Chiang Rai adalah salah sebuah lokasi percutian di Thailand yang indah untuk anda bergambar.  Berkunjung ke sini, anda boleh ke tempat menarik yang penuh sejarah serta seni budaya masyarakat. Terdapat banyak tempat menarik di Chiang Rai boleh anda lawati, pastinya bakal menghiburkan anda dan keluarga!

1.  Golden Triangle, Chiang Rai

tempat menarik di chiang rai

Imej via [touronthai]

Tahukah anda, Golden Triangle adalah sebuah titik pertemuan tiga negara iaitu Laos, Myanmar dan Thailand yang boleh diakses melalui Sungai Mekong dan Krok. Terdapat beberapa tempat menarik yang berdekatan sini seperti Kuil Putih dan Pasar Mae Sai.  Lokasi ini amat indah untuk anda bergambar dan membeli-belah.

2.  Wat Rong Khun, Chiang Rai

tempat menarik di chiang rai

Imej via [thailand-guide]

Wat Rong Khun atau Kuil Putih ini juga seringkali disebut sebagai ‘Taj Mahal of Thailand’. Ia sangat berseni dan digayakan sebagai kuil Buddha sejak tahun 1997 lagi. Dimiliki oleh Chalermchai Kositpipat, ia mempunyai 9 bangunan serta ruangan kosong yang lengkap dengan tempat tinggal biarawan, galeri seni, dewan meditasi dan juga dewan peninggalan.

3.  Maesai – Tachiliek (Sempadan Thailand – Myanmar)

tempat menarik di chiang rai

Imej via [jomridesokmo]

Sempadan utama bagi negara Thailand dan juga Myanmar adalah Pekan Mae Sai. Anda boleh melalui Sungai Mae Sai untuk ke bandar Tachileik mengikut lebuh raya Asia AH2 yang merupakan jalan laluan Thailand 1 atau Phahonyothin. Kawasan ini agak mudah untuk anda menemui makanan halal.

4.  Bandar Chiang Rai

tempat menarik di chiang rai

Imej via [wanderix]

Bandar Chiang Rai telah wujud sejak tahun 1262 lagi dimana ketika itu ia merupakan ibu kota bagi Dinasti Mengrai.  Sehingga sekarang, anda boleh melihat keunikan identiti lanna melalui hasil seni, bahasa, muzik, masakan dan juga koleksi kuil.

Terdapat banyak tempat menarik di Chiang Rai yang boleh anda lawati di sini. Antaranya adalah menara jam, tempat hiburan, pusat membeli-belah, menaiki bot di sungai Mae Kok dan lain-lain lagi.

5.  Pasar Malam Chiang Rai

tempat menarik di chiang rai

Imej via [vivutravel]

Tempat menarik di Chiang Rai yang wajib anda kunjungi adalah Pasar Malam Chiang Rai, Saturday Walking Street dan juga Festival Jazz. Ia terletak di pusat bandar Chiang Rai.

Kebanyakan barang yang dijual di sini adalah fabrik, manik, perak, cenderamata, makanan dan macam-macam lagi.  Anda juga boleh menjamu selera di ruang makanan yang disediakan. Pasti menyeronokkan!

6.  Hall of Opium

tempat menarik di chiang rai

Imej via [asiatouradvisor]

Tempat lawatan ini membolehkan anda mengetahui sejarah berkaitan ladang opium dan cara menghasilkannya dari zaman dahulu sehinggalah perang antara China dan Inggeris yang pernah tercetus.

Pelbagai sejarah lampau berkaitan Opium dan negara Thailand boleh anda saksikan di sini. Bayaran masuk ke sini adalah sekitar harga 200 Baht atau sekitar Rp 90 ribuan.

7.  Doi Tung Royal Villa

tempat menarik di chiang rai

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Chiang Rai yang indah dan menakjubkan adalah Doi Tung Royal Villa ataupun dikenali sebagai vila keluarga Kerajaan Thailand.

Dahulunya, ia merupakan rumah kepada Srinagarindra atau Princess Mother iaitu salah seorang anggota keluarga kerajaan yang amat disegani. Kawasan sekitar Dui Tung Royal Villa ini dihiasi dengan pohon yang tinggi, bunga yang cantik serta bangunan senibina kayu yang sangat indah.

8.  Mae Fah Luang Garden

tempat menarik di chiang rai

Imej via [tielandtothailand]

Tahukah anda, Mae Fah Luang Garden ini terletak sangat berdekatan dengan Dou Tung Villa iaitu di dalam kawasan kompleks yang sama?  Untuk ke taman bunga yang cantik ini, anda perlu membeli tiket yang beharga sekitar 90 Baht atau Rp 40 ribu ini.

9.  Baan Dam atau Black House

tempat menarik di chiang rai

Imej via [anywayinaway]

Tempat wisata lain yang bisa kamu kunjungi di Chaing Rai adalah Seperti namanya, tempat wisata satu ini memang terkesan ‘gelap’. Ini lantaran banyak kerajinan tangan yang terbuat dari tengkorak binatang, salah satunya adalah tanduk kerbau.

Tempat menarik di Chiang Rai ini tampak amat menakutkan sekali! Ia adalah Baan Dam atau Black House yang agak gelap.  Kebanyakan hiasan di sini adalah daripada tengkorak binatang dan tanduk kerbau.

Tempat ini amat sesuai bagi anda yang sukakan keunikan seni bina dan suka mengambil gambar.  Antara karya artistik lain boleh anda lihat adalah kulit buaya dijadikan karya seni menarik.

10.  Patung Besar Dewi Kwan Im

tempat menarik di chiang rai

Imej via [idntimes]

Patung besar Dewi Kwan Im dikatakan merupakan tempat menarik di Chiang Rai harus anda lawati. Ia sangat besar dimana terdapat 26 lantai dengan pelbagai ukiran yang sangat unik dan indah.

Warnanya putih pada keseluruhan menandakan warna Dewi kwan Im. Dengan menaiki ke puncak patung ini, anda dapat saksikan pemandangan seluruh kota Chiang Rai. Menarik bukan?

11. Choui Fong Tea Plantation

tempat menarik di chiang rai

Imej via [seeitlivethailand]

Choui Fong Tea Plantation adalah sebuah kebun teh yang terletak di dataran yang cukup tinggi dan dingin. Selain melihat pemandangan indah kebun ini, anda boleh menikmati teh dari kebun ini dan mencuba pelbagai jenis masakan di sini.

12. Wat Rong Suea Ten atau Kuli Biru

Imej via [klook]

Penat bersiar-siar, singgahlah pula di Wat Rong Suea Ten atau kuil biru ini. Ia adalah sebuah tempat beribadat bagi agama Budhha, namun anda boleh melawatinya.  Terdapat patung Buddha yang sangat besar boleh anda lihat di sini. Pasti anda takkan lupa pengalaman tempat menarik di Chiang Rai yang anda lawati.

Berikut adalah tempat menarik di Chiang Rai destinasi percutian menyeronokkan. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Indah, tempat menarik di Can Tho, tempat menarik di Pulau Hainan dan tempat menarik di Pulau Dayang Bunting.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.