tempat menarik di bintulu

Imej via [melancong]

Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan, SriAman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak yang menghadap Laut China Selatan di baratnya.

Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah di iktiraf sebagai Bandaraya. Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke destinasi yang lain. Jom lihat tempat menarik di Bintulu, Sarawak terbaik untuk perjalanan anda.

 

1.  Pantai Temasya Tanjung Batu

tempat menarik di bintulu

Imej via [airbnb]

Pantai Temasya Tanjung Batu terletak kira-kira 5 km dari pusat Bandar Bintulu. Pantai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Kemudahan yang disediakan termasuklah taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tandas awam dan tempat riadah dan sukan.

Pemandangan yang indah menjadi tarikan utama kepada pengunjung tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. 

Laluan di sepanjang pantai Temasya Tanjung Kidurong ke Pantai Tanjung Kidurong memberikan suatu kepuasan kepada anda terutamanya ketika matahari terbenam.

Disini juga pengunjung dapat melihat kehidupan masyarakat setempat melakukan aktiviti harian mereka dan mempelajari adat resam masyarakat tersebut.

 

2.  Pantai Tanjung Kidurong (Pantai ABF)

tempat menarik di bintulu

Imej via [my.geoview]

Pantai Tanjung Kidurong atau dikenali sebagai Pantai ABF terletak di Tanjung Kidurong Bintulu iaitu penghujung laluan daripada Pantai Temasya Tanjung Batu. Keindahan pada waktu senja pasti memberi secebis kenangan bergambar kepada penghujung yang datang ke tempat ini.

Pelbagai kemudahan seperti gerai makan, pondok rehat disediakan di sini bagi pengunjung yang datang.  Terdapat banyak bot nelayan yang terletak di pinggir pantai sesuai sebagai tempat persinggahan mahupun lokasi bergambar untuk anda.

 

3.  Taman Tumbina Bintulu

tempat menarik di bintulu

Imej via [malaysia.panduanwisata]

Salah satu tempat menarik diBintulu Sarawak yang harus dikunjungi adalah Taman Tumbina Bintulu, Sarawak. Taman ini merupakan kebun binatang yang berintegrasi dengan koleksi flora yang cukup beragam dan kebanyakannya sudah berusia.

Taman ini berkeluasan 12 hektar dan jarak 4 km dari pusat kota Bintulu. Taman ini dijadikan pusat rekreasi dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Pemandangannya sangat cantik kerana diliputi tumbuhan flora dan fauna di sekelilingnya.

Gunung dan bukit hijau menjadikan taman menarik di Bintulu ini begitu menarik sekali. Terdapat juga haiwan dipelihara di sini untuk tarikan para pelancong.

 

4.  Bintulu Promenade

tempat menarik di bintulu

Imej via [bintuluonline]

Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pelancongan selari dengan pesatnya pembangunan industri, Lembaga Kerajaan Bintulu telah menubuhkan kemudahan rekreasi yang dikenali sebagai Bintulu Promenade. Bintulu Promenade ini menyediakan panorama yang indah dan tenang, ia juga merupakan tempat paling strategik di bandar Bintulu bagi menyaksikan matahari terbenam.

Tempat menarik di Bintulu Sarawak ini merupakan tempat yang paling unik untuk anda berfotografi.  Pemandangan biasa seperti kapal nelayan yang datang dan pergi ke laut juga dapat dilihat dari sini. Konsep moden rekabentuk direalisasikan di sini.

Jambatan dan pemandangan direka dengan gabungan kreatif. Dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat keselamatan, tandas awam dan tumbuhan pelbagai spesis menjadikan tempat ini menarik untuk pengunjung datang berehat dan menikmati masa santai.

 

5.  Taman Negara Similajau

tempat menarik di bintulu

Imej via [afar]

Taman Negara Similijau hanya 45 minit dari Bintulu, dimana ia menyediakan percutian hujung minggu yang menarik untuk pengunjung yang tinggal di kawasan tengah Sarawak. Ia mempunyai salah satu kawasan pantai yang paling cantik di Malaysia dengan persisir pantai putih bersih yang tidak tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan.

Sepanjang 30 km perjalanan, ia penuh dikelilingi flora dan fauna serta menjanjikan pengalaman menarik untuk menjelajah berbatu-batu pantai kosong. Tempat menarik di Bintulu ini mempunyai 24 spesis mamalia yang direkodkan seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang.

