Biasanya bila sebut Bentong, orang akan terus teringatkan Lemang To’ki yang terkenal di seluruh negara dan halia Bentong. Bentong merupakan sebuah daerah di negeri Pahang yang kaya dengan pelbagai tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong.

Di Bentong bukan sahaja ada tarikan alam semulajadi yang hijau dan bebas dari pencemaran, malah ada juga taman tema yang menjadi destinasi pilihan pelancong bukan sahaja dari Malaysia, malah pelancong dari luar negara.

tempat menarik di bentong

Sumber: Rest-pause

1. Genting Highlands

Genting Highlands merupakan tempat menarik di Bentong yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Kedudukannya yang tinggi dengan suhu sejuk yang berkabus membuatkan Genting Highlands menjadi kegilaan ramai untuk melupakan kepenatan bekerja seharian. Kalau Cameron Highlands sudah mula panas akibat penerokaan hutan yang tidak dibendung, Genting Highlands masih kekal sejuk terutamanya apabila hujan. Anda pasti takkan kecewa.

Bagi mereka yang bukan bergama islam, Genting Highlands merupakan lokasi perjudian bertaraf dunia. Ada banyak kasino di sini. Bagi yang bergama islam pula, anda boleh luangkan masa untuk bergembira di taman tema Genting. Buat masa ini taman tema luar Genting masih berada dalam proses pembinaan untuk menaiktaraf. Selepas siap, anda pasti akan berseronok dengan permainan yang ada.

Walau pun taman tema luar ditutup, taman tema dalamnya masih beroperasi seperti biasa. Bolehlah anda sekeluarga bermain sepuas-puasnya. Tak puas bermain di taman tema dalam Genting, anda boleh sambung bermain di taman tema di First World Hotel pula. Kalau anda teringin nak rasa bermain salji, di sini juga ada Snow World. Anda boleh menyewa pakaian seperti baju sejuk, sarung tangan, dan kasut di sini.

Dah puas menghabiskan masa di taman tema dan bermain salji, anda boleh berehat-rehat sambil ambil angin di dataran Genting. Sesekali kepulan awan dan kabus akan datang dan menyelubungi anda sekeluarga. Pada waktu malam atau selepas hujan, suhu di sini akan menjadi semakin sejuk dan pastinya anda akan menjadi semakin teruja. Kalau anda teringin nak bermalam di sini, ada banyak hotel untuk anda pilih.

Oh ya! Di Genting Highland juga terdapat kereta kabel. Kalau anda teringin nak naik kereta kabel sambil melihat pemandangan hutan hijau sambil layan sejuk dan kabus, bolehlah cuba naik kereta kabel di sini. Terdapat ruang parking kereta yang luas dengan sistem keselamatan yang baik, jadi anda tak perlu risau untuk meninggalkan kereta di sini.

2. Genting Premium Outlet

Selain taman tema, Genting juga terkenal dengan pusat membeli-belah dengan harga murah iaitu Genting Premium Outlet. Kini anda tak perlu lagi pergi ke Johor untuk shopping di Johor Premium Outlet atau ke Melaka semata-mata untuk membeli-belah di Melaka Premium Outlet. Di Genting pun dah ada. Menariknya, suasana di sini sejuk dan nyaman. Kat mana lagi anda boleh dapat peluang untuk shopping sambil pakai baju sejuk?

Di Genting Premium Outlet terdapat pelbagai butik  kegemaran rakyat Malaysia  dari handbag, pakaian, peralatan sukan, bagasi, kelengkapan dapur, permainan kanak-kanak, barang kemas, pakaian dalam, minyak wangi, dan coklat. Di antara yang ada di sini ialah:

  • Michael Korrs
  • Coach
  • Bonia
  • Guess
  • Padini
  • Victoria Secret
  • Adidas
  • Nike
  • Tefal
  • Sasa

Kalau anda lapar, di sini juga ada banyak restoran yang boleh anda pilih. Di antara restoran yang ada di Genting Premium Outlet ialah:

  • Coffee Bean & Tea Leaf
  • Kenny Rogers
  • Family Mart
  • Krispy Donut
  • Chicken Rice Shop

Menariknya di sini, semua butik menjual barang dengan harga yang murah dan setiap hari akan ada jualan murah yang ditawarkan. Sedikit tips dari kami, kalau anda datang pada hujung minggu, offer di sini adalah lebih murah sehingga 50%. Oleh itu, kalau nak lebih untung datanglah pada hujung minggu.

tempat menarik di bentong

Sumber: Worldofbuzz

3. Little Cameron, Genting Highlands

Dah puas bermain di taman tema dan membeli-belah di Genting Premium Outlet, dalam perjalanan pulang bolehlah anda singgah di Little Cameron.

