Bandar Bangi merupakan bandar yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit yang kemudiannya di tukarkan kepada bandar pada 20 tahun yang lalu. Bandar Bangi ini diliputi dengan perkampungan melayu yang kecil seperti Kampung Bahagia, Kampung Rinching, Kampung Batu Lima. Kampung Bangi dan banyak lagi.

tempat menarik di bangi

Imej vaia [bangiavenue]

Walaupun boleh dikatakan Bandar Bangi ini tidaklah sebesar bandar-bandar lain di Selangor, namun ia mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati bersama insan yang tersayang.

Bak kata pepatah ‘Kecil Jangan Disangka Anak, Besar Jangan Disangka Bapa’.  Tempat menarik di Bangi merupakan port bagi pencinta makanan dan penggemar ‘shopper’ kerana lokasinya amat strategik dan mudah untuk dilawati. Jom kita ketahui 25 Tempat Menarik Di Bangi.

 

1.  Tasik Cempaka

tempat menarik di bangi

Imej via [anakimie]

Tasik Cempaka boleh dikatakan salah satu tempat yang menarik di Bangi kerana ia adalah sebuah tempat rekreasi bagi penduduk di sekitar bandar ini. Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah ataupun rekreasi seperti berbasikal, bermain layang-layang, berjoging, bermain bola sepak ataupun mengikuti aktiviti di gimnasium yang pasti membuatkan anda sihat dan cergas.

Sambil-sambil beriadah, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang menenangkan disamping terdapat ikan-ikan yang berenang bebas di tasik ini. Jika anda inginkan makanan selepas beriadah, di sekitar taman ini terdapat beberapa restoran yang menarik untuk kunjungan anda sekeluarga.

 

2.  Bangi Wonderland

tempat menarik di bangi

Imej via [opencity]

Pernahkah anda mendengar tentang Bangi Wonderland yang merupakan salah satu tempat menarik di Bangi yang pasti digemari oleh semua lapisan umur tidak kiralah tua ataupun muda? Bercakap mengenai Bangi Wonderland, pasti anda semua membayangkan sesuatu yang indah, betul tak?

Bangi Wonderland merupakan salah satu taman tema air yang terdapat di Bangi yang amat menarik untuk dilawati.  Terdapat banyak aktiviti serta tarikan yang pasti membuatkan anda semua seronok tidak terhingga.  Tarikan seperti Magic Tunnel, The Fall, Spiralax, Pirates Bay, Kids Adventures, Body Slide dan banyak lagi yang disediakan untuk anda berseronok.

Siapalah yang tidak menyukai keseronokan bermain air kan? Silap-silap kita yang tua ni boleh leka dari pagi sehingga ke petang dengan segala aktiviti disini tambah-tambah ada pula gelongsor dan kolam yang best. Pasti tak ingat dunia.

 

3.  Resort Golf Bangi

tempat menarik di bangi

Imej via [greatnewplaces]

Tahukah anda di Bangi Golf Resort ataupun dikenali juga dengan Resort Golf Bangi merupakan salah satu tempat yang menarik di Bangi? Padang golf ini telah direka oleh Ronald Fream iaitu merupakan pereka padang golf yang terbaik di dunia.

Jadi padang golf ini bukan padang golf yang biasa-biasa kerana ia merupakan hasil tangan seorang pereka padang golf terbaik di dunia dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangga kerana beliau sanggup untuk mereka padang golf yang mengasyikkan ini. Padang golf ini amat indah dan menyegarkan mata kerana mempunyai rumput yang subur menghijau.

Jika anda bukan seseorang yang mengemari sukan golf, anda juga boleh datang disini untuk menikmati permandangan yang indah dan disamping itu menikmati pelbagai makanan yang disediakan di restoran disini.

 

4.  Pusat Kebudayaan UKM

tempat menarik di bangi

Imej via [Youtube]

Terdapat tempat menarik di Bangi yang sesuai untuk pencinta seni kebudayaan iaitu Pusat Kebudayaan UKM yang terletak di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ataupun dikenali juga dengan nama singkatannya DECTAR. 