Terdapat juga reptilia di sini iaitu Buaya Air Tawar. Burung yang ada di Taman ini mempunyai 200 lebih spesis burung termasuk burung Kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork. Tidak rugi untuk mencuba tempat yang jarang di temui di Sarawak ini.

 

6.  Niah National Park

tempat menarik di bintulu

Imej via [niah]

Tempat menarik di Bintulu ini dikenali kerana penemuan rangka manusia yang berusia 40,000 tahun oleh pakar arkeologi terdahulu.  Taman negara Niah ini menawarkan  suatu pengalaman dimana pengunjung boleh melawat rumah panjang dan gua iban yang pernah dihuni berabad lamanya.

Anda dapat melihat pemandangan menarik dan mengagumkan di sini. Kawasan ini mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, tapak pemakaman paleolitik dan Neolitik serta lakaran gua.

Kawasan di sekitar gua ini diliputi hutan hujan yang padat dan merupakan rumah bagi kebanyakan spesis tumbuhan dan hidupan liar. Sehingga kini, pemuliharaan sentiasa dilakukan bagi mengekalkan keaslian dan tinggalan sejarah yang terdapat di gua ini.

 

7.  Esplanade Bintulu

Imej via [esplanade-httplieemun]

Esplanade Bintulu merupakan tempat menarik di Bintulu berkonsepkan pusat rekreasi terbuka untuk orang awam.  Anda boleh  melakukan aktiviti-aktivi seperti konsert mini, pasar terbuka serta tempat melakukan aktiviti remaja seperti papan luncur.

Anda juga boleh melakukan aktiviti santai dan aktivi bersenam . Pemandangan luas yang ada di sekitar kawasan ini menjadikan tempat ini sering dikunjungi pengunjung.

Pemandangan menarik adalah pada waktu matahari terbenam. Oleh itu, tidak rugi untuk anda singgah dan bersantai di Esplanade Bintulu ini.

 

8.  Promenade Hotel

tempat menarik di bintulu

Imej via [bintuluwaterfront]

Berhampiran dengan Bintulu Promade, terdapat sebuah hotel yang menawarkan harga yang berpatutan untuk pilihan pengunjung.  Menariknya, hotel ini menghadap pantai dengan pemandangan yang menarik.

Sekiranya anda ingin meluangkan masa dan ingin menghirup udara segara hanya dengan berjalan kaki sahaja, tiada masalah kerana jarak di antara hotel dan pantai tidak jauh.

 

9.  Monument Council Of State

tempat menarik di bintulu

Imej via [monument]

Menara ini telah dipilih sebagai mercu tanda paling popular dan bersejarah di Sarawak. Menara ini juga adalah Tugu Dewan Undangan Negeri-Negeri Persidangan Pertama di Sarawak. Tugu ini di buat pada tahun 1967 sebagai tanda memperingati bahawa Bintulu adalah tempat bersejarah.

Tahukah anda, persidangan yang pertama dan tertua di Malaysia telah diadakan di sini pada 8 September 1867 di bawah pemerintahan Charles Brooke?  Beliau adalah pemerintah kedua keluarga Brooke yang merupakan pemerintah kulit putih pertama di Sarawak. Sehingga kini, tempat menarik di Bintulu ini masih dijaga dan dipelihara dengan rapi sekali.

 

10.  Park City Mall

tempat menarik di bintulu

Imej via [facebook]

Selain daripada kehijauan flora dan fauna yang ada di Bintulu ini, terdapat juga pusat membeli belah yang telah dibina bagi memenuhi kehendak para masyarakat di Bintulu. Kompleks ini menyediakan pelbagai hasil jualan serta kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan untuk pelanggan.

Kemudahan ini diperuntukkan bagi masyarakat untuk memudahkan mendapat barangan yang diinginkan. Di sini, pengunjung boleh meluangkan masa melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

11.  Lambir Hills National Park

tempat menarik di bintulu

Imej via [sarawak.attractionsin]

Taman Negara Bukit Lambir yang terkenal ini terletak di sepanjang jalan Miri-Bintulu, 36 km barat daya bandar Miri di Sarawak, Timur Malaysia. Ia di wartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1975. Terdapat 1173 spesis pokok menjadikan Lambir sebagai salah satu hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia.

