Dubai merupakan sebuah bandar berukuran 4,114 kilometer persegi yang terletak di Emiriah Arab Bersatu dianggap sebagai syurga memberli-belah yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia kerana kemewahan dan tarikan yang ada di sana.

Dubai terkenal dengan pusat membeli-belahnya yang mewah, senibina yang ultramoden dan waktu malam yang sangat happening.

Apabila anda berada di Dubai, anda tidak akan dapat membezakan yang mana penduduk di sana, yang mana satu pelancong kerana kepelbagaian jenis manusia yang ada di sana. Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi dan ikonik di Dubai manakala penerbangan rasmi mereka adalah Emirates. Jom kami kongsikan tempat menarik di Dubai yang tiada di tempat lain di dunia.

tempat menarik di dubai

Sumber: Thenational

1. Burj Khalifa

Jika anda sampai ke Dubai, Burj Khalifa adalah tempat menarik pertama yang wajib anda pergi. Ini adalah bangunann ikonik yang menjadi simbol kemegahan Dubai. Dengan bayaran masuk sebanyak 505 AED seorang, anda akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan tertinggi di dunia yang berketinggian 829.8 meter dengan jumlah total 124 tingkat keseluruhannya.

Jangan lepaskan peluang untuk naik ke dek pemerhatian yang berada di tingkat paling atas. Dari dek pemerhatian, anda akan dapat melihat seluruh Bandar Dubai dari sudut pandangan 360 darjah. Nak lagi cantik? Kami cadangkan anda datang semasa matahari sedang terbenam dan tunggu sehingga malam untuk melihat Bandar Dubai yang bermandikan lampu. Pastinya satu pengalaman yang takkan dapat anda lupakan sampai bila-bila.

2. Burj Al-Arab

Selain Burj Khalifa, Burj Al-Arab adalah bangunan kedua di Dubai yang wajib anda lawati semasa berada di Dubai. Pastikan tempat menarik ini berada dalam senarai tempat menarik untuk anda singgah semasa di sana. Kalau ada tak tahu, Burj Al-Arab merupakan hotel yang tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 321 meter.

Ia merupakan di antara hotel mewah termahal di dunia di tepi pantai yang dibina di atas sebuah pulau buatan sendiri. Jika dilihat dari luar, rekabentuk ultramoden hotel ini menyerupai bentuk sebuah layar kapal. Anda teringin nak bermalam di sini? Bilik paling murah di hotel 7 bintang ini  berharga 15,000 Dollar untuk satu malam. Kalau anda mampu, silakan.

3. Dubai Mall

Dah puas mencuci mata sampai melopong mulut di Burj Khalifa & Burj Al-Arab, anda boleh teruskan perjalan ke Dubai Mall yang merupakan pusat membeli-belah utama di bandar Dubai. Dubai Malla dianggap sebagai pintu masuk ke Burj Khalifa dan Dubai Aquarium.

Apa yang menariknya, di sini bukan sahaja terdapat kedai-kedai seperti pusat membeli-belah yang biasa, malah ada juga gelanggang luncur ais tertinggi di dunia, pusat permainan dan kompleks pawagam yang sangat besar, pasti membuatkan anda semakin kagum dengan kehebatan Dubai.

Selain itu, terdapat juga banyak restoran yang boleh anda singgah untuk makan sambil melihat persembahan muzik live dan pertunjukan fesyen. Kebiasaannya, pelancong dari seluruh dunia akan menunggu ketibaan Festival Pembelian Dubai yang diaadakan setiap tahun dari bulan Januari dan Februari dan juga Festival Kejutan Musim Panas Dubai yang berlangdung dari bulan Julai hingga Ogos.

tempat menarik di dubai

Sumber: Thedubaimall

4. Dubai Aquarium

Satu lagi daya tempat menarik di Dubai yang terkenal di seluruh dunia ialah Dubai Aquarium yang terletak bersebelahan dalam bangunan Dubai Mall. Di kompleks akuarium ini terdapat lebih daripada 140 spesies hidupan marin yang dipamerkan dalam tangki besar yang digantung di tingkat bawah Dubai Mall.

Apa yang menarik, anda bukan sahaja boleh melihat hidupan laut yang bebas berenang di dalam tangki kaca besar tersebut, malah anda boleh berenang bersama-sama mereka kalau anda biasa melakukan aktiviti skuba diving.

5. Muzium Dubai

Muzium Dubai yang merupakan di antara muzium paling penting di dunia telah dibina pada tahun 1787  di Kubu Al-Fahidi. Menurut sejarah, kubu Al-Fahidi pernah digunakan sebagai kediaman untuk keluarga mereka diraja, pemerintah kerajaan, dan penjara. Ia pernah dipulihkan pada tahun 1971 dan 1995 bagi mengekalkan ciri-ciri asalnya.