Seperti namanya, di sini terdapat tanaman seperti di Cameron highlands. Anda berpeluang untuk memetik strawberi yang segar, dan boleh membeli sayur-sayuran segar yang ditanam di sini dengan harga murah. Selain itu terdapat juga pokok bunga pelbagai warna, kaktus dan madu lebah untuk anda bawa pulang. Kalau anda bercuti ke Genting Highlands jangan lupa untuk singgah di Little Cameron.

4. Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Tempat menarik di Bentong yang seterusnya ialah Colmar Tropicale Berjaya Hills yang terletak di Bukit Tinggi. Lokasinya tak jauh dari Genting Highlands. Kalau anda teringin sangat nak bercuti ke Perancis tapi belum ada bajet untuk ke sana, kami cadangkan anda luangkan masa untuk bercuti di sini kerana reka bentuk dan seni binanya tak ubah seperti bangunan di perkampungan Perancis. Malah cuacanya juga seperti di Perancis, sejuk sejuk panas. Kalau anda nak bermalam di sini, ada banyak pilihan bilik untuk anda sewa. Seronok juga dapat rasa suasana bermalam ala-ala di Perancis.

5. Japanese Village, Bukit Tinggi

Kalau tadi anda ke Perancis, sekarang kami nak bawa anda ke Jepun. Tak jauh pun, kalau anda pergi ke Bentong dah boleh merasa macam pergi ke Jepun. Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi merupakan sebuah taman ala-ala perkampungan Jepun yang menjadi tumpuan ramai pelancong. Menariknya, ia merupakan taman perkampungan Jepun yang pertama dan satu-satunya yang di bina di luar Jepun. Wah! Menarik sungguh!

Di sini anda boleh melihat pokok teh, dan merasa pengalaman sesi minum teh Jepun yang formal. Kalau nak lagi feel, anda boleh sewa kimono dan bergambar. Memang betul-betul macam bercuti di Jepun. Susun atur di taman ini dibina seperti di Jepun dengan rumah yang biasa ada di perkampung di Jepun, pokok teh, pokok bonzai, dan kolam ikan koi di mana ikan-ikannya bebas berenang dan jinak. Anda sekeluarga pastinya berasa seronok dan mendapat ketenangan semasa berada di sini.

tempat menarik di bentong

Sumber: Berjayahills

6. Taman Arnab, Bukit Tinggi

Alang-alang anda dah sampai di Bukit Tinggi, kami cadangkan anda singgah di Taman Arnab yang ada di sini. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa seperti anda juga pasti akan terpukau dengan keletah dan kecomelan arnab yang bebas berlari ke sana-ke sini di taman ini. Di sini anda berpeluang untuk mendekati, membelai, dan memberi makan kepada arnab yang ada.

Selain arnab, di sini juga terdapat rusa dan lapangan memanah. Bolehlah anda asah bakat memanah yang ada dalam diri. Terdapat juga keldai di sini, kalau anak anda teringin nak menunggang keldai, inilah peluangnya.

7. Horse Trail, Bukit Tinggi

Seleoas puas bermain dengan arnab di Taman Arnab, apa kata anda singgah di Horse Trail di mana anda boleh melihat dan menunggang kuda. Kalau anda tak berminat dengan aktiviti menunggang kuda, boleh saja bersantai di sini sambil melihat kuda dan aktiviti menunggang kuda yang berjalan. Anda pastinya terhibur melihat kecantikan, kegagahan, kelincahan, dan ketangkasan kuda di sini. Jika anda belum pernah menunggang kuda, tak perlu risau. Ada jurulatih yang akan membimbing anda. Terdapat beberapa pakej yang boleh anda pilih. Tengoklah mana satu yang paling sesuai untuk anda.

