Pasti semua dapat menjangkakan apakah maksud di sebalik nama ‘Flores’.  Ia membawa maksud ‘bunga’ dari bahasa Portugis.  Salah satu daerah dalam negara Indonesia adalah Flores yang mulanya bermaksud “cabo de flores “ iaitu “Tanjung bunga”.  Menurut kajian pada tahun 1969, nama pulau Flores sebenarnya adalah Nusa Nipa (Pulau ular) kerana ia mempunyai pelbagai maksud budaya, filosofi dan juga tradisi ritual masyarakat masyarakat Flores.

Sekarang, siapa sangka Flores penuh dengan tempat percutian yang menarik dan indah.  Ada yang berpendapat bahawa Flores mempunyai tempat yang penuh hijau semulajadi, segar dan sejuk mata memandang.  Pendapat tersebut amat tepat kerana terdapat pelbagai tempat menarik di Flores yang cantik dan semulajadi.

Jom lihat 18 tempat menarik di Flores untuk pilihan destinasi percutian anda. Pasti anda berpuas hati dengan tempat menarik di Flores ini.

1.  Pulau Kanawa

tempat menarik di flores

Imej via [daisyjuliaaa]

Sampai sahaja di Pulau Kanawa, pasti anda terpukau dengan keindahan pantainya yang biru, jernih dan bersih. Amat cantik sekali. Anda boleh duduk-duduk di jeti yang disediakan untuk mengambil gambar, berehat dan juga bermain air.  Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Kanawa ini adalah snorkeling, diving, trekking bukit, menaiki puncak Kanawa, melihat pemandangan dan sebagainya.

Di sini, anda akan turut temui terumbu karang, kura-kura, coral dan lain-lain lagi haiwan laut. Terdapat 13 buah cottage minimalis yang membolehkan anda beristirehat dan restoran juga disediakan di sini.

 

2.  Sawah “Jaring Laba-laba” Desa Cancar

tempat menarik di flores

Imej via [idntimes]

Sawah “Jaring Laba-laba” Desa Cancar ini adalah kawasan kampung pada asalnya. Ia adalah sawah padi biasa namun dibahagikan untuk seluruh komuniti kampung ini. Disebabkan itu, tempat menarik di Flores ini berbentuk seperti jaring labah-labah atau pizza. Menarik kan?

3.  Pulau Mules

tempat menarik di flores

Imej via [travel.kompas]

Pulau Mules adalah salah satu tempat menarik di Flores yang bersih, cantik dan indah. Pulau ini seakan berbentuk seorang puteri yang sedang tidur. Ia terdiri daripada bukit bukau yang hijau, bukit batu, lautan biru yang indah serta pasir putih yang halus. Amat cantik jika anda melihat secara lebih dekat.

4.  Pantai Koka

tempat menarik di flores

Imej via [indoepic]

Tempat menarik di Flores ini turut dinamakan The Dream Beach selain dari Pantai Koka. Ia terletak di nusa tenggara timur, Indonesia. Bentuknya amat unik sekali seolah-olah terdapat dua pantai berasingan namun keduanya saling bergabung. Keindahan pantai ini membuatkan ramai ke sini untuk berfotografi dan menenangkan minda.

5.  Pantai Pink

tempat menarik di flores

Imej via [merahputih]

Pantai pink ini adalah salah sebuah tempat menarik di Flores yang terdekat dengan Pulau Komodo. Ia digelar Pantai Pink di mana jika anda lihat, pantainya memang bewarna pink.  Sebenarnya ia mempunyai 3 lapisan warna iaitu warna jernih, turqouise dan biru gelap. Pink adalah warna pasirnya yang terhasil dari butiran terumbu karang bewarna merah bercampur dengan air laut.

6.  Labuan Bajo

tempat menarik di flores

Imej via [thejakartapost]

Tahukah anda, Labuan Bajo ini dahulunya merupakan kampung nelayan yang digelar permata di kepulauan sunda kecil. Dari pelabuhan Labuan Bajo, anda boleh menaiki bot untuk mengelilingi pulau-pulau terdekat di sini iaitu Pulau Komodo, Rinca, Pulau Radar dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang bercuti di tempat menarik di Flores ini kerana peluang sebegini mungkin datang sekali seumur hidup anda.

