Pernahkah anda mendengar sebuah negara bernama Estonia? Estonia adalah sebuah negara di kawasan Baltik yang terletak di Eropah Utara.  Dengan populasi berjumlah lebih kurang 1,34 juta orang, Estonia menjadi salah satu negara berpenduduk yang paling sedikit di Uni Eropa.

Pemerintahan Estonia berbentuk republik dengan corak demokrasi parlementer dan ia dibahagi kepada 15 wilayah. Kota terbesar sekaligus menjadi pusat pemerintahan Estonia adalah daerah Tallinn. Walaupun negara ini merdeka pada tahun 1991, namun negara ini semakin masyhur dalam kalangan pelancong.

Ia adalah kerana Estonia juga memiliki tempat-tempat yang menarik minat para pengunjung untuk bercuti di sini. Estonia kaya dengan pantai yang indah, tempat-tempat bersejarah, keindahan semulajadi dan banyak lagi tarikan.  Jom lihat satu persatu tempat menarik di Estonia.

 

1.  Taman Negara Matsalu

tempat menarik di estonia

Imej via [richardchewphotography]

Taman Negara Matsalu merupakan tempat menarik di Estonia yang terletak di bahagian utama rantau laut Estonia. Kawasan ini mencakupi Matsalu Bay, Kampung Matsalu dan Delta Sungai Katsari. Taman seluas 1.877 kaki persegi ini kaya dengan hutan, padang rumput, dataran banjir dan hampir 50 buah pulau di pembukaan teluk.

Tempat menarik di Estonia ini mempunyai 282 spesies burung , 47 spesies mamalia, 49 spesies ikan dan 772 spesies tumbuhan vaskular.  Setiap tahun ketika musim gugur, taman ini menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Alam Matsalu Antarabangsa. Ia amat digemari oleh pecinta alam, wajiblah anda datang ke sini jika sukakan alam semulajadi.

 

2.  Viljandi 

tempat menarik di estonia

Imej via [flickr]

Kota Viljandi yang merupakan ibu kota Viljandimaa ini terletak di sebelah selatan Estonia. Kota yang bermula pada tahun 2600 ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.  Terdapat banyak istana-istana megah yang pernah menjadi istana terbesar di rantau Baltik iaitu Istana Viljandi, salah satunya.

Kebanyakan bangunan dan seni bina di sini diasaskan dengan kayu, menjadikan ia pemandangannya indah berlatar belakangkan Tasik Viljandi. Pada bulan Julai, bandar ini menerima lebih 20,000  pengunjung bagi merayakan festival muzik rakyat dan konsert tahunan yang diadakan di sini. Sekaligus menjadikan perayaan muzik terbesar di seluruh Estonia. Jelaslah bahawa salah satu tempat menarik di Estonia perlu anda lawati adalah Viljandi.

 

3.  Taman Negara Soomaa

tempat menarik di estonia

Imej via [toolbox.estonia]

Taman Negera Soomaa ditubuhkan pada tahun 1993 dan terletak di Rantau Barat Daya Estonia.  Taman ini ditubuhkan bertujuan memelihara semula landskap rawa dan banjir di sana.  Pengunjung di sini dapat melihat hutan rawa sepanjang berada di taman negara ini.

Temapt menarik di Estonia ini juga menyajikan pemandangan lebih daripada 200 spesies tumbuhan.  Taman Negara Soomaa adalah rumah kepada beberapa mamalia besar seperti berang-berang, beruang coklat, rusa roe, babi hutan dan serigala.

Kebiasaannya pengunjung datang ke sini untuk membuat aktiviti seperti  berkayak, bermain ski, hiking, meredah hutan dan sebagainya bergantung kepada musim. Kebanyakan pengujung pula lebih suka datang ke sini ketika musim bunga kerana pemandangannya sangat menakjubkan.

 

4.  Tallinn

tempat menarik di estonia

Imej via [ft]

Tallinn adalah ibu kota Estonia dan tempat menarik yang menjadikan tarikan utama pelancong apabila ke Estonia.  Kota yang mendapat pengiktirafan Tapak Warisan UNESCO ini dipenuhi dengan muzium, gereja serta galeri. 

Galeri Tallin menyimpan sejarah-sejarah mengenai perjuangan yang dilakukan oleh para prajurit negara Baltik untuk memperjuangkan negara mereka. Bersiar-siar di sekitar kota ini akan membawa anda kepada pengalaman seperti berada di abad pertengahan.

Terdapat juga terowong rahsia yang mempunyai 380 lorong di bawah bandar ini sejak abad ke 17, namun ia hanya dibuka kepada umum hingga tahun 2010. Apa salahnya melawat tempat menarik di Estonia ini sekadar mencuci mata dan mendapatkan ilham kan!