8. Janda Baik

Janda Baik merupakan satu lagi tempat menarik di Bentong yang wajib anda jadikan masukkan dalam senarai destinasi percutian idaman. Di Janda Baik, anda akan mengalami sebuah percutian yang lain dari yang lain, ala-ala homestay. Di sini anda boleh melihat perkampungan melayu tradisional, malah anda boleh menyewa basikal untuk meronda di sekeliling kampung. Selain berbasikal melihat kawasan kampung, di antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  • Memandu ATV
  • Mandi sungai
  • Berkelah & berbabeku di tepi sungai
  • Berkhemah
  • Paintball
  • Menunggang kuda
  • Memancing
  • Memanah

Di Janda Baik juga terdapat banyak resort dan chalet yang boleh anda sewa. Terdapat banyak pilihan resort di sini, dari resort mahal dengan bilik yang merupakan sebuah bot yang diikat di tepi tasik, sehingga suasa berkhemah di atas pokok yang pasti membuatkan anda berasa teruja. Oleh itu, kalau anda belum tahu nak ke mana sempena cuti sekolah ini, bolehlah anda bercuti di Janda Baik, Bentong.

tempat menarik di bentongtempat menarik di bentong

Sumber: Hikersbay

9. Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang merupakan pusat rekreasi yang terkenal di Bentong. Lokasinya cuma 15 minit perjalanan dari Bandar Bentong. Pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja datang dari daerah Bentong sahaja, malah ada ramai yang datang dari Raub dan Kuala Lumpur. Apa yang menariknya di Air Terjun Chamang?

Air terjunnya sangat sejuk dan nyaman. Sebaik sahaja masuk ke dalam air, anda akan berasa sangat segar. Terdapat sebuah kolam besar di bawah air terjun, anda boleh bermandi-manda di sini. Atau pun anda boleh mandi di sepanjang sungainya yang jernih. Di sini juga terdapat sebuah jambatan gantung yang boleh anda naiki untuk pergi ke seberang sungai.

Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  • Bermandi-manda
  • Berenang
  • Berkelah
  • Berbabeku
  • Berkhemah
  • Jungle trekking
  • Berbasikal
  • Sesi fotografi untuk pengantin baru

10. Hutan Lipur Lintang

Kalau anda biasa menggunakan lebuh raya Karak, anda pasti perasan papan tanda Hutan Lipur Lintang di pertengahan jalan sebelum exit ke Bandar Bentong. Hutan Lipur Lintang merupakan satu lagi pusat rekreasi di Bentong yang ingin kami kongsikan kepada anda. Terkenal sebagai tapak perkhemahan untuk aktiviti sekolah dan institusi pengajian tinggi, Hutan Lipur Lintang adalah tempat menarik di Bentong yang wajib anda singgah.

Air sungainya sangat sejuk memandangkan ia merupakan air yang turun dari bukit. Malah tebing sungainya sangat landai dan air sungai tidak begitu dalam, sesuai untuk anda yang beranak kecil. Bolehlah anda berkelah atau berbabeku sambil main air di sini. Pastinya menyeronokkan.

11. Suria Hot Spring

Suria Hot Spring merupakan kolam air panas semulajadi yang terletak di jalan lama Bentong – Gombak. Kolam air panas ini menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bentong dan Kuala Lumpur kerana keindahan alam semulajadi dan kehijaunnya selain keadaan kolam air panas yang bersih dan sentiasa ditapis bagi menjada tahap kebersihan air yang ada di sini.

Air panas di Suria Hot Spring bukan sahaja menyegarkan malah mampu mencantikkan kulit anda. Kalau ada masalah kulit seperti kegatalan, kudis, kurap, ekzema, psoriosis, dan kudis buta, bolehlah anda cuba berendam di sini. Ramai yang kata masalah kulit mereka berkurangan dan menjadi semakin baik selepas berendam di kolam air panas Suria Hot Spring.

Di sini ada di sediakan kemudahan seperti tandas, bilik bersalin baju dan surau. Jadi anda tak perlu risau. Istimewanya, kalau anda nakkan privasi atau segan untuk berendam di khalayak ramai, terutamanya bagi wanita muslimah, anda boleh menyewa kolam private di mana kolam tersebut berada di dalam sebuah rumah. Bolehlah anda berendam tanpa risau tentang aurat.

tempat menarik di bentongtempat menarik di bentong

Sumber: Miaqaisarah

Itulah dia 11 tempat menarik di Bentong yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kulai dan tempat menarik di Rompin .Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.