbagai aksi yang rare.

Lokasi: Jl. Setiabudhi No.293, Isola, Sukasari, Kota Bandung, Jawa Barat 40154

Waktu Operasi: 8.00pagi – 8.00malam

Harga Tiket: Isnin – Jumaat: Rp. 130.000 | Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Rp. 170.000

3) Kawah Putih

Kawah Putih

Imej via wisataku

Kawah putih adalah antara tempat wajib dikunjungi bagi mereka yang datang ke Bandung. Walaupun ia terletak agak jauh dari pusat bandar, kawasan ini tetap menjadi pilihan wajib pelancong apabila berkunjung ke bandung kerana keindahannya yang cukup rare. Kawasan ini sering menjadi tempat untuk para pengantin mahupun sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti fotografi.

Kawasan ini terhasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk danau yang bertanah putih dan berair putih kehijauan. Di tebing danau pula akan kelihatan belerang kekuningan serta pohon bakau yang tumbuh dan menjadi penyeri kepada pemandangan.

Untuk mengelakkan daripada bau belerang yang kuat, setiap pengunjung perlu mematuhi had masa untuk berada di sini.

Lokasi: Jl. Raya Soreang, Ciwidey, Bandung, Jawa Barat

Waktu Operasi: 7.00pagi – 5.00petang

Harga Tiket: Rp. 15.000

4) Ciwidey Valley Hotspring

Ciwidey Valley Hotspring

Imej via herytour

Setelah puas menikmati keindahan Kawah Putih dan selesai bergambar di sana, apa kata anda nikmati pula air panas semulajadi di Ciwidey Valley Hotspring. Kawasan ini pasti menarik minat tidak kira kanak-kanak atau dewasa kerana gelongsor airnya yang pelbagai dan pemandangan yang mendamaikan.

Pengunjung boleh menginap di cottage yang disediakan atau berkhemah di kawasan terbuka. Taman tema air ini juga mempunyai taman burung yang luas serta restoran untuk menjamu selera setelah penat bermain.

Lokasi: Jl. Raya Barutunggul Km.17, Alamendah, Rancabali, Alamendah, Rancabali, Bandung, Jawa Barat

Harga Tiket:  Arena Rp. 10.000 | Waterpark Rp. 40.000

5) Kebun Strawberry Ciwidey

Kebun Strawberry Ciwidey

Imej via cekajah

Dah puas bermandi-manda di Ciwidey Valley Hotspring, bolehlah bawa keluarga anda ke Kebun Strawberry Ciwidey untuk alami sendiri pengalaman memetick buah strawberi. Buah strawberi di ladang ini juga agak besar dengan warna yang merah menyala. Tengok sahaja pun sudah menyelerakan, inikan pula kalau sudah masuk ke mulut. Kemanisan buah strawberi yang segar pasti memuaskan hati anda.

Harga Tiket: Masuk (Percuma) | Petik Buah Strawberi (Rp. 35.000 – Rp. 50.000)

Lokasi: Jl. Ciwidey, Patengan, Rancabali, Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia

6) Kota Mini Lembang

Kota Mini Lembang

Imej via samaraliving

Kota Mini Lembang mempunyai keunikannya yang tersendiri malah sangat disukai oleh kanak-kanak. Ini kerana, Kota Mini Lembang mengetengahkan konsep yang sama seperti Kidzania iaitu sebuah taman tema kanak-kanak yang menyediakan aktiviti buat kanak-kanak untuk mencuba pelbagai jenis kerjaya.

Namun kota mini ini mungkin lebih hebat kerana lokasinya yang terletak di kawasan terbuka. Pasti pengalaman di sini terasa lebih realistik. Malah, reka bentuk bangunannya dan cuaca di Lembang yang agak dingin membuatkan anda sekeluarga terasa seperti berada di negara 4 musim.

Kota Mini Lembang cukup lengkap dengan pelbagai jenis infrastruktur indah dan aktiviti kerjaya untuk dicuba oleh anak-anak. Bangunan-bangunan di sini juga bukanlah sekadar hiasan, kerana setiap rumah ini memiliki fungsi yang berbeza, ada yang menempatkan kelas memasak, kafe, rumah teddy bear dan banyak lagi.