Haiwan liar juga boleh dijumpai di kawasan pendalaman taman, terutama monyet, beruang, tenggiling dan kelawar. Waktu terbaik untuk melawat tempat menarik di Bintulu ini adalah pada waktu pagi, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berjalan di sepanjang denai di taman.

Tarikan utama taman ini adalah air terjun yang cantik.  Terdapat juga sebuah menara pokok setinggi 2 meter di Denai Pantu, kira-kira 1 km dari pejabat Taman. Pelawat yang datang boleh memanjat naik dan melihat pemandangan hutan yang mengagumkan.

 

12.  Pulau Batu Mandi

tempat menarik di bintulu

Imej via [Facebook]

Pulau Batu Mandi merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di Bintulu. Pulau ini menjadi kawasan Nelayan melabuhkan Bot mereka. Persisiran pantainya yang cantik dan bersih membuatkan tempat menarik di Bintulu ini menjadi tarikan sesiapa sahaja yang datang singgah.

Airnya yang biru dikelilingi hujan mencantikkan lagi kawasan ini. Aktiviti seperti menyelam dan bersnorkeling pastinya dilakukan di Pulau ini. Aktiviti nelayan seperti turun ke laut untuk menangkap ikan boleh anda saksikan di sini.  Suasana aman ini boleh merehatkan minda anda. 

 

13.  Pasar Tamu Dan Pasar Utama

tempat menarik di bintulu

Imej via [gowhere.my]

Pasar Tamu dan Pasar Utama Bintulu terletak di pusat bandar Bintulu.  Pasar Utama Bintulu adalah pasar basah dan ikan di bawah satu bumbung yang menawarkan pelbagai pilihan sayur-sayuran, buah buahan, ikan dan produk tenusu. Gerai makanan terletak di tingkat pertama Pasar Utama yang menyediakan pelbagai hidangan tempatan dan makanan seperti laksa, mee jawa, pulut panggang atau mee kolok. 

Tempat menarik di Bintulu ini dapat menghilangkan dahaga pengunjung dimana mereka boleh mencuba BC, Cendol atau kopi/teh tarik yang terdapat di sini. Bersebelahan pasar ini adalah Guest Bintulu iaitu kawasan terbuka untuk persembahan tempatan serta jualan produk tempatan.

Bumbung di pasar ini melambangkan penutup kepala Tradisional Melanau. Pengunjung yang datang melancong boleh melihat barangan tempatan yang dijual di sini.

 

14.  Tua Pek Kong Temple

tempat menarik di bintulu

Imej via [tripadvisor]

Kuil Tua Pek Kong di sepanjang jalan Bazaar Utama merupakan salah satu tempat ibadat Buddha yang paling indah dan bersejarah di Sarawak. Ia dipercayai dibina pada tahun 1890-an dan sentiasa menjadi landasan penting di Bintulu malah tempat menarik di Bintulu ini berkait rapat dengan kehidupan rakyat terutama masyarakat Cina.

Kuil ini juga memastikan kesinambungan dan kestabilan untuk komuniti cina yang ada di Bintulu. Kepentingannya terhadap komuniti Cina telah bertahan sehingga ke hari ini.

Pelancong asing juga boleh datang melawat dan meneliti hasil seni bina yang unik di Kuil ini, ia adalah simbolik bagi senibina kaum cina yang sentiasa terdapat di semua tempat ibadat mereka.

 

15.  Taman Millenium

tempat menarik di bintulu

Imej via [Httponemilegrads]

Taman Millenium merupakan taman rekreasi yang terdapat di Bintulu.  Tempat menarik di Bintulu ini merupakan pusat aktiviti riadah yang boleh  dilakukan di taman ini bersama keluarga.  Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti joging trek, pondok rehat, taman permainan dan alat senaman.

tempat menarik di bintulu

Imej via [naim]

Itulah dia tempat menarik di Bintulu, Sabah. Jom ke Bintulu Sabah cuti ini! Anda juga boleh melihat tempat menarik di Sabah , tempat menarik di Lahad Datu dan tempat menarik di Australia juga.

 

Rujukan:

  1. Tripadvisor
  2. Facebook
  3. Bintulu Online

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.