Batam merupakan sebuah pulau kecil di Indonesia yang semakin popular di kalangan pelancong Malaysia kerana kos percutian di sana yang murah dari segi hotel dan makanan. Kedudukannya tidak begitu jauh dari Malaysia iaitu cuma 25 kilometer dari Johor. Hanya dengan menaiki bot, tak sampai 2 jam, anda dah sampai ke sana.

Pulau seluas 45 kilometer persegi dengen kepadatan penduduk berjumlah satu juta orang ini merupakan laluan masuk ke kepulauan Riau. Di Pulau Batam, anda boleh menghabiskan masa di tepi pantainya yang indah, jalan-jalan melihat keindahan alam, sambil makan makanan laut yang segar dengan harga yang murah.

Terdapat banyak tempat menarik di Batam yang boleh anda lawati. Istimewa buat anda, jom kami kongsikan 20 tempat menarik di Batam yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia.

tempat menarik di batam

Sumber: Weekendgowhere

1. Jambatan Barelang

Jambatan Barelang ialah di antara jambatan yang paling penting di Batam kerana ia berfungsi untuk menghubungkan Pulau Batam dengan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di atas jambatan ini. Pemandangannya sangat indah.

Di sini anda boleh bersantai melihat keindahan laut sambil ditiup bayu laut yang mengasyikkan. Di atas jambatan ini terdapat gerai menjual makanan ringan. Jadi, sambil melepak, anda boleh makan-makan. Tak sedar, sekejap je masa berlalu.

2. Nagoya Hill

Nagoya Hill merupakan salah satu daripada pusat membeli-belah yang popular di Batam. Ia dikatakan sebagai pusat membeli-belah yang paling sesak di Batam kerana lokasinya yang terletak betu-betul di tengah Nagoya. Nak tahu kenapa ramai yang suka ke sini?

Pusat membeli-belah Nagoya Hill sangat besar dengan 21 buah panggung wayang, dan hypermart seperti Ace Hardware dan Matahari. Bab makan? Anda boleh pilih nak makan apa. Ayam penyet, makanan laut yang murah dan sedap, atau pun makanan segera seperti KFC, Mcdonald, A&W, atau kalau anda nak makan mewah sikit boleh melepak di Godiva Coffee.

Kalau anda jenis kaki shopping, di sini anda boleh membeli barang dengan harga yang murah, terutamanya pakaian dan aksesori wanita seperti handbag, tudung, shawl, kerongsang, gelang, anting-anting, rantai tangan, dan sebagainya.

Di sini ada dijual pakaian yang trendy dan up to date dengan harga yang sangat murah. Jauh lebih murah daripada harga di Malaysia. Pakaian muslimah pun banyak dijual di sini memandangkan Batam mempunyai ramai penduduk yang beragama islam.

3. Pasar Jodoh

Pasar Jodoh boleh digambarkan seperti Chow Kit Road di Malaysia. Di sini ada dijual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Terdapat pasar basah yang menjual barang mentah untuk dimasak. Terdapat juga pasar menjual barang kering, barang keperluan rumah, dan di sini anda juga boleh membeli cenderamata dengan harga yang murah.

Selain membeli-belah, anda juga boleh makan di sini. Terdapat banyak gerai makanan yang sedap dan murah di Pasar Jodoh. Di antara makanan yang popular di Batam ialah Ayam penyet, bakso, se esteller. Bab makanan, anda tak perlu risau. Kebanyakan restoran dan gerai makan di Batam adalah halalan thoyyiban.

tempat menarik di batam

Sumber: Philatraveler

4. Golden Layer Cakes

Kalau anda nak membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia, tapi takde idea apa benda yang nak dibeli, kami cadangkan anda pergi ke Golden Layer Cakes untuk membeli kek lapis yang dijual di sana. Kek lapis di kedai ini sememangnya terkenal di Batam dan biasa dijadikan sebagai cenderamata.

5. Masjid Agung

Masjid Agung merupakan masjid yang wajib anda kunjungi semasa di Batam. Ia merupakan masjid yang utama di Batam. Jangan lupa untuk bergambar di sini sebagai kenang-kenangan.

tempat menarik di batam

Sumber: Mybatamsite

6. Masjid Raya

Masjid Raya merupakan masjid moden yang tercantik di Batam. Apabila sampai di Batam, bolehlah anda singgah untuk meninaikan solat sunat di sini sambil melihat meindahan alam dan pemandangan yang cantik di sekitar masjid ini.