Lokasi:  Jl. Grand Hotel No.33, Lembang, Bandung, West Java 40222

Waktu Operasi: 8.00am – 6.00pm

Harga Tiket:  Rp. 15.000 | Program Passport Rp. 150.000 (Akses Kesemua Rumah Dan Permainan)

7) Rainbow Garden Lembang

Rainbow Garden Lembang

Imej via jejaktraveler

Dari nama tempat ini sahaja, pasti anda dapat bayangkan kecantikan warna-warni taman seperti warna-warna pelangi. Rainbow Garden Lembang merupakan destinasi indah yang terletak di dataran yang tinggi. Tarikan yang dapat anda sekeluarga nikmati sekiranya menjejakkan kaki ke Rainbow Garden Lembang adalah taman bunganya yang indah persis taman di negara Jepun. Penuh dengan warna-warni dan bunga-bungaan mekar yang disusun mengikut warna pelangi.

Setelah puas mencuci mata, jangan lupa untuk singgah ke gerai makan yang banyak terdapat di sini. Antara sajian yang ada adalah seperti sate, soto bandung, pizza dan banyak lagi.

Lokasi: Kawasan Floating Market, Jalan Grand Hotel No.33e, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 7.00pm) | Sabtu, Ahad (8.00am – 8.00pm)

Harga Tiket:  Rp. 10.000

8) Farmhouse Susu Lembang

Farmhouse Susu Lembang

Imej via javawisata

Keunikan farmhouse ini adalah senibina tudor dan Eropah. Anda juga boleh menyewa pakaian bercirikan Eropah untuk mengambil gambar di sini. Tempat ini sesuai dikunjung seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh setiap peringkat umur. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermesra dengan haiwan ternak ladang di petting zoo dan bergambar di love locks.

Antara yang cukup terkenal juga adalah hobitton, iaitu rumah hobbit mini yang dibina daripada inspirasi filem The Hobbit / Lord Of The Rings seperti di New Zealand. Keindahan landskap dan suhunya yang dingin membuatkan anda terasa seperti berada di negara Eropah.

Waktu Operasi: 9.00am – 9.00pm

Harga Tiket: Rp. 20.000 (Percuma Minuman dan Sosej Bakar)

Lokasi: Jalan Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat

9) De Ranch Lembang

De Ranch Lembang

Imej via holidayvillalembang

Kawasan bertemakan ‘cowboy’ merupakan antara tarikan lain di kawasan Lembang. Di sini, pengunjung berpeluang untuk mengenakan pakaian bertema ‘cowboy’ dan menunggang kuda sambil menikmati

Pengunjung juga dapat didedahkan dengan cara penjagaan kuda dan lembu serta berpeluang untuk memerah sendiri susu lembu. Selain itu, tempat ini juga menawarkan aktiviti outdoor lain seperti memancing, flying fox dan memanah.

Lokasi: Jalan Maribaya No 17, Kecamatan Lembang, Kabupaten Bandung Barat

Waktu Operasi: Isnin (Tutup) | Selasa – Jumaat (9.00am – 5.00pm) | Sabtu, Ahad (8.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Rp. 10.000

10) Pasar Terapung Lembang

Pasar Terapung Lembang

Imej via holidayvillalembang

Kebiasaannya pasar terapung sinonim dengan Thailand dan Filipina, tetapi Bandung juga mempunyai pasar terapungnya sendiri sebagai tarikan. Uniknya di Bandung, pasar terapung ini menjual aneka hidangan Indonesia untuk dicuba. Bermacam variasi makanan dijual seperti sate arnab, bakso, dan siew mai menjadi pilihan untuk mengisi perut.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti lain seperti menaiki bot dan menerokai Taman Jepun yang terdapat di sini. Anda juga boleh dapatkan cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air nanti. Selain itu, tiket anda juga boleh ditukar kepada minuman panas di sini. Jadi, simpan tiket anda baik-baik ya.

Lokasi: Jl. Grand Hotel No.33e, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 5.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am – 8.00pm)

Harga Tiket:  Rp. 15.000

11) The Lodge Maribaya Lembang

The Lodge Maribaya Lembang

Imej via explorewisata

The Lodge Maribaya Lembang adalah lokasi alam semulajadi yang dikelilingi dengan pokok-pokok pine yang sangat cantik. Lokasi ini merupakan lokasi wajib lawat bagi kebanyakan pelancong yang bercuti di bandung. Malah, ia boleh dikatakan sebagai tempat percutian menarik Instagramable kerana panoramanya yang indah.

