Ingin tahu tempat menarik di Bukit Tinggi?

Pahang merupakan negeri yang penuh dengan pelbagai tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Salah satunya adalah tempat percutian menarik bersuhu sejuk yang terletak di Daerah Bentong iaitu Bukit Tinggi.

Bukit Tinggi merupakan destinasi pelancongan yang sangat sesuai untuk diisi  bersama keluarga tersayang serta merupakan destinasi bulan madu yang terkenal di Pahang. Daya tarikan utama Bukit Tinggi adalah keadaan cuacanya yang dingin serta damai menjadikan destinasi pelancongan ke Bukit Tinggi memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada destinasi pelancongan yang lain.

Untuk mereka yang sudah merancang untuk bercuti ke Bukit Tinggi Pahang, tetapi masih buntu untuk mengatur aktiviti yang menarik di sana bersama keluarga, boleh baca perkongsian artikel kami pada kali ini. Nak tahu apakah tempat menarik yang wajib anda dan keluarga lawati di Bukit Tinggi Pahang? Jom baca senarai di bawah.

1) The Chateau Spa & Organic Wellness Resort

The Chateau Spa & Organic Wellness Resort

Imej via thespatraveller

Inginkan percutian mewah sambil dikelilingi alam semula jadi yang indah dang menyegarkan? Pastinya The Chateau Spa & Organic Wellness Resort menjadi pilihan ideal anda. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort menawarkan anda suasana penginapan gaya abad ke 12 zaman medieval bercitarasa moden dan perkhidmatan spa yang bertaraf dunia. Rekaan resort ini sungguh elegan membuatkan anda terasa seperti berada di negara Eropah.

Lokasi The Chateau Spa & Organic Wellness Resort terletak di dalam kawasan padang golf yang dikelilingi oleh kesegaran pokok-pokok menghijau. Tahukah anda? Resort yang berprestij ini pernah memenangi anugerah Top 10 Organic Spa Award pada tahun 2015.

Percutian anda di sini sememangnya sangat berbaloi kerana layanan yang diberikan serta kemudahan mewah yang disediakan akan membuatkan anda dan keluarga terlupa seketika tekanan dan masalah di tempat kerja. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort merupakan satu – satunya hotel yang telah mendapat anugerah 7 bintang. Luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga di sini merupakan satu pengalaman bercuti yang sangat indah.

Harga Hotel: Dari RM600 semalam  

2) Colmar Tropicale

Colmar Tropicale

Imej via berjayahill

Memandangkan The Chateau Spa & Organic Wellness Resort merupakan penginapan yang eksekutif dan harganya agak premium, tetapi anda masih berpeluang untuk menginap di Bukit Tinggi dengan harga yang lebih berpatutan, iaitu di Colmar Tropicale.

Tidak kurang hebatnya seperti The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, di Colmar Tropicale anda akan berasa seperti bercuti di negara Perancis. Ini kerana, rekaan bangunan-bangunan hotel di sini seperti perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

ColmarTropicale adalah lebih dari sekadar sebuah hotel. Anda tidak semestinya menginap di sini untuk menikmati suasana ala Perancis ini. Kepada mereka yang merancang untuk balik hari, anda hanya dikenakan bayaran kecil sahaja untuk melawat kawasan ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti rock climbing dan mountain biking. Anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan pelbagai jenis tarian termasuk tarian Perancis. Waktu persembahan adalah seperti berikut:

  • Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad: 12.00pm, 4.00pm dan 9.30pm
  • Jumaat, Sabtu dan cuti umum: 12.00pm, 3.30pm, 7.30pm, 10.00pm

Anda juga boleh menajmu selera di kafe-kafe yang terdapat di sini. Antaranya:

  • La Cigogne: Hidangan tradisonal Perancis.
  • Le Blason: Masakan Melayu dan antarabangsa.
  • La Flamme: Sajian Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
  • Le Paulet Roti: Menu utama adalah ayam panggang dan makanan sampingan yang lain.
  • La Boulangerie: Restoren Perancis yang menyajikan aneka roti dan minuman panas.
  • L’Orient: Restoren yang menyajikan makanan Asia.

Terdapat pelbagai aktiviti hiburan lain yang anda sekeluarga boleh lakukan di sini antaranya permainan-permainan yang disediakan di sini. Malah anda juga boleh bergambar sepuas hati dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan yang cantik ini.