7. Kuil Budha Maha Vihara Duta Maitreya

Selain masyarakat beragama islam, Pulau Batam juga mempunyai ramai penduduk cina yang bergama Budha. Oleh itu terdapat juga banyak kuil budha di sini. Anda boleh singgah di Kuil Budha Maha Vihara Dura Maitreya yang merupakan kuil budha terbesar di Asia Tenggara untuk melihat keindahan seni binanya yang unik. Di sini juga terdapat gerai menjual cenderamata jika anda nak beli untuk kenang-kenangan.

8. Kampung Pelarian Vietnam

Kampung Pelarian Vietnam yang terdapat di Pulau Galang ini merupakan perkampungan yang menempatkan pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan di Batam sejak tahun 1972 sehingga tahun  2001.

Apa yang menarik, kerajaan Indonesia membenarkan mereka menjalankan cara hidup seperti di Vietnam di sini. Mereka dibenarkan membina bandar yang lengkap dengan sekolah, kuil, hospital yang tak ubah seperti di Vietnam. Terdapat juga muzium dan kesan tinggalan kapal besar yang digunakan oleh pelarian ini semasa melarikan diri dari Vietnam ke Batam pada masa dahulu.

Kampung Pelarian Vietnam ini sangat menarik dan wajib anda kunjungi. Kami cadangkan anda luangkan masa separuh hari di sini. Kalau anda masuk ke sini, anda seolah-oleh sedang bercuti di Vietnam.

tempat menarik di batam

Sumber: Destinasian

9. Waterfont City

Waterfront City merupakan pusat pelancongan yang terletak di Pantai Barat Batam yang menjadi tarikan utama kepada pelancong dari Malaysia dan Singapura. Di sini terdapat banyak resort dengan harga berpatutan. Terdapat juga banyak aktiviti padang dan aktiviti laut yang boleh anda lakukan di sini. Di antara aktiviti popular di Waterfront City ialah:

  • Parasiling
  • Ski kabel
  • Go-kart
  • Jetski
  • Berbasikal
  • Menunggang kuda
  • Ultra light air craft
  • Berkenu
  • Berkayak
  • Bungee jumping
  • Snorkeling
  • Berenang
  • Memancing
  • Bermain golf

10. Pulau Nongsa

Pulau Nongsa merupakan satu lagi pintu masuk ke Batam. Dengan keindahan yang memukau, pasir putih yang halus dikaki, air laut yang membiru dan tiupan bayu yang mengasyikkan, anda boleh bersantai mencari ketenangann di sini.

Terdapat banyak resort mewah lengkap dengan padang golf di Pulau Nongsa. Terdapat juga hotel dengan harga yang berpatutan. Waktu petang anda boleh berjalan-jalan di Marina melihat kapal mewah, bot dan kapal layar mewah yang singgah di sini.

tempat menarik di batam

Sumber: Dolandolen

11. Batam City Square Mall

Selain Nagoya Hill, anda juga boleh membeli-belah di Batam City Square Mall. Di sini, anda boleh membeli-belah dengan selesa kerana bangunan pusat membeli-belah ini agak baru dan  moden.

12. Mega Mall

Mega Mall juga merupakan pusat membeli-belah yang terkenal di Batam. Biasanya rakyat Malaysia banyak membeli-belah semasa melancong ke Indonesia kerana harga barang di sana yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Mega Mall terletak dekat dengan kawasan perlabuhan menjadikan ia sebagai pusat membeli-belah kegemaran warga Singapura juga.

Apa yang menarik, pusat mebeli belah Mega Mall juga menyediakan bas percuma untuk ke hotel yang tertentu. Oleh itu, kalau anda nak menempah hotel di Batam, periksa dulu sama ada terdapat bas percuma untuk ke Mega Mall atau tidak. Kalau dapat bas percuma, itu adalah bonus untuk anda. Dah boleh jimat duit pengangkutan semasa bercuti di Batam.