Di sini sering diadakan persembahan seni ataupun aktiviti kebudayaan yang pastinya memukau siapa sahaja yang hadir.  Terdapat juga persembahan muzik tradisional negara, tarian tradisional dan bermacam lagi persembahan.

Ia dapat memuatkan lebih 600 orang pada satu masa dan mempunyai tempat duduk yang amat selesa untuk para pengunjung yang hadir.

 

5.  Masjid Al Hasanah

tempat menarik di bangi

Imej via [pasystemmasjid]

Sebuah masjid yang merupakan salah satu masjid ataupun tempat menarik di Bangi ini yang pasti membuatkan para pengunjungnya terpesona. Masjid ini telah dibina pada tahun 1977 dan merupakan sebuah masjid terpenting di Bandar Bangi ini.

Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun 2000 dan telah dinobatkan anugerah masjid bertaraf 5 bintang pada tahun 2010.

Jadi, kepada anda yang datang ke Bandar Bangi, jangan lupa untuk singgah ke Masjid Al Hasanah ini yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan ceramah yang pastinya membuatkan kita semua semakin mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

 

6.  Bangi Sentral

tempat menarik di bangi

Imej via [EdgeProp]

Cakap saja tentang Bangi Sentral, pasti para kaki shopping akan keriangan kerana di sini merupakan salah satu tempat menarik bagi anda yang sukakan barangan berjenama.

Selepas anda penat mencuci mata melihat keindahan alam sekitar di sini, jangan lepaskan peluang juga untuk bershopping pula.  Di sekitar Bangi Sentral ini menyediakan pelbagai barangan serta pakaian yang berjenama tempatan yang elegant dengan si pemakainya.

Antara jenama yang terdapat di sini adalah Calaqisha, Al-Ikhsan, De’Xandra, Al-Humaira dan banyak lagi pilihan menarik.

 

7.  Taman Paku Pakis UKM

tempat menarik di bangi

Imej via [UKM]

Antara satu lagi tempat menarik di Bangi adalah Taman Paku Pakis UKM yang terletak di Bangi.  Taman ini diusahakan oleh idea Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin dari tahun 1988 dan pada tahun 1990 ianya telah dirasmikan oleh Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman.

Tujuan pembukaan taman ini adalah untuk menyemaikan rasa cinta dengan alam sekitar dan keindahan flora dan fauna yang unik kepada anak-anak muda. Bak kata pepatah ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’, kan?

 

8.  Taman Saujana Hijau

tempat menarik di bangi

Imej via [byrdbarnhouse]

Jika anda mahukan tempat yang amat luas untuk menikmati keindahan kehijauan alam sekitar, anda pasti takkan rugi jika menjejakkan kaki ke Taman Saujana Hijau yang merupakan salah satu tempat yang menarik di Bangi. 

Taman Saujana Hijau ini merupakan taman tumbuhan yang unik kerana ditanam dengan pokok pine dan mempunyai pelbagai tumbuhan lain yang pasti memukau permandangan kita semua.

Kawasan taman ini berkeluasan 41 hektar dan di bahagikan kepada 3 zon iaitu Taman Inggeris, Taman Oriental dan Taman Eropah.

 

9.  Bangi Gateway

tempat menarik di bangi

Imej via [propertyguru]

Selain di Bangi Sentral, terdapat satu lagi tempat yang menarik di Bangi yang amat digemari oleh kaki shopping iaitu di Bangi Gateway.  Apa yang menarik di Bangi Gateway ini adalah tempat ini menyediakan lebih dari 200 buah kedai yang pasti menyajikan pelbagai pilihan barangan buat anda.

Selain kedai barangan jualan pakaian dan pelbagai lagi barangan lain, ada juga tempat hiburan serta pelbagai kedai makan yang enak-enak di sini. Boleh dikatakan segala jualan berpusat di Bangi Gateway ini.

 

10.  Putrajaya

tempat menarik di bangi

Imej via [isango]

Putrajaya juga merupakan salah satu tempat yang menarik di Bangi yang anda boleh lawati bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Putrajaya terletak kira-kira 30 minit dari Bangi.

