Tersembunyi di kawasan pedalaman Sumatera Utara, Danau Toba, dengan kehijauan dan perairan biru yang sangat indah, kini ia menjadi destinasi popular di rantau ini. Terletak hanya empat jam dari Medan Tengah, tasik purba ini pasti akan menggembirakan para pencinta alam. 

Kawasan sekitar Danau Toba yang meliputi lebih dari 1200km² luasnya ini adalah salah satu tempat percutian yang mempunyai pelbagai lokasi menarik di Asia Tenggara. Berbeza dengan tempat lain di Indonesia, Danau Toba mempunyai tempat menarik yang sering dijadikan buah mulut para pelancong.  Jom kami senaraikan 20 tempat menarik di Danau Toba untuk tatapan anda.

 

1.  Villa dan Hotel Tiara Bunga

tempat menarik di danau toba

Imej via [indonesia]

Ada yang mungkin iri hati dengan suit Iron Man yang menakjubkan, tetapi kita selalu mengimpikan rumahnya yang sangat indah di tepi pantai. Kini, anda akhirnya akan mempunyai peluang untuk hidup seperti superhero kegemaran semua orang di Tiara Bunga Hotel, yang agak mirip dengan rumah Encik Stark dengan pemandangan yang sama indah dari perairan Danau Toba.

Tempat menarik di Danau Toba ini membolehkan anda mencuba aktiviti-aktiviti air yang terdapat di Tiara Bunga Hotel.  Jika berenang bukanlah perkara yang anda gemarkan, anda boleh memancing dan berkanu di kawasan ini.

 

2.  Hotel Inna Parapat

tempat menarik di danau toba

Imej via [travelingyuk]

Apa perasaan anda sekiranya diberi peluang untuk anda menikmati keindahan Belanda dan Danau Toba pada masa yang sama? Jika anda mahu, Hotel Inna Parapat adalah lokasinya dimana anda boleh merasai pengalaman tersebut. Hotel Inna Parapat adalah sebuah lokasi kecil yang menarik yang mungkin akan menjadi sedikit keliru tetapi ia adalah tempat menarik di Danau Toba yang tidak terkecuali hebatnya.

Berjalan-jalan di premis hotel, anda akan disajikan dengan suasana keindahan Belanda dengan kincir angin dan bangunan-bangunan yang sangat memukau.  Kemudian dipukau lagi oleh pemandangan Danau Toba yang sangat indah.  Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan yang terbaik dari kedua-duanya?

Makanan yang disediakan di hotel ini pula boleh tahan sedapnya. Hidangan yang disediakan ber’menu’kan masakan tradisional Indonesia dan juga antarabangsa.  Hal berkaitan menu di sini pasti tidak menjadi masalah lagi buat anda.

 

3.  Taman Sapo Juma Tongging

tempat menarik di danau toba

Imej via [lifestyle-people]

Taman Sapo Juma Tongging adalah tempat yang sempurna buat anda dan pasangan anda untuk mengambil gambar yang indah, berkelah ataupun sebagai lokasi honeymoon.  Taman yang indah ini memaparkan pelbagai jenis bunga dengan kemeriahan warna yang menambahkan lagi keindahan percutian serta mood anda. Disarankan anda dan pasangan datang ke tempat menarik di Danau Toba ini pada musim bunga untuk menikmati keindahan yang mempersonakan.

 

4.  Kolam Air Panas Sipoholon

tempat menarik di danau toba

Imej via [ksmtour]

Kolam air panas yang merupakan tempat menarik di Danau Toba ini dipanggil dengan nama “kolam air soda” kerana rasanya seperti minuman berkarbonat kotor (tetapi kami tidak mengesyorkan anda mencubanya).

Airnya berwarna biru-kehijauan kerana kandungan sulphurous dan bukit batu kapur di sekitar kawasan itu berwarna oren, kuning dan hijau yang membuatkan pemandangannya sangat indah. Pastikan anda membawa pakaian renang ataupun pakaian lebih jika anda berminat untuk mandi di kolam ini.