 

5.  Cesus

tempat menarik di estonia

Imej via [vacanteleluimircea]

Cesus yang terletak di Latvia ini mempunyai banyak istana yang masih berdiri kukuh sejak abad ke 13.  Ia dijaga rapi sehingga ke hari ini. Bagi anda yang ingin mencuba makanan khas Estonia, anda disarankan untuk bertandang ke sini.

Pengunjung juga dapat melihat bagaimana budaya dan warisan Estonia diperkenalkan di sini. Kota ini dikelilingi oleh bebatuan dolomit dengan 8 menara dan 5 gerbang yang unik dan menarik. Bangunan dari abad pertengahan yang terdapat di sini termasuklah Gereja St. Yohanes, Istana Cesis, runtuhan Istana Ordo Livonia dan dinding benteng, fragmen yang dapat dilihat di Jalan Vaļņu dan Palasta.   

 

6.  Istana Narva

tempat menarik di estonia

Imej via [atomiyme]

Istana yang mempesonakan ini terletak di Narva iaitu negeri ke 3 terbesar di Estonia. Bandar ini terkenal sebagai destinasi pelancongan nombor satu semasa musim sejuk dan musim panas di Estonia.

Istana yang menjadi saksi tentang sejarah negara ini telah didirikan sejak abad ke 13 lagi.  Ia juga digelar orang sebagai Istana Hermann.  Tempat menarik di Estonia ini juga menyajikan campuran kebudayaan antara Rusia dan Estonia. Makanan tradisional mereka juga tidak kalah lazatnya. Pastikan anda merasa makanan mereka sejenak singgah di sini.

 

7.  Rakvere

tempat menarik di estonia

Imej via [tripadvisor]

Rakvere adalah sebuah bandar di Estonia utara yang sering menjadi tumpuan pelancong. Ia adalah bandar kelima terbesar di Estonia yang terletak berhampiran dengan pantai dan Lahemaa National Park. Rakvere terkenal dengan patung Tarvas yang merupakan patung haiwan terbesar di negara-negara Baltik.

Bandar ini mempunyai banyak restoran yang menawarkan makanan tradisional Estonia yang dihidangkan dengan cara yang unik. Walaupun Rakvere adalah sebuah bandar yang tua, namun pusat bandarnya adalah pusat bandar paling moden di Estonia.

Kota ini sangat terkenal sebagai destinasi percutian luar bandar kerana ia menawarkan pemandangan indah. Itulah dia tempat menarik di Estonia yang boleh anda singgah untuk nikmati kota rayanya.

 

8.  Saaremaa

tempat menarik di estonia

Imej via [apps]

Tempat menarik di Estonia seterusnya adalah Saaremaa yang merupakan pulau terbesar di Estonia. Ia telah diperintah oleh orang Sweden, Denmark, Rusia dan Jerman sejak bertahun-tahun lamanya.

Orang Saaremaa masih hidup di rumah-rumah batu tradisional, memakai pakaian tradisional berwarna-warni dan bercakap dalam dialek mereka sendiri.  Oleh hal demikian, anda dapat belajar tentang budaya mereka di samping melacong.

Pengunjung di sini dapat meneroka istana tua abad pertengahan, bersiar-siar berlatar belakangkan padang luas dengan kincir angin, melihat burung dan macam-macam lagi.  Lebih mengagumkan lagi, terdapat kawah meteor Kaali yang terbesar di Eropah. Sememangnya tempat menarik di Estonia ini terbuka kepada pelancong sepanjang tahun.

 

9.  Parnu 

tempat menarik di estonia

Imej via [insearchofs]

Parnu adalah salah satu tempat peranginan terbaik bertemakan pantai di Estonia.  Parnu menjanjikan kepada anda pantai berpasir putih yang indah, pelbagai restoran dan spa yang akan menenangkan diri anda.  Dikatakan amatlah rugi jika anda datang ke Estonia pada musim panas tetapi tidak bertandang ke sini.

Selain daripada taman air tertutup, terdapat juga rumah mandian lumpur yang di buka semula pada tahun 2014 di Parnu. Kebanyakan orang Estonia gemar menghabiskan cuti musim panas mereka di sini.

 

10.  Tartu

tempat menarik di estonia

Imej via [manabi]

Bandar tertua ini menyimpan hak intelek negara iaitu Universiti Tartu. Seni  bina bandar ini berkonsepkan abad ke 18. Selain itu, ia mempunyai muzium sel KGB yang mengagumkan dimana semuanya berada di bawah tanah yakni Tartu ‘Gray House.’

