Jika anda sukakan sejarah penceritaan serta ingin menikmati landskap semulajadi tempat yang indah, maka Edinburgh adalah pilihan yang baik untuk percutian seterusnya.  Bandar ini telah menjadi terkenal di dalam filem dan rancangan TV yang menawarkan pelbagai tempat menarik dan bersejarah di seluruh dunia.

Ia juga terkenal dengan pemandangan seninya dan sering disebut sebagai salah satu kota paling indah di Eropah.  Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Edinburgh.  Pasti anda memerlukan sedikit bantuan untuk mencari lokasi yang menarik di sini, kan?

Namun, tempat mana satukah yang menjadi pilihan anda untuk bercuti? Jangan gusar lagi, jom lihat 14 tempat menarik di Edinburgh yang amat sesuai untuk kunjungan anda.

 

1.  Istana Edinburgh

tempat menarik di edinburgh

Imej via [getyourguide]

Istana Scotland yang paling terkenal iaitu Istana Edinburgh adalah salah satu tarikan pelancong yang paling banyak dikunjungi di Britain. Apa yang menariknya di sini termasuklah One O’clock Salute dari Half Moon Battery, Memorial Perang Kebangsaan Scotland yang amat mengagumkan dan koleksi Mahkota serta barang perhiasan yang berlokasi di Royal Palace.

Satu lagi tempat menarik di Edinburgh sesuai untuk anda lawati ialah Stone of Destiny, yang terkenal dicuri oleh Edward I dan diletakkan di bawah takhta Inggeris di London. Tempat ini hanya kembali ke Scotland 700 tahun kemudian pada tahun 1996.

 

2.  Istana Holyroodhouse dan Holyrood Abbey

tempat menarik di edinburgh

Imej via [wikiwand]

Tempat menarik di Edinburgh seterusnya adalah Istana Holyroodhouse. Istana ini adalah kediaman rasmi Ratu Edinburgh dan merupakan pusat sejarah Scotland di mana tempat James II dan James IV melangsungkan perkahwinannya.

Bukan itu sahaja, tetapi ia juga merupakan tempat dimana James V dan Charles I dinobatkan sebagai raja serta tempat dimana “Bonnie Prince Charlie” di masukkan ke mahkamah pada tahun 1745.  Apabila Ratu meninggalkan tempat ini, orang awam telah dibenarkan melawat ke Pangsapuri Bersejarah yang menakjubkan ini.

Tahukah anda, istana ini juga merupakan bekas rumah Mary Queen of Scots, serta Pangsapuri Negeri yang terkenal dengan perabot mereka yang amat menakjubkan, permaidani dan karya seni yang mengagumkan suatu masa dahulu.

 

3.  The Royal Mile

tempat menarik di edinburgh

Imej via [quirkyapartments]

Royal Mile merujuk kepada jalan-jalan yang menghubungkan Istana Edinburgh dan Istana Holyroodhouse. Dilengkapi dengan rumah bandar, gereja dan tempat bersejarah yang menarik, jalan raya yang indah ini adalah tempat untuk anda bersiar-siar di kedai, penginapan, muzium, kafe dan restoran.

Antara tarikan yang paling popular di sini adalah di bahagian atas Royal Mile. Tempat menarik di Edinburgh ini biasanya dikenali sebagai Castle Hill, Menara Outlook dan Camera Obscura, Tolbooth (Gereja St John’s Highland), Gladstone’s Land dan Lady Stair’s Close.

 

4.  Royal Yacht Britannia

tempat menarik di edinburgh

Imej via [meetingedinburgh]

Salah satu tarikan terbaru di Edinburgh ialah Royal Yacht Britannia. Ia juga merupakan tempat menarik di Edinburgh ramai tak tahu.  Selama bertahun-tahun, Ratu telah mengalu-alukan ketua negara dan orang terkenal dari seluruh dunia untuk menyaksikan kapal yang mewah ini.

Selepas lebih daripada 40 tahun berkhidmat dengan Keluarga Diraja, kapal layar berusia 60 tahun itu dihantar ke kawasan pelabuhan Leith, Edinburgh, sebagai pusat Pusat Pelawat Britannia.

Setelah menaiki kapal ini, anda akan mengetahui banyak maklumat berkaitan sejarah kapal layar dan kapal perang diraja yang lain semasa anda meneroka lima dek kapal utama. Bahagian yang menarik di sini termasuklah Pangsapuri Diraja dan bilik tidur, lounge yang cantik dan Tea Room Royal Deck di atas kapal, di mana anda boleh beristirehat untuk menikmati teh dan kek.