Harga Tiket: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)

Harga Hotel: Dari RM250 Semalam

3) La Lavande Massage & Spa

La Lavande Massage & Spa

Imej via colmartropicale

La Lavande Massage & Spa terletak di tengah-tengah Colmar Square. Ia merupakan sebuah spa bertema Eropah yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti urut kaki refleksologi hingga ke therapeutic massage. Spa ini unik kerana ia merupakan sebuah spa mesra kanak-kanak.

Sambil anda memanjakan diri dengan tradisional thai massage, anak anda boleh berhibur dengan aktiviti menarik seperti face painting.

Memang syok sangat bagi para ibu yang ingin membelai diri di sini. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan spa dengan tenang di samping ana-anak anda akan leka bermain dan melakukan aktiviti yang menarik.

4) Adventure Park

Adventure Park

Imej via mdfaiez84

Bagi anda yang berjiwa lasak, bercuti ke mana-manapun pasti akan cari tempat atau aktiviti yang mencabar untuk anda lakukan. Jangan risau, Colmar Adventure Park menyediakan pelbagai aktiviti lasak khas buat anda yang mengejar cabaran.

Kalau anda tidak gayat, jangan lepaskan peluang untuk merentasi gaung dengan menaiki flying fox terpanjang di Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 1 kilometer.

Selain daripada aktiviti flying fox, anda juga boleh melakukan aktiviti paint ball dengan geng anda. Dapat main permainan ala-ala perang pun best juga lebih-lebih lagi jika percutian anda melibatkan kumpulan yang besar seperti family day atau kursus korporat.

Terdapat dua gelanggang paintball berasingan, setia satu mempunyai cabaran yang berbeza iaitu Capture The Flag dan Jungle Warfare.

5) Horse Trails

Horse Trails

Imej via colmartropicale

Sudah bercuti di tempat ala-ala Eropah, inilah masanya nak fefeeling seperti putera yang sedang menunggang kuda. Jika anda tidak pandai dan tidak pernah menunggang kuda sebelum inipun, anda tidak perlu risau. Ini kerana, di Horse Trails Bukit Tinggi, kuda-kuda disini terlatih dan jinak.

Disini anda boleh melihat pelbagai jenis kuda yang berlainan baka seperti, kuda unik palamino, hingga ke baka populuar seperti Quarter Horse.

Pihak admin di Horse Trails ini mengendalikan kelas berbeza untuk setiap tahap kemahiran dan mereka juga mengadakan kem menunggang sehari untuk mereka yang berminat. Jika anda memang sudah pandai menunggang kuda, apa kata cuba pengalaman baru dengan menunggang kuda di laluan hutan tropika hijau. Bukan senang nak dapat pengalaman berharga seperti ini.

Harga Tiket: RM2 untuk masuk kawasan Horse Trails dan melihat kuda | RM25 untuk menunggang kuda selama 10 minit.

6) Rabbit Park

Rabbit Park

Imej via kaknara8277

Bagi anda yang bercuti bersama anak kecil, Rabbit Park adalah tempat yang harus anda kunjungi. Di sini, terdapat sebanyak 200 ekor arnab comel yang bakal buat anak anda teruja dan gembira. Selain bermain dengan arnab-arnab ini, anda juga boleh bergambar dengan haiwan comel ini.

Sudah puas bermain dan membelai haiwan comel dan gebu ini, anda boleh pula bawa anak-anak anda untuk melihat haiwan lain yang terdapat di sini seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Selain itu, anak anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.

Harga Tiket: RM4.00

7) Berjaya Hills Golf & Country Club

Berjaya Hills Golf & Country Club

Imej via golfreserv

Bagi anda yang ingin bercuti sambil bermain golf, jangan risau kerana di Bukit Tinggi terdapat Berjaya Hills Golf & Country Club. Kelab ini telah memenangi anugerah kerana mempunyai padang hijau yang membetang seluas 1.6 ekar.

Anda dapat bermain golf di Bermuda turf sambil menikmati suasana bukit yang nyaman. Kelab golf yang mempunyai 18 lubang ini pernah tersenarai didalam 20 kelab golf paling terkemuka di negara kita pada tahun 2004.

8) Song Yan Organic Farm

Songyan Organic Farm

Imej via songyan

Antara tarikan lain yang terdapat di kawasan Bukit Tinggi ialah Organic Farm yang merupakan tarikan eko-pelancongan di sini. Ia merupakan ladang sayuran segar dan anda berpeluang untuk melihat sendiri sayur–sayuran yang ditanam secara organik di sini.