Jika lapar selepas berendam di kolam ini, kami mencadangkan anda untuk mencuba masakan tempatan yang lazat di salah satu restoran terletak di utara Tapanuli. Anda akan menikmati masakannya!

 

5.  Air Terjun Sipiso-Piso

tempat menarik di danau toba

Imej via [viva]

Jika anda seorang penggemar hiking, jangan ketinggalan untuk mendaki air terjun yang cantik ini. Ia adalah air terjun tertinggi di tepi Danau Toba seperti yang boleh anda lihat jika ke sini 

Mencapai ketinggian 120 meter, air terjun yang menakjubkan ini dibentangkan oleh kehijauan flora yang indah, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk mengambil gambar. Suasana di sini amat sesak dengan orang ramai. Maklumlah, siapa yang ingin lepaskan peluang ke tempat menarik di Danau Toba!

 

6.  Huta Gur-Gur Bonan Dolok Samosir

tempat menarik di danau toba

Imej via [pinterest]

Perkampungan terpencil ini amat menarik minat para pengunjung dari segi penduduknya yang ramah dan khazanah alam semulajadi.  Tempat menarik di Danau Toba ini juga menjadi rumah kepada flora dan fauna serta menyimpan pelbagai rahsia alam semulajadi.

Kami mencadangkan anda untuk datang ke sini bagi menikmati keindahan alam hijau dan udara segar. Selain itu, tempat ini juga sering dijadikan tempat perkelahan dan lokasi bagi aktiviti kekeluargaan.

 

7.  Menara Pandang Tele, Samosir

tempat menarik di danau toba

Imej via [seindotravel]

Menara Pandang Tele terletak di salah satu titik tertinggi di sekitar tasik ini.  Untuk pengetahuan anda, menara yang dikategorikan sebagai tempat menarik di Danau Toba itu sendiri mempunyai 3 tingkat.

Setiap tingkat, anda akan disajikan dengan pemandangan unik dari persekitaran yang menakjubkan. Walaupun agak penat untuk menaiki menara ini, namun pemandangannya sangat indah dan berbaloi untuk dilawati.

 

8.  Gunung Sinabung

tempat menarik di danau toba

Imej via [nyero]

Suatu ketika dahulu, Gunung Sinabung merupakan sebuah kampung pertanian tetapi dengan tiba-tiba gunung berapi itu memusnahkan segalanya dan menyebabkan hampir 10,000 penduduk kampung melarikan diri.

Gunung Sinabung kembali tidur selama 400 tahun, sebelum kebangkitan semula pada tahun 2010 dan 2014 telah meragut ramai nyawa. Kerana letusan ini, para pegawai mengisytiharkan kawasan ini sebagai zon pengecualian dimana orang ramai dilarang masuk ke situ.

Pada tahun 2017, terdapat 7 kampung terbengkalai di zon ini, iaitu Gamber, Sukanalu, Guru Kinayan, Simacem, Kuta Gugung, Berastepu dan Sibintun.Sejak itu, ada yang mengatakan bahawa tempat ini berhantu. Ada juga yang mendakwa telah melihat hantu, manakala cerita-cerita seram juga diperkatakan. Apa yang kita ketahui, tempat ini mempunyai pemandangan Gunung Sinabung yang sangat baik!

Tiada masalah untuk anda ke sini, tapi tak perlulah sampai masuk ke kawasan gunung sana. Cukuplah sekadar bergambar menampakkan tempat menarik di Danau Toba ini.

 

9.  Restoran Jenny

tempat menarik di danau toba

Imej via [jennysrestaurant]

Restoran Jenny menghidangkan makanan laut yang baru dimasak tetapi jika makanan laut bukan pilihan anda, anda masih boleh mendapatkan daging barbeku dan beberapa makanan barat seperti burger dan stik.  Walau bagaimanapun, kebanyakan pengunjung amat sukakan ikan bakar dan makanan berlauk di sini. 

Jika anda ke restoran ini, pilihlah menu mengikut selera anda, jika tidak, tempah sahaja ikan bakar dimakan bersama nasi! Tempat menarik di Danau Toba ini sering sesak dengan pengunjung, jadi anda disarankan datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pengunjung.