 

5.  Muzium Negara Scotland

tempat menarik di edinburgh

Imej via [apollo-magazine]

Sejak dibuka pada tahun 2011, Muzium Negara Scotland telah menjadi salah satu tarikan paling popular di Scotland, dengan hampir dua juta pelawat setiap tahun.  Tempat menarik di Edinburgh ini menggabungkan koleksi dari beberapa muzium lama Edinburgh.

Yang menjadi tumpuan di sini adalah koleksi arkeologi kebangsaan iaitu artifak zaman pertengahan, geologi, sains, seni dan teknologi. Dalam 16 galeri yang mengandungi lebih daripada 8,000 artifak, terdapat juga koleksi kostum Elton John dipamerkan di sini. 

 

6.  Taman Botanik Diraja

tempat menarik di edinburgh

Imej via [youcouldtravel]

Taman Botanik Diraja adalah taman tertua yang kedua di Britain. Dalam seluas 70 ekar yang menakjubkan, ia merupakan rumah sawit terbesar di Britain serta merupakan sebuah rumah tropika dengan pelbagai jenis orkid eksotik.

Anda boleh melihat taman moorland bertingkat dan pokok gergasi dari Himalaya, Amerika Utara dan China yang turut terdapat di sini. Tarikan lain juga adalah taman hutan serta tumbuhan akuatik. Menarik bukan? Anda harus berkunjung ke sini!

 

7.  Princes Street and Gardens

 

tempat menarik di edinburgh

Imej via [stephens-views]

Tempat menarik di Edinburgh yang indah dan penuh keseronokan adalah Princes Street And Gardens.  Princes Street adalah jalan raya utama bagi bandar baru di sini. 

Panjangnya hampir satu batu dan dipenuhi dengan taman-taman yang berwarna-warni serta kedai-kedai yang elegan, termasuk Jenners of Edinburgh iaitu kedai serbaneka yang tertua di dunia. Bagi anda yang meminati sejarah, anda boleh melawat ke New Register House iaitu rumah kepada Arkib Negara Scotland, dari abad ke-13.

Mercu tanda bersejarah di Princes Street termasuk Monumen Sir Walter Scott dan Peringatan David Livingstone iaitu sebuah peringatan kepada penjelajah mubaligh dan Afrika. Di sini terdapat juga jam tertua di dunia dari tahun 1903

 

8.  Galeri Kebangsaan Scotland

tempat menarik di edinburgh

Imej via [eyeonedinburgh]

Lukisan tokoh-tokoh bersejarah Scotland dari abad ke-16 hingga sekarang boleh dilihat di Galeri Potret Negara, salah satu daripada tiga galeri seni utama di Edinburgh.  Anda boleh melihat hiasan pereka yang mempamerkan keperibadian Scotland yang paling terkenal, termasuklah Robbie Burns, Sir Walter Scott, Sean Connery, Robert Louis Stevenson, Mary Stuart dan Bonnie Prince Charlie.

Akhirnya, Galeri Seni Moden Negara Scotland memaparkan lukisan oleh Henri Matisse dan banyak lagi pelukis lain. Sehari pun belum tentu cukup untuk anda menerokai galeri ini. Sememangnya ia dapat menenangkan anda daripada dunia luar.

 

9.  Katedral St. Giles

tempat menarik di edinburgh

Imej via [astoft]

Dibina pada tahun 1243, Katedral St. Giles adalah gereja utama di Edinburgh. Menara ini berketinggian 161 kaki dengan lapan lengannya yang melengkung, membentuk mahkota besar (Crown Steeple) amat unik sekali. 

Latar belakang tempat menarik di Edinburgh ini amat indah bagi mereka yang gemarkan fotografi. Katedral ini merupakan contoh hebat binaan gaya Gothic moden.

 

10.  Calton Hill dan Monumen Nasional Scotland

tempat menarik di edinburgh

Imej via [eropa]

Calton Hill menyediakan pemandangan panorama kota yang sangat indah, dengan Princes Street, istana dan sebagainya. Di sebelah timur dan utaranya pula, anda boleh melihat Firth of Forth.

Di kaki bukit tempat menarik di Edinburgh ini terdapat Sekolah Tinggi Royal Abad ke-13, di mana Sir Walter Scott pernah belajar. Mungkin yang paling penting dari banyak peringatan di Edinburgh adalah Monumen Nasional yang mengagumkan di Calton Hill, yang didirikan untuk mengingati mereka yang terkorban dari Perang Napoleon.

Agak menarik penceritaannya, inilah masanya untuk anda melihat sendiri tempatnya dan berfotografi di sini.