Terdapat hampir 7 photo spot di sini yang merupakan sebab utama pengunjung datang ke The Lodge Maribaya. Tapi untuk bergambar di spot-spot ini anda perlu membeli tiket dahulu. Tiket disetiap spot dijual dalam lingkungan Rp. 15.000 – Rp. 20.000 seorang.

Antara photo spot yang menjadi kegemaran para Instafamous adalah Sky Tree, Gantole, Sky Wing, Zip Bike. Dah dapat gambar yang rare, apa lagi, bolehlah muat naik di akaun media social anda.

Lokasi: Jalan Maribaya No. 149-252 RT 03/ RW 15 Kampong Babakan Gentong, Cibodas Maribaya, Lembang

Waktu Operasi: 9.00pagi – 5.00petang

Harga Tiket: Isnin – Jumaat Rp. 20.000 | Hujung Minggu Rp. 25.000 | Cuti Umum Rp. 25.000

12) Dago Dream Park

Dago Dream Park

Imej via bandung-guide

Tarikan di Dago Dream Park juga lebih kurang sama seperti The Lodge Maribaya. Banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini. Mana tidak menarik, aktiviti-aktiviti di sini sangat unik untuk dicuba. Antaranya adalah karpet terbang aladin, skybike, rumah anti-graviti, atv, flying fox dan banyak lagi. Lebih bertambah best, jika anda boleh rakam aktiviti menarik anda itu dengan kamera gopro.

Lokasi: Jl. Dago Giri Km 2.2, Mekarwangi, Lembang, Pagerwangi, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40135

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket:  Rp. 20.000

13) Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu

Imej via indonesia.travel

Tangkuban Perahu merupakan salah satu  kawasan gunung berapi aktif yang terkenal di Indonesia. Tidak seperti gunung berapi lain, kawasan ini berbentuk panjang seakan perahu yang terbalik persis namanya.

Kawasan ini juga berada di dataran tinggi serta dikelilingi oleh kebun teh. Gunung berapi aktif ini juga menghasilkan belerang dan air panas mengalir di kaki bukitnya. Seperti di Kawah Putih, jangan lupa untuk membawa topeng muka untuk menghalang daripada terbau belerang yang kuat.

Lokasi: Jl. Tangkuban Parahu No. 282 Cikole Lembang Kab. Bandung Barat

Waktu Operasi:  7.00pagi – 5.00petang

Harga Tiket:  Isnin – Jumaat Rp. 20.000 | Sabtu – Ahad Rp. 30.000

14) Sanghyang Heuleut

Sanghyang Heuleut

Imej via piknikasyik

Sanghyang Heuleut bukanlah tempat bermandi-manda yang biasa. Menurut mitos, kawasan sungai ini juga adalah tempat mandian para bidadari. Kawasan ini dikelilingi pohon yang rendang sebagai tempat berteduh, batuan indah yang terbentuk di sekitar sungai.

Sanghyang Heuleut ini tidak sibuk dengan pelancong, oleh sebab itu, ia cukup bersih. Jadi apa lagi? Inilah waktunya untuk anda menikmati keindahan alam dengan lebih privasi bersama keluarga.

Lokasi: Rajamandala Kulon, Kecamatan Cipatat, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 43283

Waktu Operasi: 8.00pagi– 4.00petang

Harga Tiket: Rp. 10.000

15) Lactasari Mini Farm

Lactasari Mini Farm

Imej via liburananak

Laktasari Mini Farm ini merupakan zoo mini yang terletak di atas bangunan sebuah shopping mall iaitu Paris Van Java.

Dengan bayaran Rp.50.000 untuk seorang kanak-kanak, dan tambahan Rp.10.000 untuk seorang dewasa yang mengiringi, anak-anak anda akan dibekalkan dengan apron, satu botol susu dan sebakul sayur. Sudah lengkap dengan kit ini, anak-anak boleh mendekati dan bermain dengan banyak haiwan yang terdapat di sini seperti kambing, hamster, arnab dan banyak lagi.