Selain mempunyai sejarah yang mengagumkan, senibina muzium ini sangat unik dan dikekalkan sehingga ke hari ini. Dinding kubu Al-Fahidi yang terkenal ini dibina daripada blok batu karang tradisional dan dipenuhi dengan batu kapur. Lantainya disokong oleh tiang-tiang kayu, sementara silingnya dibina dari pelepah, batu kapur dan plaster.

Di tingkat bawah muzium ini terdapat ruang pameran yang memaparkan kehidupan tradisional penduduk asal Emirate yang kebanyakannya bekerja sebagai pencari mutiara. Terdapat juga pameran tentang kehidupan padang pasir kaum Badui serta artifak dari kubur lama yang telah berusia sekitar 3,000 hingga 4,000 tahun dari tapak arkeologi Al Qusais.

6. Quarter Bastakia

Tempat menarik di Dubai yang seterusnya ialah Quarter Bastakia yang juga dikenali sebagai kawasan kejiranan Al-Fahidi. Lokasinya tidak jauh dari Muzium Dubai. Nak tengok rumah jutawan Dubai zaman dahulu kala yang masih terpelihara dengan baik tanpa sentuhan moden? Inilah tempatnya.

Kawasan kejiranan mewah ini telah dibina pada akhir abad ke-19 sebagai tempat tinggal para peniaga yang kaya-raya di Dubai. Kebanyakan tuan rumah di sini berniaga dalam bidang import eksport mutiara dan tekstil.

Kawasan perumaha elit ini terletak di sepanjang sungai di bahagian timur Bur Dubai. Kebanyakan rumah di sini mempunyai senibina Parsi dan dibina dari batu kapur. Rumah-rumah di sini mempunyai tembok tinggi lengkap dengan menara untuk tujuan keselamatan. Terdapat juga menara angin yang berfungsi sebagai penghawa dingin untuk memerangkap angin sejuk dan disalurkan masuk ke dalam rumah.

tempat menarik di dubai

Sumber: Dubaionline

7. Masjid Jumeirah

Masjid Jumeirah diidktiraf sebagai masjid paling cantik di Dubai. Apa yang menarik, masjid ini dibina dengan mengikut design Masjid Al-Azhar di Kairo dan kelihatan 100% sama seperti Masjid Al-Azhar. Masjid ini dibina mengikut tradisi Fatimid dari zaman pertengahan dengan binaan dua menara. Pada waktu malam, masjid ini semakin berseri dengan limpahan lampu dan spotlight.

8. Dubai Creek

Tempat menarik di Dubai yang seterusnya ialah Dubai Creek yang merupakan sungai yang memisahkan bandar Dubai kepada dua bandar yang lebih kecil iaitu Deira di belah utara dan Bur Dubai di bahagian selatan. Sungai inilah yang menjadi tumpuan pada zaman dahulu untuk mencari hasil ikan dan mutiara.

Kampung-kampung kecil di sepanjang sungai ini berkembang moden sejak  4,000 tahun yang lalu. Anda boleh menyusuri sepanjang sungai ini dengan menaiki bot kayu kecil yang boleh disewa.

9. Deira

Deira adalah bandar kecil yang terletak di tebing utara Dubai Creek. Deira terkenal sebagai pusat tumpuan pelancong yang ingin melihat suasana pasar tradisional penduduk Emirates. Pasar tradisional ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pasar ikan, pasar rempah dan pasar emas.

Apa yang paling istimewa, di sini, emas dijual secara besar-besaran. Jangan terkejut apabila melihat emas dijual dalam mesin segera seperti mesin menjual air di negara kita. Terdapat juga mesin ATM untuk membeli emas. Ya ampun, boleh pengsan dibuatnya.

tempat menarik di dubai

Sumber: Dubaionline

10. Pantai Jumeirah

Anda pernah tengok unta di tepi pantai? Ianya ada di Dubai. Kecantikan pantai di Dubai tiada tandingannya dan salah satu pantai yang paling popular di Dubai ialah Pantai Jumeirah. Pasirnya yang putih dan halus dan air laut yang membiru pastinya melegakan anda daripada kepanasan Dubai yang mencengkam.

Di sini anda boleh bersantai di atas kerusi di sepanjang pantai atau boleh juga melakukan aktiviti sukan air seperti jetski, paragliding, menaiki bot laju, atau boleh juga berenang dan snorkeling. Di Pantai Jumeirah juga terdapat banyak hotel dengan harga yang tidak terlalu mahal. Dari segi makanan, harga makanan di sini juga tidak terlalu mahal.

