Cameron Highland sememangnya tempat yang sangat sesuai dijadikan destinasi percutian buat anda sekeluarga. Namun begitu, jika anda bercadang untuk bercuti di sini pada musim cuti sekolah, pastikan anda telah menempah penginapan lebih awal ini kerana tempat peranginan ini sangat sesak pada musim cuti sekolah.

Macam manalah tidak sesak, Cameron Highland menyediakan sangat banyak tempat menarik yang anda sekeluarga boleh lawati. Malahan, cuaca sejuk di cameron juga membuatkan anda selesa untuk bersiar-siar sekitar tanah tinggi ini.

Kalau matahari terlalu terik dan cuaca panas, pasti nak berjalan sakan pun kita akan rasa malas dan tidak selesa. Apatah lagi jika ada anak kecil. Kalau anak mula meragam, ibu ayah pun mulalah mood pun ke laut untuk bercuti.

Antara tempat menarik di Cameron yang boleh anda lawati adalah:

 

1) Ladang Teh Boh

Ladang Teh Boh

Imej via malaysianflavours

Ladang teh salah satu ikon bagi Cameron Highland. Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 2 ladang teh terkenal di Cameron Highland iaitu

  • Boh Tea Center Ringlet (Habu)
  • Boh Tea Center Sungai Palas

Anda tidak perlu melawat kedua-dua ladang the Bih ini kerana kedua-duanya menawarkan aktiviti yang hampir sama iaitu lawatan ke kilang teh. Sewaktu lawatan, anda boleh mempelajari proses pembuatan teh serta pelbagai informasi yang berkaitan. Ladang teh yang terletak di Sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.

Setelah anda mengikuti sesi lawatan dan mengetahui tentang pembuatan teh, jangan lepaskan peluang untuk duduk sebentar di kafe untuk menghirup secawan the sambil menikmati suasana menghijau yang segar. Bagi anda yang kaki selfie, apa lagi, anda boleh bergambar dengan latar belakang ladang teh yang hijau terbentang. Pasti cantic hasil gambarnya nanti.

 

Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)

Harga Tiket: Percuma

 

2) KHM Strawberry Farm

KHM Strawberry Farm

Imej via thevocket

Terdapat beberapa ladang strawberi di Cameron Highland. Namun KHM Strawberry Farm berbeza dengan ladang strawberi lain di Cameron. Ini kerana ladang strawberi yang lain keluasannya besar dan komersil, manakala KHM Strawberry Farm ini saiznya kecil sahaja. Namun, yang lebih menarik adalah, inilah satu-satunya ladang strawberi yang diusahakan oleh Muslim.

Oleh kerana saiznya kecil, maka di sini kurang pengunjung, jadi tidak sukar mencari tempat letak kereta. Dan yang paling penting adalah makanan yang dijual di sini adalah halal.

Di kawasan Taman Sedia ini bukan sahaja ada KHM, tapi juga ada Taman Agro Al-Mashoor. Malah mereka juga menghasilkan dan menjual aiskrimnya sendiri. Kemudahan surau juga turut disediakan di sini.

 

Lokasi: No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Cameron Highland

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Percuma

 

3) Taman Agroteknologi MARDI

Taman Agroteknologi MARDI

Imej via xplorasidestinasi

Taman Agroteknologi MARDI merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Ia terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre dan kedai cenderamata. Di sini terdapat 40 jenis bunga ros, 10 jenis strawberi, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.

Selain daripada melawat serta melihat pelbagai tumbuhan, di sini juga terdapat bangunan kolonial yang tersergam indah yang menjadikan tempat ini yang sesuai untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Namun, yang lebih menarik terdapat di sini adalah serunding strawberi dan aiskrim strawberi yang asli. Sesuai sangat untuk anda jadikan kudap-kudapan atau dibawa pulang sebagai ole-ole untuk rakan-rakan.

 

Lokasi:  JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 5.00 pm) | Selasa Tutup | Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup Pada Aidilfitri & Aidiladha) (8.00 am – 5.00pm)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

 

4) Cactus Valley Farm

 Cactus Valley Farm

Imej via cameronhighland

Tak perlu ke padang pasir untuk melihat pelbagai jenis kaktus yang berbagai saiz dan rupa. Anda hanya perlu ke Cactus Valley untuk berjalan di taman yang dipenuhi dengan beraneka jenis pokok kaktus. Anda juga boleh membeli pokok kaktus yang dijual di sini untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenang. Jika nak lebih rare, anda juga boleh jadikan kaktus ini sebagai ole-ole atau hadiah kepada kawan-kawan anda.

 

Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM4 | Kanak-kanak RM2

 

5) Lavender Garden

Lavender Garden

Imej via traveloka

Selain teh dan strawberi, Cameron Highland juga mempunyai bunga lavender. Rasanya, semua orang tahu keharuman bunga lavender, malah warna ungu juga sering dikaitkan dengan bunga ini. Di Lavender Garden, bukan bunga lavender sahaja yang ada, malah banyak lagi bunga-bungaan lain yang ada di sini. Buah strawberi pun ada.