 

11.  Greyfriars Church

tempat menarik di edinburgh

Imej via [edinphoto]

Terletak di hujung selatan Candlemakers Row yang indah, Gereja Greyfriars mempunyai tanah perkuburan tertua di bandar yang merupakan tempat berehat terakhir untuk beberapa orang Scots yang terkenal, termasuk penyair Allan Ramsay (1686-1758).

Ia berkisarkan tentang James Hutton, yang dianggap sebagai bapa geologi moden oleh kebanyakan orang di sini, akhirnya dikebumikan di dalam Penjara Covenanters. Tempat menarik di Edinburgh ini juga adalah sebagai memperingati kisahnya.

 

12.  Muzium Kanak-Kanak

tempat menarik di edinburgh

Imej via [planetradio]

Tidak hanya untuk kanak-kanak, Muzium Kanak-kanak termasuk koleksi barang mainan yang sangat menarik, termasuk model kereta api, anak patung dan permainan dari seluruh dunia. Tetapi ia lebih daripada sekadar tempat yang penuh dengan mainan lama.

Muzium ini dipenuhi dengan aspek-aspek lain, termasuk penampilan yang menyeronokkan pada hari-hari sekolah, trend dan fesyen. Di sini, anda boleh merasai bagaimana adanya permainan lengkap luaran, serta anda berpeluang untuk berpakaian dan memainkan permainan yang pernah dinikmati nenek moyang kita yang terdahulu.

 

13.  Pusat Sains Edinburgh

tempat menarik di edinburgh

Imej via [tripadvisor]

Pusat Sains Edinburgh adalah tempat menarik di Edinburgh yang menyajikan persembahan yang membawa pelawat dalam perjalanan 500 juta tahun melalui sejarah bumi. Menggunakan alat hiasan berteknologi tinggi dan kesan istimewa yang luar biasa, ia memaparkan secara realistik peristiwa alam sepertibadai hujan tropika, gunung berapi dan glasier.

Terletak di kaki Arthur’s Seat berhampiran Holyrood Park, pusat sains unik ini ditempatkan dalam struktur khemah ultra-moden dan sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak.  Terdapat kemudahan seperti Showdome 360 ​​darjah yang sangat menakjubkan berserta dengan gambaran 3D.

Tambahan terbaru di muzium ini adalah 4Dventure simulator penerbangan, dimana pelawat dapat meneroka evolusi dan kepelbagaian iklim dunia dengan “terbang” melalui ruang dan masa.

 

14.  Cramond

tempat menarik di edinburgh

Imej via [solosophie]

Selain suasana dan panorama yang indah pantai Cramond,  tempat menarik di Edinburgh ini juga merupakan sebuah tempat bersejarah.  Paling menakjubkan adalah kubu WW2 yang telah dibina sebagai pertahanan kapal selam. Pada saat air pasang surut, terdapat jalan yang membentang ke suatu pulau.

Meskipun jika anda memutuskan untuk melawat ke sana, sebaiknya berhati-hati dengan masa anda, ada juga para pelancong terkandas sebaik sahaja air pasang kembali.  Anda juga dapat melihat sisa-sisa peninggalan Roman di sini yang pasti bakal menarik minat para sejarawan.

 

15.  Kamera Obscura

tempat menarik di edinburgh

Imej via [spotlight]

Kamera Obscura adalah sebuah tempat santai dan rekreasi yang memberikan keseronokan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Ia menawarkan anda untuk mempelajari sejarah Edinburgh, melihat kecantikan pemandangan bandar dari perspektif baru dan mendapat pengalaman ilusi optikal, kamera Obscura yang amat menarik.

Bertempat di dalam bilik di atas bumbung Victoria, kamera lubang jarum yang memproses imej bergerak Edinburgh secara langsung ke meja tontonan akan menampakkan ilusi terbaik. Panorama ini dicipta oleh gabungan cermin dan kanta membolehkan anda melihat sesuatu yang indah seperti 3 -D hologram, vorteks berputar dan lain-lain lagi.

tempat menarik di edinburgh

Imej via [edinburghmuseums]

Akhir kata, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati di Edinburgh. Hotel-hotel yang disediakan di sini boleh dikatakan menawarkan harga dan pakej mengikut semua tahap kewangan individu. Terdapat juga tempat-tempat percuma untuk anda lawati seperti muzium, taman dan galeri nasional. Mudah sahaja, pilih tempat percutian yang ingin anda kunjungi, bandingkan harga dan tempoh perjalanannya. Selamat bercuti!

Jom baca juga tempat menarik di Estonia, tempat menarik di Austria dan tempat menarik di Ho Chi Minh.

Rujukan:

  1. thebrokebackpacker
  2. theculturetrip
  3. planetware

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.