 

10.  Air Terjun Situmurun Binangalom

tempat menarik di danau toba

Imej via [blog.airyrooms]

Air Terjun Situmurun juga dikenali sebagai Air Terjun Binangalom kerana airnya berasal dari kampung Binangalom. Suasana di sini amat indah serta airnya sangat bersih.  Boleh sahaja kalau anda nak mandi-manda di sini, jangan lupa bawa pakaian lebih ya!

 

11.  Lembah Bakkara

tempat menarik di danau toba

Imej via [traveltodayindonesia]

Lembah Bakkara adalah lokasi di mana Sungai Aek Silang dan Sungai Aek Simangira bertemu. Ia juga dikatakan tempat tradisi kuno berhubung dengan keajaiban alam serta tempat kelahiran Raja Sisingamangaraja XII. Tahukah anda, Raja Sisingamangaraja XII adalah seorang pahlawan tempatan dari Sumatera Utara?

Beliau bertempur melawan Belanda dan berperang suatu ketika dahulu. Ada yang mengatakan juga bahawa Lembah Bakkara kelihatan seperti lukisan. Apabila air dari Aek Silang datang bersama-sama dengan air berwarna putih yang jelas dari Aek Simangira, ia seperti menonton sebuah lukisan.

Kebanyakan orang yang telah melawat Lembah Bakkara mengatakan bahawa tempat ini ‘Syurga di Bumi’ dan segala-galanya di sini kelihatan begitu ajaib.  Tempat menarik di Danau Toba ini juga terkenal dengan mitos Aek Sipangolu (air hidup) iaitu air yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit.

 

12.  Puncak Sidiangkat, Sidikalang

tempat menarik di danau toba

Imej via [travelingyuk]

Puncak Sidiangkat adalah tempat menarik yang terkenal di Danau Toba. Ia sering popular di media sosial kerana tarikan di sini adalah sarang burungnya yang telah di bina menyerupai sarang burung asli namun saiznya begitu besar.

Selain sarang burung, tarikan tempat ini juga termasuk panoramanya yang sangat indah. Anda sendiri boleh masuk ke dalam sarang burung tersebut bagi menikmati keindahan alam.

 

13.  Kapal Persiaran Danau Toba

tempat menarik di danau toba

Imej via [ramahtraveler]

Apa gunanya pergi ke tasik jika anda tidak meneroka perairannya? Jangan bimbang kerana anda juga boleh menaiki kapal persiaran untuk bersiar-siar di sepanjang tasik ini. Kapal ini adalah milik Raja Samosir suatu ketika dahulu dan kini ianya diubah suai untuk tarikan pengunjung di sini.

Selain terkenal sebagai tempat menarik di Danau Toba, kapal ini juga adalah kategori Legend kerana sudah lama berada di sini.  Kapal ini hanya memuatkan 20 orang sahaja,dan jika anda mahu mengikuti perjalanannya, cepat-cepat bertindak kerana  ruangannya agak terhad.

 

14.  Air Terjun Naga / Air Terjun Turunan Bolon

tempat menarik di danau toba

Imej via [pinterest]

Air Terjun Turunan Bolon juga dikenali sebagai Air Terjun Naga terhasil dari pembentukan retakan di gunung berbatu besar yang terletak di Lembah Holuan. Air percikannya hampir kelihatan seperti keluar dari mulut naga, jadi disebabkan itulah kenapa ianya dipanggil Air Terjun Naga.

Kebanyakan strukturnya dikelilingi oleh batu, maka anda perlu berhati-hati untuk ke sini.  Kami cadangkan anda memakai kasut yang betul serta mengunakan kenderaan yang berat.  Perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk melalui aliran sungai yang deras tetapi apabila anda sampai di sana, ianya pasti akan berbaloi.

 

15.  Kampung Tomok

tempat menarik di danau toba

Imej via [kenalibudaya]

Pernahkah anda memasuki makam kerajaan sebelum ini? Kampung ini amat terkenal dengan makam Raja Batak. Sebaik sahaja anda memasuki kawasan perkuburan ini, anda akan melihat keranda bata dengan ukiran patung.  Keunikannya membuatkan ia menjadi pilihan pelancong sebagai tempat menarik di Danau Toba.