Di sini terdapat pasaraya besar seperti Hypermart iaitu pasaraya terkenal di Indonesia, Studio XXI, Matahari Department Store, dan sebagainya. Bab makan, anda tak perlu risau. Di Mega Mall terdapat Pizza Hut, Breadtalk, A&W, Donut & Co, dan sebagainya.

tempat menarik di batam

Sumber: Sekilaspengalamanku

13. BCS Penuin

BCS Penuin juga merupakan satu lagi pusat membeli-belah yang terkenal di Batam. Apa yang menarik, pusat membeli-belah ini menyasarkan kepada golong pertengahan di Batam, jadi harga barang yang dijual di sini boleh dikatakan di antara yang paling murah di Batam. DI BCS Penuin terdapat hyper mart dan panggung wayang. Manalah tahu, kot tiba-tiba anda teringin nak rasa pengalana menonton wayang di lar negara, bolehlah anda beli tiket di sini.

Kalau anda tak sempat nak pergi ke semua pusat membeli-belah yang kami senaraikan, anda bolehlah pergi ke salah satu daripadanya. Apa yang paling penting, anda catat semua pusat membeli-belah yang kami senaraikan di sini dan nanti pilih mana satu yang paling mudah untuk anda pergi.

14.Citra Mall

Citra Mall merupakan pusat membeli-belah yang trletak di Harbour Bay iaitu perlabuhan antarabangsa yang pastinya akan menjadi salah satu daripada perlabuhan utama yang paling penting di Batam.

15. Lucky Plaza

Kalau anda nak beli handphone atau aksesori handphone dengan harga yang murah, di sinilah tempatnya. Lucky Plaza boleh dikatakan lebih kurang sama macam Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Namun harganya jauh lebih murah. Ramai pelancong Malaysia yang ambil peluang untuk membeli Iphone di sini.

16. Mymart

Kalau Lucky Plaza terkenal sebagai tempat membeli handphone dan gadget yang murah, Mymart pula popular sebagai pusat membeli barangan komputer. Cakap sahaja apa yang anda nak. Laptop? Komputer? Keypad? Keypad untuk gamers? Mouse biasa? Mouse ultra moden? Semuanya ada dijual di sini dengan harga yang murah berbanding di Malaysia.

17. Mega Wisata Ocarina Batam

Mega Wisata Ocarina Batam merupakan taman hiburan yang terletak di tepi pantai yang menawarkan pelbagai hiburan menarik buat anda seisi keluarga. Terdapat benyak permainan yang menarik di sini termasuk sebuah ferris wheel yang besar di tepi air. Ada juga taman tema air untuk anda bermain air sepuas-puasnya. Kalau dah puas bermain permainan dan taman airnya, anda boleh bersantai di tepi yang cantik sambil bermain pasir dan melihat air laut yang membiru.

Bila hari dah tak berapa panas, bolehlah anda berendam dalam laut atau berenang. Kalau anda bercuti dengan keluarga, luangkan masa seharian di sini untuk percutian yang takkan dapat anda lupakan.

tempat menarik di batam

Sumber: KMS Tour

18. Pulau Pelangi

Pulau Pelangi terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan halus serta hidupan marin yang memukau. Pulau Pelangi menjadi destinasi pilihan bagi kaki snorkeling.  Anda pasti tak puas melihat meindahan hidupan marin di Pulau Pelangi. Jangan lupa bawa roti untuk bagi makan ikan. Di Pulau Pelangi, pasti anda tak sedar rupanya dah lama bersnorkeling dalam air. Rasa macam baru je turun ke dalam air, tapi rupanya hari dah petang.

19. Pulau Petong

Selain Pulau Pelangi, Pulau Petong juga merupakan sebuah pulau cantik di Batam yang sangat cantik dan pasti memukau anda. Seperti Pulau Pelangi, pemandangan bawah laut Pulau Petong juga sangat cantik. Kaya dengan pelbagai hidupan marin yang berwarna-warni. Kalau anda rasa tak puas bersnorkeling di Pulau Pelangi, anda boleh sambung bersnorkeling di Pulau Betong pula. Dah penat bersnorkeling, anda boleh bersantai di atas pasir putih yang halus macam garam.

20. Pantai Marina

Pantai Marina juga merupakan pantai yang popular di Batam. Di sini terdapat taman permainan untuk anak-anak anda bermain sambil berkelah, naik bot, dan berenang.

Tempat menarik di batam

Sumber: Tempat

Itulah dia 20 tempat menarik di Batam yang ingin kami kongsikan kelada anda. Semoga bermanfaat. Selamat bercuti ke Batam.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.