Ia menyediakan bermacam tarikan yang bertaraf dunia dan dikenali seluruh dunia. Di Putrajaya juga terdapat tasik yang indah dan ianya sering menjadi lokasi penggambaran filem bagi para kru perfileman tanah air.

 

11.  Taman Botani Putrajaya

tempat menarik di bangi

Imej via [tripadvisor]

Pernahkah anda mendengar tentang Taman Botani Putrajaya yang menjadi salah satu taman botani yang menarik di Bangi?  Di Taman ini terdapat pelbagai ribuan spesies dalam dan luar negara serta mendapat gelaran ‘Bandar Pintar Dalam Taman’ kerana terdapat banyak tarikan yang pasti memukau mata para pengunjung.

Bagi anda yang suka menjelajah, anda bolehlah menyewa basikal yang disediakan oleh pihak disini. Jika anda tak nak naik basikal, anda juga boleh menaiki tram yang ditawarkan dengan caj yang berpatutan kepada para pengunjung.

 

12.  Putrajaya Wetland Park

tempt menarik di bangi

Imej via [TripAdvisor]

Tempat menarik di Bangi yang menyediakan panorama yang mengasyikkan adalah Putrajaya Wetland Park. Ia dibuka pada pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang kepada para pengunjung yang hadir.  Terdapat lebih 100 jenis spesies burung yang berterbangan bebas di sekitar taman ini.

Putrajaya Wetland Park turut mempunyai satu kawasan tasik air tawar buatan manusia yang terbesar di negara kita.  Turut disediakan menara pemerhatian setinggi 18 meter untuk memudahkan para penggemar haiwan untuk melihat unggas berterbangan dengan lebih dekat.

 

13.  Masjid Putra

tempat menarik di bangi

Imej via [flickr]

Terletak dihadapan Tasik Putrajay,a terdapat satu masjid yang indah iaitu tempat menarik di Bangi yang tersergam megah menjadi mercu tanda utama bandar ini. Jika anda melihat permandangan masjid ini dengan tasiknya, satu panorama yang pasti mempersonakan.

Masjid ini dibina pada tahun 1997 dan dinamakan sebagai Masjid Putra bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Reka bentuk masjid ini berdasarkan senibina masjid dari masjid Islam Parsi di zaman Safavid.

 

14.  Taman Warisan Pertanian

tempat menarik di bangi

Imej via [imagegallery]

Selain taman botani dan tanaman landskap yang menarik di Bangi, terdapat juga tempat menarik di Bangi yang menyediakan tumbuhan tropika yang terkenal di Taman Warisan Pertanian ini. Terdapat pelbagai pokok buah-buahan yang segar, pokok getah, tanaman daun teh, tanaman herba, sawah padi berskala mini yang mempersonakan dan banyak lagi tanaman.

Bagi anda yang meminati bunga, anda boleh ke kedai bunga yang disediakan.  Selain itu, terdapat kedai cenderamata, kedai pakaian dan banyak lagi kedai-kedai yang menarik di sini.

 

15.  IOI Mall

tempat menarik di bangi

Imej via [flashgadgets]

Tempat menarik di Bangi bagi para pengunjung dalam aktiviti membeli-belah adalah IOI Mall.  Sebenarnya, terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini selain bershopping. 

Antaranya adalah ice skating, panggung wayang dan jika inginkan aktiviti lasak, anda bolehlah ke District 21 serta banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

 

16.  Farm In the City

tempat menarik di bangi

Imej via [TripAdvisor]

Inginkan suasana ladang dan tempat yang menarik di Bangi? Datanglah ke Farm In the City.  Anda boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan dan tiada halangan.

Ladang ini dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hujung minggu ianya dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Selasa, ianya ditutup kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum.

 

17.  Restoran Ana Ikan Bakar Petai

tempat menarik di bangi

Imej via [KYspeaks]

Seronoknya! Para peminat makanan ikan bakar boleh ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai.  Apa yang uniknya mengenai restoran ini adalah ikan bakarnya dimasak di dalam daun pisang yang diletakkan bersama sambal petai dan apabila masak, aromanya pasti membuatkan para pelanggan lapar.