7.  Danau Sano Nggoang

tempat menarik di flores

Imej via [dolovesatravel]

Tempat menarik di Flores yang terletak di Desa Wae Sano seluas 513 hektar ini memiliki danau yang berketinggian 750 mdpl dengan kedalaman danau sekitar 600 meter.  Danau Sano Nggoang ini menjadi tumpuan pengunjung kerana pemandangan dan strukturnya yang menarik dan unik.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang kuda mengelilingi danau, melihat burung-burung dan lain-lain lagi.  Sekali sekala ke sini, haruslah anda mengambil foto sepuas-puasnya.

 

8.  Air Terjun Cunca Rami

tempat menarik di flores

Imej via [indonesiakaya]

Tempat menarik di Flores penuh dengan keindahan alam semulajadi ini terdiri daripada air terjun yang tingginya 30 meter.  Ia terletak di kawasan hutan tropis Mbeliling, Kampung Roe, Desa Wae Lolos, Kecamatan Sano Nggoang, Kabupaten Manggarai Barat, Provinsi Nusa Tenggara Timur.  Dikelilingi hutan hijau, tempat ini agak sejuk dan tak berapa panas.

Anda boleh melihat pemandangan alam semulajadi asli di sini, airnya pula mengalir laju sehingga membentuk sebuah kolam seakan-akan danau yang kecil. Bolehlah anda berendam dan bermain air di sini.

9.  Taman Laut 17 Pulau

tempat menarik di flores

Imej via [gambarandabagus]

Pasti anda tertanya-tanya kenapa nama pulau ini adalah Taman Laut 17 pulau. Sebenarnya, terdapat 17 pulau di kawasan ini yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Pulau tersebut adalah Pulau Pata, Pulau Sui, Pulau Wire,Pulau Bangko, Pulau Rutong, Pulau Bampa, Pulau Sua, Pulau Telu, Pulau Wawi, Pulau Batu, Pulau Mborong, Pulau Kolong, Pulau Ontoloe, Pulau Meja, Pulau Taor, Pulau Laingjawa dan Pulau Wingkureo.

Semua pulau ini adalah gugusan pulau kecil yang tersusun berdekatan memanjang dari Toro Padang di sebelah barat hingga Pulau Pangsar disebelah timur. Anda boleh menemui beberapa jenis karang yang lembut dan keras serta pelbagai jenis ikan hiasan warna-warni di lautan ini.

10.  Gua Liang Bua

tempat menarik di flores

Imej via [beritagar]

Pernahkah anda mendengar nama Gua Liang Bua? Ia adalah tempat menarik di Flores yang terletak di Dusun Rampasasa, Desa Liangbua, Kecamatan Ruteng, Kabupaten Manggarai, Provinsi Nusa Tenggara Timur.  Gua ini turut mempunyai kisah sejarahnya yang tersendiri iaitu pernah ditemukan tengkorak Manusia Hobbit (Homo Floresiensis) di sini pada tahun 2001 dahulu.

Untuk pengetahuan anda, gua ini terhasil dari bentukan endokars yang berkembang pada batu gamping dimana ia berselingan dengan batu gamping pasiran. Batuan gamping ini pula dikatakan berasal dari Periode Miosen tengah ataupun sekitar 15 juta tahun yang lalu. Apapun, gua ini amat menarik dijadikan tempat lawatan anda bersama kawan-kawan.

11.  Pulau Rinca

tempat menarik di flores

Imej via [outger]

Bentuk pulau Rinca ini amat cantik dan indah. Dengan air lautnya yang biru dan jernih, pastinya ramai terpedaya dengan suasananya. Sebenarnya, pulau ini berdekatan dengan pulau Komodo, yang tetap mempunyai penduduknya. Namun, Pulau Rinca lebih banyak savana berbanding komodo. Jangan risau untuk ke sini, ia selamat dan mencabar.

 

12.  Pantai Nanganesa

tempat menarik di flores

Imej via [indonesiakaya]

Tempat menarik di Flores ini terletak di Kampung Nanganesa yang bertempat di usa Tenggara Timur. Di sini, anda harus menjaga kelakuan kerana ia bukan calang-calang tempat untuk anda bersuka ria. Dengar kata, pantai ini berpenghuni, memang tak bolehlah anda langgar peraturan masyarakat di sini.

Walaupun begitu, boleh sahaja untuk anda bersiar-siar dan bercuti di sini. Anda boleh melihat keindahan lanskap alam pemandangan gunung Meja dan Gunung Iya.

 

13.  Danau Kelimutu

tempat menarik di flores

Imej via [lombokpost]

Gunung Kelimutu adalah tempat menarik di Flores yang berkonsepkan gunung berapi yang agak ‘rare’.  Ia terletak di Pulau Flores, Provinsi NTT, Indonesia. Anda boleh menemui lokasi gunung ini berada di Desa Pemo, Kecamatan Kelimutu, Kabupaten Ende.