Yang menariknya, anda boleh menikmati pelbagai hidangan pemanis mulut menarik di sini. Aiskrim lavender berwarna ungu yang dijual di sini antara ikonik bagi Lavender Garden. Pasti anda tertanya-tanya, apalah rasanya aiskrim lavender kan? Selalunya kita hanya bau lavender sahaja, tak pernah pula terfikir nak makan bunga lavender.

 

Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00pagi – 6.00petang) | Jumaat – Ahad (9.00pagi – 7.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM7

 

6) Taman Rama Rama Kea Farm

Taman Rama-rama

Imej via cameronhighland

Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular yang terletak di Kea Farm, Brinchang. Oleh kerana kawasan ini merupakan kawasan tertutup, jadi rama-rama dibiarkan terbang bebas di kawasan ini. Terdapat pelbagai jenis rama-rama di sini. Ada yang bersaiz kecil, malah ada juga yang bersaiz besar tapak tangan. Jangan terkejut pula jika ada rama-rama yang datang hinggap di tubuh anda semasa lawatan anda ke sini.

Selain dari rama-rama, anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan juga serangga.

 

Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 6.00petang) | Sabtu – Ahad (9.00pagi – 7.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4

 

7) Avant Chocolate

Avant Chocolate

Imej via deskgram

Avant Chocolate ibarat syurga bagi penggemar coklat. Pasti anda akan rambang mata melihat pelbagai jenis coklat, kek dan aiskrim yang terdapat di sini. Antara makanan terkenal yang dihidangkan di sini adalah puff strawberi dan kek ais krim strawberi.

Namun begitu, bagi Muslim, pihak Avant Chocolate menyatakan bahawa pihak mereka tidak ada sijil halal bagi makanan-makanan tersebut (Makluman setakat artikel ini ditulis). Namun, mereka juga menegaskan bahawa tidak ada gelatin haram mahupun alkohol yang digunakan dalam bahan masakan pemanis mulut yang dijual di situ.

 

Lokasi: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.30petang)

Harga Tiket: Percuma

 

8) Green View Garden

Green View Garden

Imej via chingchailah

Green View Garden merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan landskap berwarna-warni yang menceriakan. Tanaman di taman ini sangat sinonim dengan nama Cameron Highland iaitu sayur-sayuran yang ditanam melalui kaedah hyroponik, bunga-bungaan, buah strawberi dan sebagainya. Selain itu, disini juga terdapat beberapa haiwan comel seperti ikan, kura-kura, itik dan arnab. Anda boleh memberi makan dan menyentuh arnab di sini. Selain itu, ada paddle boat juga untuk anak-anak naik.

Sebelum pulang, anda boleh membeli sedikit buah tangan atau cenderamata yang terdiri daripada pokok-pokok bunga, produk lavendar dan banyak lagi.

 

Lokasi: 11, Taman Matahari Cerah, 39010, Kampung Raja, 39000 Tanah Rata

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.30petang)

Harga Tiket: Percuma

 

9) Ladang Lebah Ee Feng Gu

Lebah

Imej via cameronhighland

Sesuai dengan namanya, di sini anda dapat belajar tentang proses penghasilan madu dan cara yang betul menjaga lebah. Selain ladang lebah, di sini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan juga café.

 

Lokasi: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00pagi – 7.00petang)

Harga Tiket: Percuma

 

10) Fragrance Nursery

Fragrance Nursery

Imej via facebook

Fragrance Nursery merupakan destinasi yang sesuai bagi para penggemar dan pencinta bunga. Fragrance Nursery adalah pembekal tumbuhan pasu terkenal di Cameron Highland yang telah beroperasi selama 25 tahun. Antara bunga yang dipamerkan disini adalah Lavender, Rosemary, Orkid, Ros, Kekwa dan 100 jenis tumbuhan flora yang lain. Kini, mereka juga telah mula menanam anggur.

 

Lokasi: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Percuma

 

11) KC Kwang & Sons Grape Farm

KC Kwang & Sons Grape Farm

Imej via diarymama

KC Kwang & Sons adalah sebuah ladang tomato dan anggur yang berkeluasan sebesar 60 hektar. Penghasilan buah anggur dan tomato yang terdapat di sini cukup banyak sehinggakan sebahagiannya dieksportkan ke luar negara. Buah anggur yang ditanam di sini adalah daripada jenis ‘Kyoho’ iaitu sejenis anggur yang besar dan manis. Jika anda nak makan buah anggur sepuas hati, anda boleh datang ke sini ketika musim menuai iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.

Selain melihat kawasan ladang, anda sekeluarga juga boleh meneroka kawasan kilang ladang ini sendiri untuk melihat bagaimana hasil tuaian diproses dan dipekkan.

 

Lakosi: No. 33 Main Road, Kg Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Percuma

 

12) Rose Valley

rose valley

Imej via jctravelicious

Kawasan Rose Valley ini tersangatlah luas. Ketibaan anda di sini akan disambut dengan burung merak yang diletakkan di dalam sangkarnya. Malah, di sini juga terdapat banyak tempat-tempat yang cantik untuk anda bergambar. Malah disediakan prop-prop yang menarik untuk mencantikkan lagi gambar anda.