11. Aquaventure Waterpark

Setelah penat menjelajah Dubai melihat bangunan ikonik dengan senibina ultramoden yang mengagumkan, kami cadangkan anda teruskan percutian di Dubai dengan meluangkan masa untuk beristirehat dan bersantai sambil bermain air sepuas-puasnya di Aquaventure Waterpark. Taman tema air ini yang hebat ini dibina di atas sebuah pulau buatan sendiri. Itulah istimewanya Dubai.

Di antara permainan yang paling terkenal di sini ialah gelongsor air bernama Anaconda setinggi sembilan tingkat. Selain Anaconda, terdapat juga safari bawah air yang tiada di tempat lain selain Dubai. Kalau anda datang bersama keluarga, usah risau. Terdapat kawasan bermain air khusus untuk kanak-kanak kecil.

Setelah puas bermain air, anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati  gumuk pasir pantai putih setinggi 700 meter yang mengagumkan. Jangan lupa untuk ambil gambar sepuas-puasnya di sini.

tempat menarik di dubai

Sumber: Lamadubai

12. Ferrari World

Ferrari World Dubai bukannya pusat pameran kereta Ferrari di Dubai, tapi ia merupakan sebuah taman tema yang moden dan mewah, sesuai dengan identiti Dubai yang mewah. Taman tema yang bertemakan sukan Formula One ini memberikan anda pengalaman yang berbeza. Anda berpeluang untuk menaiki permainan yang menyebabkan adrenalin anda mengalir dengan laju. Ada juga persembahan festival lampu dan persembahan kebudayaan.

Taman tema ini sesuai untuk anda seisi keluarga. Oh ya! Di Ferrrari World terdapat galeri jualan Ferrari yang terbesar di dunia. Bolehlah anda membeli cenderamata jenama Ferrari sebagai kenang-kenangan sama ada payung, mug, keychain, baju, atau beg.

13. Grand Mosque Abu Dhabi

Tak lengkap percutian anda di Dubai jika tidak singgah di Grand Mosque Abu Dhabi yang terkenal di seluruh dunia.

tempat menarik di dubai

Sumber: Radissonblu

14. Desert Safari

Desert Safari menyediakan pengalaman yang takkan anda lupakan sehingga ke akhir hayat. Di antara aktiviti lasak yang boleh anda lakukan di Desert Safari ialah:

  • Menaiki kenderaan 4×4 selama 1 jam di padang pasir
  • Menaiki unta mengelilingi padang pasir
  • Bergambar sambil menaiki unta
  • Tarian belly dancing
  • Pakej makan malam di tengah padang pasir

15. Wild Wadi water park

Selain Aquaventure Waterpark, Wild Wadi Water Park juga merupakan taman tema air yang menjadi tumpuan para pelancong di Dubai.

Selain 15 tempat yang kami senaraikan di atas, kami juga cadangkan anda untuk melawat tempat-tempat menarik yang berikut:

  • Public Beach. Matahari terbenam di sini sangat indah
  • Mall of Emirates
  • Al Jaber Gallery untuk membeli cenderamata sebagai kenangan
  • Careful. Di sini juga ada dijual barangan cenderamata
  • Old Dubai souk untuk membeli cenderamata seperti barangan antik dan rempah-ratus
  • Butterfly Garden
  • Miracle Garden
  • Hard Rock Cafe Dubai
tempat menarik di dubai

Sumber: Travelpointuae

Sedikit tips untuk anda, waktu di Dubai lewat 4 jam dari waktu Malaysia dan suhu di sana sangat panas dengan suhu 30 -36 darjah darjah celsius. Uber di Dubai agak mahal, jadi lebih baik anda naik teksi. Kalau nak lagi murah, anda boleh naik bas atau MRT cuma anda mungkin perlu menunggu dengan lama untuk mendapat pengangkutan awam di sini.

Segala-galanya mahal di Dubai, namun harga hotel di sana lebih kurang harga hotel di Malaysia. kami jamin percutian anda di sana pastinya akan menjadi kenangan yang sangat indah. Apa yang paling penting, berhati-hati dengan pemandu india, mereka terkenal dengan aktiviti memeras pelanggan dengan harga yang tinggi.

Itulah dia 15 tempat menarik di Dubai yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Kami doakan semoga percutian anda di Dubai berjalan dengan lancar.Jemput baca tempat menarik di Seoul dan tempat menarik di Kemboja.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.