Lokasi: Jl. Sukajadi | Paris Van Java Bandung, Bandung 40162

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 7.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi – 10.00malam)

Harga Tiket: Rp. 60.000 Untuk Satu Anak Satu Pendamping (Termasuk Satu Bakul Sayur Dan Satu Botol Susu)

16) Paris Van Java

Paris Van Java

Imej via infopromodiskon

Asyik melawat ke tempat-tempat yang menarik saja, bila pula masanya anda nak shopping kan? Ok! Bagi anda yang mencari tempat shopping, Paris Van Java menyediakan pelbagai pilihan kedai berjenama dari serata dunia serta kafe dan restoran bertaraf antarabangsa. Selain itu, terdapat juga pawagam dan tempat meluncur ais, taman permainan, gym, dan kedai buku.

Dengan reka bentuk bercirikan ala Paris, pusat membeli-belah ini boleh dikatakan antara yang termoden di Bandung.

Lokasi: Paris Van Java Bandung, Bandung 40162

Waktu Operasi: 10.00pagi – 10.00malam

17) Pasar Baru

Pasar Baru

Imej via flickr

Inilah dia syurga membeli-belah di Bandung. Jangan terkejut, Pasar Baru yang terkenal dalam kalangan pelancong malaysia ini telah wujud sejak tahun 1884 lagi. Pasar baru ialah pasar membeli-belah 7 tingkat yang padat dengan kain ela, telekung, pakaian, ole-ole serta batik pelbagai pilihan.

Tambah menarik, barangan di sini dijual dengan harga yang cukup murah mengalahkan harga-harga pakaian yang anda temui ditawarkan di malaysia.

Lokasi: Ps. Baru Trade Center, Jl. Otto Iskandar Dinata, Kb. Jeruk, Andir, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40181

18) Rumah Mode

Rumah Mode

Imej via cavinteo

Tak cukup dengan membeli-belah di Pasar Baru? Mari kita menghabiskan wang di Rumah Mode pula. Rumah mode pula adalah factory outlet untuk mendapatkan barangan berjenama dengan harga yang murah. Keistimewaan Rumah Mode adalah reka bentuknya yang memiliki pengaruh tradisional jawa.

Keunikan seni binanya dan fesyen pakaian yang rata-rata mengikut trend terbaru menarik ramai kaki shopping datang ke sini terutama pada hujung minggu.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 8.30pm) | Sabtu, Ahad (8.30am – 9.30pm)

Lokasi: Jl. Dr. Setiabudhi, Kota Bandung, Jawa Barat

19) Braga Culinary Night

Braga Culinary Night

Imej via anekatempatkuline

Bila bercuti ke tempat orang apatah lagi di luar negara, bukan setakat tempat menarik sahaja yang perlu kita lawati, tetapi juga perlu cuba makanan tempatan yang pastinya seleranya berlainan dengan selera di Malaysia. Kalau di bandung ini, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Braga Culinary Night yang terletak di Jalan Braga.

Pasar ini Tidak dibuka setiap hari ya, tapi hanya 2 minggu sekali, sekiranya anda bernasib baik, dapatlah anda mencuba aneka makanan yang diniagakan di sini seperti kuih-muih, nasi goreng, sosej bakar dan banyak lagi.

Lokasi:  Jalan Braga, Sumur Bandung, Bandung, Jawa Barat

Waktu Operasi: 2 Minggu Sekali, Sabtu (5.00petang – 1.00pagi)

20) Dusun Bambu Family Leisure Park

Dusun Bambu Family Leisure Park

Imej via dirgantaracarrenta

Dusun Bambu Family Leisure Park merupakan tempat ekopelancongan yang berkonsepkan 7E (education, economy, etnology, etika, estetika, dan entertainment). Bila anda sampai sahaja di sini, anda akan dijemput dengan kenderaan berhias untuk dibawa ke puncak Dusun Bambu. Di situlah terletaknya lokasi gazebo terkenal yang berbentuk seperti sarang burung. Terdapat juga beberapa chalet jika anda ingin bermalam di sini.

Kanak-kanak juga boleh meluangkan masa dengan ke taman permainan ‘The Labyrinth’ serta taman arnab. Terdapat pelbagai restoran untuk anda menjamu selera di sini sambil menikmati pemandangan indah.

Lokasi: Kolonel Masturi Km 11, Cisarua, Bandung Barat

Waktu Operasi: Rp. 15.000

Harga Tiket: 9.00pagi – 9.00malam

Itulah dia 20 tempat menarik di Bandung yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Bandung. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Aceh dan Tempat Menarik Di Cambodia.

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.