Untuk pengetahuan anda, gunung Kelimutu ini memiliki tiga buah danau kawah yang menakjubkan di puncaknya. Danau ini juga dikenali dengan nama Danau Tiga Warna kerana ia memiliki tiga warna yang berbeza.  Warna danau tersebut adalah merah, biru dan putih. Dah macam warna bendera pula kan! Namun, ia tidak kekal, warna tersebut seringkali berubah mengikut waktu.

14.  Pulau Komodo

tempat menarik di flores

Imej via [mauricha]

Pulau Komodo amat terkenal di Indonesia dimana ia mempunyai banyak komodo di pulau tersebut. Ia sudah menjadi habitatnya di sana.  Komodo adalah spesis yang berasal dari benua Asia dan benua Australia. Selain melihat komodo di sini, anda boleh melihat haiwan laut di Taman Laut yang berdekatan tempat menarik di Flores ini.

Terdapat taman Laut yang mempamerkan sebanyak 253 spesies karang pembentuk terumbu karang dan juga sekitar 1,000 spesies ikan di sini. Patutlah Pulau Komodo ini agak ramai pengunjungnya saban hari. Selain haiwan laut dan komodo, anda boleh melakukan aktiviti menarik di lautan pulau ini seperti snorkeling, diving, memancing, kano, bersampan, berkhemah dan juga hiking. Pemandangan alam di tempat menarik di Flores ini juga tak boleh anda lupakan, semuanya penuh dedaunan hijau semulajadi.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Komodo ini telah dinobatkan sebagai tempat Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991, malah ia termasuk dalam New 7 Wonders pada tahun 2011 bersama-sama dengan Teluk Halong, Air Terjun Iguazu, Hutan Amazon,Pulau Jeju, Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa dan Table Mountain. 

15.  Pemandian Air Panas Mengeruda

tempat menarik di flores

Imej via [ayocerita2]

Dengar sahaja namanya, sudah pasti anda teringin nak bermandi-manda di air panas ini kan? Tiada masalah sekiranya anda berkunjung ke sini, mandilah sepuas-puasnya.  Dikatakan masyarakat, air panas ini elok untuk menyembuhkan beberapa penyakit kulit dan mudah dijadikan media terapi. Ini kerana tahap kepanasannya yang sesuai.

Tempat menarik di Flores ini terletak di Mengeruda, Desa Piga, Kecamatan Soa, Kota Bajawa, Kabupaten Ngada, Provinsi Nusa Tenggara Timur. Panjang betul lokasinya, ia lebih mudah untuk anda mencari nanti. Selain mandian air panas, di sini juga lengkap dengan kemudahan seperti restoran, tandas, kawasan perkhemahan dan hutan yang membolehkan anda melihat pemandangan alam semulajadinya.

16.  Gili Laba

tempat menarik di flores

Imej via [superadventure]

Gili Laba adalah salah satu tempat menarik di Flores penuh kehijauan alam semulajadi.  Ia juga dikenali dengan nama Gili Lawa Darat.  Anda boleh trekking menaiki bukit ini untuk melihat pemandangan yang indah di sini. Amat menyeronokkan, anda boleh melihat warna dataran yang sering berubah-ubah seakan gurun pasir pada musim kering dan warna hijau jika musim hujan.

Beruntunglah anda dapat melihat pemandangan matahari terbit di sini, ia lebih menawan dalam suasana fajar. Dalam jam 4 pagi, anda bolehkan mulakan trekking.

 

17.  Pulau Kalong

tempat menarik di flores

Imej via [en.jogjasuper]

Pulau Kalong amat menakjubkan dimana anda boleh melihat sekumpulan kelawar keluar pada ketika matahari terbenam. Mereka akan keluar mencari makan dan meraikan kehidupan malam.  Berkunjung ke tempat ini menjadikan anda seolah-olah  meneroka pulau seperti di dalam filem.

Itulah tempat menarik di Flores yang penuh dengan pulau dan alam semulajadi yang bersih.  Pasti anda teruja untuk bercuti di syurga alam ini kan? Pilihlah mana-mana tempat menarik yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda. Selamat bercuti! Jom baca juga tempat menarik di Eropah, tempat menarik di Chiang Mai dan tempat menarik di Frankfurt.

Rujukan:

  1. indonesia.tripcanvas
  2. liputan6
  3. reyginawisataindonesia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.