Selain bunga ros yang terdapat lebih daripada 450 jenis, anda juga boleh melawat kedainya yang menjual pelbagai jenis sayuran, bunga, buah-buahan.

 

Lokasi: Rose Valley, 148 Tringkap, Cameron Highlands

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

 

13) Tan’s Camellia Garden

Imej via Facebook

Tan’s Camellia Garden adalah sebuah ‘secret garden’ hasil tangan seni pemilik rumah banglo yang mempunyai seni bina Inggeris di Cameron Highland. Pemiliknya adalah Puan Tan dan suaminya merupakan pelajar lulusan bidang botani.

Dikatakan terdapat lebih daripada 200 spesies tumbuhan yang telah ditanam di sekitar taman rumah ini. Antara tumbuhan yang ada di sini adalah bunga lili, azalea, gardenia, magnolia, orkid liar dan pelbagai jenis tanaman lagi termasuklah pokok-pokok herba.

Selain melihat keindahan pokok bunga yang mekar di sini, anda juga boleh membeli anak-anak pokok yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

 

Lokasi: Tan’s Camellia Garden, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

Harga Tiket: Percuma

 

14) Mossy Forest

Mossy Forest

Imej via mforum

Mossy Forest merupakan sebuah hutan yang sangat rare kerana dipenuhi dengan lumut. Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid. Kalau anda bertuah anda juga dapat melihat haiwan liar seperti ular, burung dan katak.

Mossy Forest juga sering dijadikan sebagai kawasan untuk para jurugambar sama ada yang amatur mahupun professional beraksi bersama kamera mereka. Dengan pemandangan hutan yang berlumut, pelbagai reaksi gambar boleh dihasilkan. Hasil gambar yang tenang lagi segar menghijau, ataupun latar belakang gambar yang kelam lagi menyeramkan.

 

Lokasi: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland

 

15) 5D Art Museum

5D

Imej via Facebook

Sama seperti galeri gambar di tempat-tempat lain, Cameron Highland juga tidak ketinggalan untuk menyediakan premis galeri gambar unik yang sangat menarik untuk digayakan dalam foto.

5D Art Museum ini terletak di dalam bangunan pusat membeli-belah yang baru juga dibuka di Cameron Highland iaitu Cameron Square.

Jika anda ke sini, pastikan bateri anda penuh ya. Barulah puas hati anda nak bergambar sakan di setiap gambar 5D yang penuh magika ini. Jika sudut bergambar anda betul, pasti hasil foto anda akan jadi sangat real dan rare.

 

Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

Waktu Operasi: 8.00pagi – 6.00petang

Harga Tiket: Dewasa RM25, Kanak-kanak RM20

 

16) Pasar Malam Pekan Brinchang

Pasar Malam Pekan Brinchang

Imej via facebook

Pasar Malam Pekan Brinchang merupakan pasar malam paling popular di Cameron Highland. Apa yang membezakan pasar malam ini dari pasar malam yang lain adalah di sini anda dapat membeli hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland seperti teh, sayur dan buah-buahan segar.

Selain itu, terdapat juga pelbagai menu makanan yang dijual di sini. Sudah penat seharian berjalan melawat kawasan menarik sekitar Cameron Highland, kini anda bolehlah menikmati makanan dan minuman yang dijual di sini pula.

 

Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)

 

17) 200 Seeds Café

200 Seeds Café

Imej via cameronhighland

Pasti tak lengkap percutian anda tanpa tempat makan yang best-best kan. Di Cameron Highland, 200 Seeds Café merupakan salah satu tempat makan yang wajib anda cuba. Menu yang terkenal di kafe ini adalah nasi lemak sambal strawberi. Dengar namanya sahaja pun dah rasa sangat rare. Tidak hairanlah sehingga ada yang datang dari jauh semata-mata ingin merasa makanan yang viral ini.

Apapun, bagi yang kurang menggemari nasi lemak, ada banyak lagi makanan yang tersenarai dalam menu untuk anda nikmati. Daripada tomyam, nasi goreng, hinggalah ke hidangan western seperti lamb chop. Kalau boleh, anda datanglah ke sini selain daripada hujung minggu atau hari cuti sekolah atau cuti umum untuk mengelakkan kesesakan orang ramai, sebab kedai ni memang hot!

 

Lokasi: No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (8.00 am – 8.00 pm) | Rabu (8.00 am – 5.00 pm)

 

18) Air Terjun Robinson

Air Terjun Robinson

Imej via zine

Selain daripada melihat tempat-tempat menarik dan membeli-belah di Cameron Highland, anda juga boleh merehatkan diri dengan ketenangan alam semulajadi di Air Terjun Robinson. Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Untuk ke air terjun ini anda perlu berjalan sebentar di dalam hutan, bagus jika anda penggemar aktiviti jungle trekking.

 

Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland

 

Itulah dia 18 tempat menarik di Cameron Highland yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Cameron Highland. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik di Perak dan Tempat Menarik di Negeri Sembilan.


Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.