Muzium ini sentiasa disenaraikan sebagai tempat menarik di Estonia. Tak kalah hebatnya, Tartu dipenuhi dengan muzium, kafe, teater dan dewan konsert. Apa kata anda memilih Tartu sebagai destinasi percutian anda seterusnya, pengalamannya pasti lain daripada yang lain.

 

11.  Taman Negara Lahemaa

tempat menarik di estonia

Imej via [travelin]

Taman negara Lahemaa ini terletak di pantai utara Estonia.  Ia merupakan lokasi terbaik untuk anda lawati ketika musim panas.  Tempat menarik di Estonia ini menawarkan kepada anda pelbagai aktiviti seperti hiking, sukan air, menikmati alam semulajadi dan sebagainya.

Taman Negara Lahemaa menjadi habitat tetap kepada beberapa haiwan yang jarang ditemui seperti babi hutan, moose, beruang coklat dan musang. Bagi pengunjung yang ingin melakukan aktiviti jungle trekking dan berkhemah, pihak taman negara juga menyediakan trek dan tapak perkhemahan.

 

12.  Haapsalu 

tempat menarik di estonia

Imej via [mabrri]

Haapsalu adalah sebuah bandar tepi pantai kecil di pantai barat Estonia. Bandar ini terkenal dengan bangunan daripada kayu, jalan sempit, restoran dan pusat spa lumpur, yang dibuka pada awal tahun 1800-an.

Haapsalu juga akan  menjadi tuan rumah pelbagai festival musim panas antarabangsa yang dinamakan sebagai festival musim panas terbaik di Northen Europe. Jom rasai suasana tempat menarik di Estonia yang cantik dan indah ini.

 

13.  Hiiumaa

tempat menarik di estonia

Imej via [estonianworld]

Tempat menarik di Estonia yang tak kurang hebatnya juga adalah Hiiumaa. Hiiumaa adalah pulau kedua terbesar di Estonia yang menjadi tarikan pelancong. Hiiumaa terkenal dengan mercu tanda bersejarah iaitu salah satunya adalah rumah api tertua di dunia yang dibina pada abad ke-16.

Selain itu, alam semula jadinya masih asli dan tidak terjejas serta merupakan kawasan luar bandar yang indah.  Tidak dilupakan juga, pulau ini juga merupakan salah satu tempat yang paling digemari pelancong untuk merehatkan badan dan minda pada musim sejuk . 

 

14.  Harjumaa 

tempat menarik di estonia

Imej via [polarsteps]

Harjumaa yang terletak di utara Estonia ini sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mencari tempat bercuti berhampiran tasik. Harjumaa County terkenal dengan pantai, sungai, air terjun dan tasik yang indah. Malah, ia mempunyai lima tasik yakni  Tasik Ulemiste, Tasik Maardu, Tasik Klooga, Tasik Lohja dan Tasik Harku.  Tasik di negara Estonia adalah tempat yang baik untuk anda menikmati pemandangan alam semulajadi Estonia dan menjelajahi alam semula jadi.

 

15.  Pulau Kihnu

tempat menarik di estonia

Imej via [palembang]

Pulau Kihnu adalah salah satu destinasi Estonia yang unik dan disukai ramai pelancong kerana budayanya menarik dan menjadi tumpuan ramai.  Untuk pengetahuan anda, warisan kebudayaan Kihnu termasuk dalam senarai warisan budaya UNESCO dimana penduduknya lebih ramai adalah wanita. Ramai tertanya-tanya, mana perginya lelaki!

Pulau yang dihuni banyak nelayan ini mempunyai seni bina luar bandar dan pemandangan tepi pantai yang indah.  Terdapat beberapa restoran makanan laut di mana anda boleh mencuba pelbagai pilihan ikan yang segar.  Tempat menarik di Estonia ini sekaligus dapat memberikan anda ketenangan daripada kesibukan kota.

tempat menarik di estonia

Imej via [bitnewstoday]

Itulah dia 15 tempat menarik di Estonia penuh kehijauan yang wajib anda kunjungi. Bukan sahaja anda dapat merasai pengalaman baru, malah banyak ilmu pengetahuan terutamanya tentang sejarah dan budaya tersimpan di negara ini.  Waktu terbaik untuk datang ke Estonia adalah antara bulan April hingga bulan Oktober kerana musim dan suasananya pada ketika itu amat elok untuk bersiar-siar.

Jom baca juga tempat menarik di Ho Chi Minh, tempat menarik di Austria dan tempat menarik di Venice Italy.

Rujukan:

  1. travelsafenotsorry
  2. gotravelly
  3. prettywildworld

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.