Namun begitu, tanaman di sini tidak dijual kepada para pengunjung. Walaupun begitu, anda akan disajikan dengan hidangan yang lazat menggunakan sayur–sayuran segar yang dituai dari ladang ini. Di sini, anda akan dapat melihat sendiri dan mempelajari proses menanam sayuran secara organik.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh menginap di ruang kabin yang disediakan di sini.

Lokasi:  Song Yan, Lot 8423 & 8424 Kampung Bukit Tinggi, Bukit Tinggi, 28750, Pahang

9) Japanese Village

Japanese Village

Imej via elinchow

Japanese Village atau dikenali sebagai Perkampungan Jepun antara tempat yang anda wajib lawati di Bukit Tinggi. Ia  terletak kira–kira 1000 meter (3500 kaki) dari aras paras laut membuatkan suasana di sini sangat segar dan nyaman.

Perkampungan Jepun ini di bina oleh seorang arkitek yang terkemuka dari Jepun bernama Kaio Ariizumi bersama lagi 22 orang pakar ukiran.

Di Perkampungan Jepun ini, pengunjung akan dapat merasai pengalaman seperti mana kehidupan orang Jepun. Terdapat perkhidmatan sewaan pakaian tradisi Jepun kimono.

Anda boleh memakai pakaian tersebut untuk berjalan–jalan disekitar Perkampungan Jepun serta bergambar yang berlatarbelakangkan air terjun dan hutan yang menghijau.

10) Japanese Tea House

Japanese Tea House

Imej via flickr

Selain itu, terdapat juga Japanese Tea House yang menjadi tumpuan utama di perkampungan Jepun ini. Rekabentuk dan senibina Japanese Tea House ini sangat kecil dan membuatkan ramai pengunjung tertarik untuk datang bergambar seolah–olah berada di dalam rumah orang Jepun.

Setelah memakai pakaian tradisional Jepun, anda dan keluarga boleh menyertai Tea Ceremony iaitu upacara minum teh di dalam Japanese Tea House ini.

Memang cukup lengkap pengalaman anda ini. Seolah-olah anda sedang bercuti di negara Jepun. Gambar yang diambil di sini, pastinya sangat sempurna menggambarkan suasana perkampungan Jepung itu sendiri.

11) Tatami Spa

Tatami Spa

Imej via Tatami Spa

Untuk melengkapkan lagi perkampunagn Jepun ini, turut disediakan Tatami Spa yang diiktiraf sebagai Spa-berkonsep jepun pertama di luar Negara jepun. Spa yang pernah dianugerahkan spa terbaik tahun 2007-2008 oleh Hospitality Asia Platinum Awards ini menawarkan pelbagai rawatan badan istimewa seperti skrab, tab air panas therapeutic, urut aromatherapy dan rawatan satu badan istimewa bernama Kimochi Treatment.

Disamping itu, anda dapat memilih untuk merehatkan diri di dua tab air panas berasingan, yang pertama adalah tab tertutup yang berada didalam dan kedua adalah tab Onsen yang terletak di bahagian luar.

12) Botanical Garden

Botanical Garden

Imej via berjayahills

Setelah puas merasai kehidupan di Perkampungan Jepun, anda bolehlah cuci mata dengan kehijauan alam semula jadi di Botanical Garden. Taman botani ini terletak berhampiran dengan Japanese Garden. Di Botanical Garden ini, anda dan keluarga bukan sahaja boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan hijau malah buah–buahan yang sesuai ditanam di kawasan yang beriklim sejuk seperti strawberi pun ada di sini.

Bentuk muka bumi di sini agak berbukit, jadi, di samping anda berjalan-jalan melihat keindahan alam semula jadi yang menghijau, secara tidak langsung anda juga telah bersenam ringan sepanjang perjalanan di Botanical Garden ini.

Kesimpulan

Wah! Memang lengkap percutian anda di Bukit Tinggi ini.  Bukan setakat dapat merasai kehidupan ala-ala di Perancis dan di Jepun, tetapi juga dapat beriadah serta menikmati hidangan lazat yang terdapat di kafe-kafe Colmar Tropicale.

Itulah dia 12 tempat menarik di Bukit Tinggi, Pahang yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Janda Baik dan Tempat Menarik Di Cameron Highland.

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.