Keranda itu tidak pernah dikebumikan di bawah tanah dan menempatkan raja dari keturunan Sidabutur.  Mayat-mayat mereka boleh ditemui di dalam keranda yang terbuat dari batu. Dalam tradisi Batak, keranda memainkan peranan dalam darjat seseorang itu.

Keluarga-keluarga yang miskin hanya mampu membalut mayat mereka dengan tikar jerami, sementara keluarga yang kaya pula mempunyai keranda yang diperbuat daripada kayu dan kerabat diraja pula memiliki keranda yang diperbuat daripada batu.

 

16.  Kampung Tuktuk Siadong

tempat menarik di danau toba

Imej via [bobo]

Kampung Tuktuk Siadong ini juga adalah salah satu tempat menarik di Danau Toba. Di Kampung Tuktuk, anda boleh menikmati penginapan yang tenang dan berpatutan di hotel-hotel yang direka khas secara tradisional.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkanu, ski jet, berbasikal air bahkan memancing.  Sekiranya anda ingin merasai suasana tempat percutian yang tradisional, kampung ini adalah jawapannya.

 

17.  Tanjung Unta

tempat menarik di danau toba

Imej via [daftar]

Tempat ini dinamakan Tanjung Unta kerana bentuk pulau itu kelihatan seperti bongkah unta yang beristirahat. Sesuai mengikut namanya, ia merupakan tempat yang selesa dan sesuai untuk anda berehat. Selain itu, anda boleh melihat suasana matahari terbenam pada waktu senja di tempat menarik di Danau Toba ini.

 

18.  Kolam Air Panas Aek Rangat Pangururan

tempat menarik di danau toba

Imej via [tripzilla]

Selepas seharian menjelajah, mengapa tidak mengambil sedikit masa untuk memanjakan diri di kolam air panas semula jadi di Danau Toba?  Air di sini mengandungi sulfur haba, yang datang terus dari gunung berapi berdekatan.

Jika anda terasa lapar semasa bersantai di kolam air panas ini, jangan risau, terdapat beberapa kedai tempatan yang menjual beberapa hidangan yang pasti menyelerakan. Lokasi air panas ini amat sukar untuk ditemui, jadi bersedialah anda untuk perjalanan yang penuh cabaran!

 

19.  Gunung Sibuatan

tempat menarik di danau toba

Imej via [flickr]

Gunung Sibuatan dengan ketinggian 2457 meter di atas permukaan laut merupakan gunung yang tertinggi di Sumatera Utara. Untuk sampai ke puncak, anda perlu melalui 3 lembah, 3 bukit dan juga hutan lumut.

Salah satu puncaknya juga mempunyai batu hitam besar yang dipanggil ‘Makumba’, ia memberikan pandangan yang jauh berbeza daripada yang lain. Jika anda mempunyai masa dan tenaga, kami cadangkan agar anda memanjat kedua-dua puncak Gunung ini kerana suasananya amat indah sekali untuk anda lihat.

 

20.  Bukit Indah Simarjarunjung

tempat menarik di danau toba

Imej via [auliatravelmedan]

Bukit Indah menjadi salah satu destinasi fotografi paling terbaik di kawasan Danau Toba.  Masa yang terbaik untuk melawat Bukit Indah adalah pada waktu pagi dan petang.  Anda akan mendapat pencahayaan yang hebat untuk fotografi dan berpeluang melihat matahari terbenam di tasik tersebut. 

tempat menarik di danau toba

Imej via [destinasian]

Kesimpulannya, Danau Toba merupakan lokasi percutian yang amat menarik untuk anda kunjungi. Kos tambang pergi baliknya pula tidaklah terlalu mahal. Selain itu, bagi anda yang beragama Islam, terdapat pelbagai pilihan restoran di sini yang menyediakan makanan halal kerana majoriti penduduk di sini adalah muslim.  Jom baca juga tempat menarik di Estonia, tempat menarik di Eropah Timur dan tempat menarik di Hua Hin.

Rujukan:

  1. indonesia
  2. tripzilla
  3. allindonesiatravel

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.