Selain ikan bakar, menu di sini berasaskan makanan laut.  Antaranya adalah sotong dan udang.  Restoran ini beroperasi pada pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam.

 

18.  Restoran Selasih Garden Seafood

tempat menarik di bangi

Imej via [afzalsukasuki]

Restoran Selasih Garden Seafood ini merupakan tempat menarik di Bangi bagi para pencinta makanan laut serta masakan berasaskan Melayu dan Cina.

Terdapat dua jenis makanan ataupun masakan yang pasti menjadi ‘hidangan killer’ iaitu menu ikan utopia masak baba dan udang masak telur asin. Rasanya pasti membuatkan anda takkan lupakan sampai bila-bila. Apa tunggu lagi, jom la mencubanya.

 

19.  Mohd Chan Bandar Baru Bangi

tempat menarik di bangi

Imej via [openrice]

Antara tarikan utama bagi para penggemar masakan cina di Bangi adalah Restoran Mohd Chan, Bandar Baru Bangi.  Ia merupakan salah satu restoran masakan cina muslim yang terbesar di Bangi.

Restoran ini tidak asing lagi dalam kalangan penduduk sekitar kerana ia merupakan tempat makan masakan cina yang sedap serta halal. Ia dibuka setiap hari pada pukul 11.30 pagi sehingga pukul 10.30 malam.

 

20.  Restoran Belauk

tempat menarik di bangi

Imej via [Foursquare]

Bagi anda yang gemarkan masakan kelantan, apa kata anda cuba datang ke Restoran Belauk yang terletak di Bangi ini.  Terdapat 80 jenis lauk-pauk yang pasti memberikan pelbagai pilihan kepada anda. Jadi semuanya ditangan anda, cakap je nak lauk apa, pasti ada. 

 

21.  Austin Steak House

tempat menarik di bangi

Imej via [tripadvisor]

Bagi anda yang mahukan suasana makan yang bertemakan western, anda bolehlah datang ke Austin Steak House. Ia beroperasi pada jam 4 petang sehingga jam 2 pagi. Makanan yang dihidangkan disini amat sedap dan tidak mengecewakan. Harganya pula amat berpatutan.

 

22.  Restoran D’bukit, Bangi

tempat menarik di bangi

Imej via [sonydigital1]

Anda boleh datang bersarapan bersama keluarga di sini. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan layanan pun amat mesra pelanggan. Servis makanan pula amatlah cepat dan tidak perlu untuk menunggu dengan lama.

 

23.  Ayam Bakar Wong Solo

tempat menarik di bangi

Imej via [hendrawardhana]

Jika anda sukakan masakan Indonesia, ini adalah tempat yang perlu anda lawati.  Ayam Bakar Wong Solo amat sedap dan harganya pula berpatutan. Ia dibuka 24 jam setiap hari dan anda boleh makan bila-bila masa sahaja. 

 

24.  Restoran Jepun Miyagi Bangi

tempat menarik di bangi

Imej via [picswe]

Masakan yang dihidangkan di Restoran Jepun ini sememangnya halal dan anda tak perlu ragu-ragu.  Restoran ini pernah dikunjungi oleh skuad rancangan JJCM TV3.  Menu yang disediakan antaranya nasi kari jepun, sushi dan sebagainya.

 

25.  Mee Tarik Warisan Asli Bangi

tempat menarik di bangi

Imej via [thehalalfoodblog]

Keunikan tempat menarik di Bangi ini adalah, mee tarik di sini dibuat depan mata anda secara fresh-fresh. Mee ini sangat sedap berbanding mee biasa. Hidangan mee tarik ini adalah halal dan diusahakan oleh seorang cina muslim yang berasal dari negara China.

temat menarik di bangi

Imej via [maisinggah]

Tak usah bersusah payah untuk ke luar negara kerana di Bangi juga boleh dikatakan setaraf dengan bandar-bandar besar yang lain. Jom ke Bangi! Jemput baca juga tempat menarik di Padang, Indonesia dan tempat makan menarik di Kuala Terengganu.

 

Rujukan

1.  wikipedia

2.  tripadvisor

3.  thevocket


Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.